Search

Wednesday, 27 June 2012

Adakah Malaysia Selamat??? cc DS @najibrazak @KDNPUTRAJAYA #BNbagus

SL pernah berdebat dengan sekumpulan penyokong tegar Pakatan Haram Jadah.
Isunya ialah 'Malaysia tidak selamat untuk didiami'.

Ini bermula apabila kata mereka ramai pelajar-pelajar Malaysia yang berada diluar negara tidak mahu pulang setelah tamat pengajian. Tidak kurang juga yang berhijrah keluar dari Malaysia.

SL bertanya adakah disebabkan oleh mereka berkehendakkan gaji yang besar???
Tidak tetapi kerana Malaysia tidak selamat untuk didiami, jawab mereka.

SL menjawab dan mengingatkan mereka jika Malaysia tidak selamat maka tidaklah kita boleh duduk minum-minum sambil berbincang bersama rakan-rakan di kedai mamak sehingga pukul 2-3pagi.
SL mengingatkan lagi kepada mereka tentang betapa susahnya kita jika berlaku darurat di Malaysia.

Kononnya pihak berkuasa tidak menjalankan tugas.

Jawapannya memang tidak masuk akal memandangkan pihak keselamatan seperti PDRM, RELA dan sebagainya dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa bekerja keras memikul amanah demi memastikan keselamatan dan ketenteraman dan kerharmonian rakyat dijaga dan dipertahankan.
Apapun SL mengucapkan syabas kepada KDN kerana menjalankan tugas dengan cemerlang.

Ini terbukti seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA di bawah :

MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA PALING SELAMAT.

Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Sumber dari BERNAMA (27June2012)

p/s: jika dah pencacai pakatan hamjadah..depa hanya tahu burukkan Kerajaan sahaja

Tuesday, 26 June 2012

HARAPAN CC : DS @NajibRazak

HARAPAN

Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan mereka
Kerna,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan,
kita melangkah sehaluan
1Suara, 1Impian, 1Harapan, 1Malaysia

Sebuah puisi hasil nukilan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

Anwar Mendiamkan Diri Berkenaan Wanita Misteri...Siapakah Wanita Ini?? CC : @NajibRazak

SL berasa sungguh pelik kerana sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih lagi berdiam diri mengenai 20 akaun yang melibatkan wang berjumlah RM3billion. Mengapa?

Siapakah wanita misteri yang dkaitkan dengan kesemua akaun tersebut?
Apakah hubungan wanita misteri ini dengan Anwar Ibrahim?  
Klik sini
Klik lagi untuk cerita lanjut




SL memohon agar Kerajaan Malaysia mengambil perhatian yang serius dan menyiasat sedalam-dalamnya isu ini. Lebih baik wang berjumlah RM 3Billion itu digunakan untuk pemberian BR1M, pembinaan rumah PPRT dan sebagainya.

Kepada puak Pakatan Haram Jadah, jangan pula asyik menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional !!!

p/s : PKR boleh gali kubur untuk terjun beramai-ramai

Wednesday, 20 June 2012

KEIKHLASAN PAS INGIN BERMUZAKARAH SEKADAR DONGENGAN???? @nikabdulaziz

Tidak lama dahulu kedengaran seolah-olah PAS ingin bermuzakarah dengan
UMNO demi Islam dan Melayu yang akhirnya tenggelam begitu sahaja.
Adakah PAS benar-benar ikhlas atau sekadar ingin menarik perhatian 'Sleeping Partner' mereka hanya kerana suara mereka tidak kedengaran dlm Pakatan Haram Jadah???

Di Selangor, kelihatan seolah2 mereka tidak cukup layak utk jawatan sbg exco agama Islam kerajaan negeri.
PAS lebih dilihat sbg parti angguk sahaja atau sebagai utk mencukupkan
korum dlm Pakatan Haram Jadah utk memerintah Selangor.

Kita juga melihat apakah pembangunan Islam dan Melayu yg dibawa oleh PAS sepanjang berkuasa di Selangor selepas PRU12 hingga kini?
Berapa banyak surau-surau dan masjid-masjid didirikan oleh kerajaan negeri?
Berapa banyak rumah urut, pusat judi, pusat hiburan yg tumbuh bagai cendawan selepas hujan?
Kita sendiri dpt melihat bagaimana MP PAS Father Khalid Samad dlm perjuangan gereja.

Di Kedah pula, rakyat disajikan dengan pentadbiran kerajaan negeri Islam PAS yang lemah dan penuh dengan korupsi.

Sejak PAS memerintah Kelantan sepanjang 22thn yg bermodalkan Hudud
tetapi sehingga kini masih tidak menjadi kenyataan.
Pada tahun lepas, Hj Hadi Awang berkeras mengatakan Hudud akan dilaksanakan dan dalam peringkat akhir kajian pelaksaan Hudud sewaktu sidang media.
Karpal Singh pula mengatakan langkah mayat beliau dahulu jika ingin melaksanakan Hudud.
Tahun ini pula, DAP racist mengarahkan PAS agar tidak bersuara tentang isu Hudud dan perjuangan Islam pas yg kononnya inginkan sokongan dan undi Melayu pada PRU13 nanti.
Dari mana datangnya kestabilan politik jika sesama sendiri bertelagah dibawah 1 bumbung jika berkuasa dan memerintah negara nanti???

Hari ini PAS sekadar di pingitan tanpa suara dan kuasa dalam Pakatan Haram Jadah.
Hanya menjadi Pak Angguk Sahaja menghalalkan perbuatan ahlul Pakatan
Haram Jadah seperti keganasan BERSIH, perhimpunan bersiri, perjuangan si peliwat, perbuatan rasuah dlm kerajaan pakatan haram, murtad, fitnah, LGBT, kenyataan tentang keselamatan Israel yang perlu dipertingkatkan dan sebagainya.

Hari ini juga perkataan 'MUZAKARAH' tidak lagi kedengaran di bibir PAS.

p/s : Adakah PAS benar-benar berjuang demi Islam atau retorik semata-mata?

Wednesday, 13 June 2012

Bila @anwaribrahim Ingin Perjelaskan Isu RM3 billion???

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan berita pendedahan bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam akuan bersumpah pada 1999 yang mana kewujudan lebih 20 akaun induk bernilai RM 3billion ketika Ketua Umum PKR itu memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa yang SL lihat, pendedahan ini dipandang sepi oleh Ketua Umum PKR ini tanpa sebarang tindakan penjelasan mahupun penyelesaian untuk menafikan perbuatan beliau. Sepanjang ceramah Ketua Umum PKR ini hanyalah menuduh Kerajaan Barisan Nasional korup, memfitnah semata-mata untuk membunuh karier politikknya. Dia sepatutnya membersihkan imejnya yang 'kotor' terlebih dahulu sebelum melakukan tuduhan-tuduhan liar dan menghasut rakyat jikalau inginkan sangat jawatan Perdana Menteri selepas PRU13 ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Datuk Abdul Murad telah membuat akuan bersumpahnya sejak Oktober 1999.

Persoalan yang timbul ialah mengapa Anwar tidak sahaja memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Abdul Murad jika dia tidak bersalah??? Sebaliknya Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Nalla yang pernah menjadi sahabat baiknya.

Pada SL, inikah pemimpin yang rosak moralnya hendak diangkat rakyat oleh sebagai Perdana Menteri??? Na'uzubillah...

Sehingga kini, Anwar masih gagal untuk menyangkal dakwaan Datuk Nalla berhubung hubungan sulitnya dengan Shamsidar.

p/s : seks bebas, rasuah, salahguna kuasa, korupsi, keganasan, bohong dan fitnah adalah asam garam puak PKR