Search

Thursday 5 September 2013

Pemuda UMNO kemuka 4 calon tanding MT..Tahniah @tunfaisal @jamawijaafar @Khairykj

Kuala Lumpur - Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara mencalonkan empat pemimpin utama sayap itu bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti yang akan diadakan Oktober ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, mereka ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz. "Kita sebulat suara beri pengesahan dan sokongan kepada keempat-empat calon ini dan saya sendiri akan minta semua perwakilan pemuda yang akan mengundi untuk majlis tertinggi di mesyuarat bahagian masing-masing beri sokongan tak berbelah-bahagi," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut katanya, keempat-empat calon itu ialah calon rasmi yang mendapat sokongan sebulat suara Jawatankuasa Pemuda UMNO setakat hari ini, namun sekiranya terdapat ahli Pemuda UMNO lain yang berminat mencalonkan diri untuk bertanding sebagai Ahli MT, perkara itu akan dipertimbangkan. Khairy turut mengumumkan empat Exco Pemuda UMNO yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan kali ini iaitu Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Mohd. Iruan Zulkefli.

Selain itu, Khairy turut mengumumkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Zubir Zabidi, akan bertanding jawatan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO. Ditanya berapa ramai ahli Pemuda yang telah menawarkan diri bertanding jawatan Exco pergerakan itu, beliau berkata, jumlah tepat belum dapat dikenalpasti, namun sehingga kini, kira-kira 170 ahli telah menawarkan diri.

 _Utusan_ SL mengucapkan tahniah buat Tun Faisal Ismail Aziz selaku Pengerusi UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia calon MT dan Jamawi Jaafar Ketua Pemuda UMNO Tenom selaku calon Naib Ketua Pemuda dan akan menyokong penuh terhadap kedua-dua calon ini. Buat pengetahuan, mereka ini adalah orang yang kuat dan rajin bekerja, mempunyai idea dan pandangan yg luas dan bernas serta tidak pernah kenal penat dalam membantu khususnya pemuda UMNO dalam perang psikologi di alam maya dan industri seni tanah air yang sentiasa bergerak di semua peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. UMNO perlu sentiasa muda, bertenaga dan gagah dalam menghadapi perang PRU14.