Search

Tuesday, 30 April 2013

#PRU13 Calon BN N49 Nusajaya Pastikan Orang Asli Gelang Patah Tidak Ketinggalan @KhaledNordin @NajibRazak #BNbagus #BN4Johor #TolakPR

29hb April 2013. Kampung Simpang Arang (Masyarakat Orang Asli). 


Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor (JAKOA) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’azim(YPKDT) telah megadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang disamping menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang upaya. 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Datin Paduka Profesor Jamilah YDP JUWITA dan Dr.Hj.Zaini Calon BN DUN Nusajaya. Terdapat seramai 237 buah keluarga di kampung ini dengan seramai lebih kurang 575 orang penduduk. 

Sumber pendapatan mereka berasaskan aktiviti menangkap hasil sungai dan laut secara tradisional dan pekebun kecil serta beberapa diantara mereka yang bekerja di sektor swasta dan Kerajaan Negeri. Masyarakat Orang Asli di sini dikenali sebagai Orang Asli Seletar. 

Kerajaan Negeri Johor melalui JAKOA telah menyalurkan peruntukan yang besar setiap tahun untk membangunkan masayarakat Orang Asli tersebut dari segi pendidikan, prasarana kampung dan kemudahan mencari sumber pendapat supaya mereka tidak ketinggalan di tengah-tengah arus pembangunan yang sedang rancak berlaku. 

Datin Paduka Profesor Jamilah memberi jaminan bahawa Kerajaan akan terus mengikuti perkembangan dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di sini sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk mewakili rakyat di kawasan Parlimen Gelang Patah ini.

Dalam Majlis Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang ini juga, Calon BN Dr.Hj.Zaini sempat mengadakan program khidmat masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan percuma terhadap masyarakat Orang Asli tersebut.


Calon BN N49 Nusajaya hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang

Turut hadir Datin Paduka Profesor Jamilah






Datin Paduka Profesor Jamilah dalam ucapan perasmian


Calon BN N49 DUN Nusajaya Dr Hj Zaini Abu Bakar sedang membuat pemeriksaan ke atas salah seorang masyarakat orang Asli 



#PRU13 Berikan mandat atas dasar sahabat - Datuk Abdul Ghani Othman @NajibRazak @KhaledNordin @HishammuddinH2O



JOHOR BAHRU 30 April - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berharap masyarakat Cina di Parlimen Gelang Patah terus memberi mandat kepadanya atas dasar 'sahabat lama' memandangkan perkhidmatannya selama 18 tahun menerajui Johor.

Katanya, berilah kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyambung segala bentuk pembangunan yang telah dirancangkan kerajaan demi mencapai taraf hidup yang damai dan harmoni.

"Beri peluang dan kesempatan kepada saya untuk berkhidmat bersama-sama anda dan saya akan pastikan anda mengecapi kemakmuran sebagaimana yang anda nikmati sekarang ini.

"Saya juga menyeru agar seluruh rakyat Johor memberi mandat yang kukuh kepada Perdana Menteri kita untuk terus menerajui tampuk pimpinan negara pada pilihan raya ini," katanya di hadapan 30,000 penduduk Gelang Patah yang menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kolej Universiti Selatan, Skudai, di sini malam tadi.


Gambar sekitar Majlis Ramah Mesra bersama YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak di Southern University College.



Datuk A. Ghani Othman sedang memberi ucapan

Calon Barisan Nasional N49 Nusajaya Dr Hj Zaini bin Abu Bakar

Turut hadir Datuk Seri Khaled Nordin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga turut memeriahkan majlis ramah mesra tersebut


#PRU13 Siapakah Yang Lebih Layak di Parlimen Gelang Patah??? Ghani Othman atau @limkitsiang #TolakPR #BN4Johor



Dengan segala hasil titik peluh dan usaha keras pemimpin kerajaan Barisan Nasional membangunkan Gelang Patah dan Nusajaya, akhirnya pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Salahauddin Ayub yang datangnya entah dari mana berlagak seperti hero nak selesaikan agenda pembohongan mereka yang didakwa masalah rakyat.

Mereka sendiri gagal mengotakan janji dan membangunkan Ipoh Timur dan Kubang Kerian yang kini cuba membohongi rakyat Johor khususnya Gelang Patah dan Nusajaya.






Sunday, 28 April 2013

#PRU13 @limkitsiang @hajisalahuddin Din Pudu #IniKaliLah_InnaLiLLaH #TolakPR #Vote4BN

Slogan `Ubah' makan diri sendiri

KATA dulang, paku serpih, kata orang, sendiri yang lebih. Begitulah slogan `Ubah' yang digunakan oleh DAP bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

Parti pembangkang itu menyeru rakyat melakukan perubahan dengan memilih pakatan yang tidak pernah berdaftar atau pakatan haram iaitu Pakatan Rakyat untuk menjejak kaki ke Putrajaya.

Pakatan yang belum dapat menyelesaikan isu-isu pokok termasuk pelaksanaan hukum Hudud itu menjanjikan bulan dan bintang jika diberi mandat oleh rakyat.

Rakyat juga dikejutkan baru-baru ini melalui menteri besar pembangkang secara terus menyerang rakyat apabila gagal menunaikan manifesto mereka pada PRU12 yang lalu dengan mengatakan Manifesto Bukan Sebuah Janji.

Parti pembangkang juga sering mempermainkan dan mencemarkan institusi beraja dengan pertikaian WWW1 sedangkan perkara begini haruslah dirujuk terlebih dahulu, menggelakkan Duli-duli Sultan ketika berada di dalam istana.

Bagaimanapun ibarat `Meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri', kini rakyat mempertikaikan keikhlasan pembangkang untuk berubah kerana muka-muka lama pemimpin mereka yang telah menyertai pilihan raya sejak perdana menteri yang pertama masih lagi bertanding pada pilihan raya kali ini.

Lihat sahaja Lim Kit Siang yang berpindah ke Gelang Patah, manakala Karpal Singh dan Nik Aziz Nik Mat kelihatan belum mahu melepaskan jawatan yang dipegang walaupun mereka semakin uzur dimamah usia.

Paling ketara apabila Nik Aziz memberi alasan bahawa beliau akan terus bertanding pada pilihanraya selagi BN tidak tumbang.

Dari sudut lain, kepimpinan tertinggi parti pembangkang juga terus diterajui oleh anak-beranak mereka berbanding Barisan Nasional.

Pelbagai helah digunakan bukan sahaja untuk mengekalkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat, bahkan untuk mengekalkan jawatan di dalam DAP sendiri mereka terpaksa membuat aksi silap mata semasa pemilihan jawatankuasa pusat parti pembangkang itu.

Lihat pula pemimpin Barisan Nasional (BN), Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun masih sihat dan berfikiran tajam, beliau meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Begitu juga Tun Dr. Ling Liong Sik kini tidak lagi aktif di dalam MCA, sama juga dengan Datuk Seri S. Samy Vellu juga telah melepaskan jawatan di dalam MIC.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja telah berjaya dengan program transformasinya, tetapi beliau turut mewakili era baru dalam politik negara.

Tindakan berani beliau meletakkan begitu banyak muka baru bagi calon BN cukup mengejutkan dan kini rakyat memahami serta yakin bahawa Najib benar-benar serius melakukan perubahan.

Mandat yang lebih besar kepada BN pada pilihan raya kali ini pasti menjanjikan masa hadapan yang lebih cemerlang untuk Malaysia.