Search

Thursday 2 May 2013

#PRU13 Cari benda pelik @hajisalahuddin #PAS_PemimpinArrogantSesat @NajibRazak @MuhyiddinYassin @KhaledNordin #TolakPR #Vote4BN #BN4Johor


Inikah calon PAS???

PAS ni parti apa ye???

Begini ke nak undi dari rakyat Johor???

Sudah masuk jadi calon tempat orang, eksyen plak tu..

Gambar ini memberikan 1001 makna...

Buat pencacai Pakatan Haprak di Johor, tak guna korang jadi pencacai dia ni.

Ehhh...di mana dia ni sepanjang tempoh berkempen???

Ceramah fitnah bersama Atuk Lim???

Cuba teka???

#PRU13 MB Johor Datuk A Ghani: Kita semua Bersahabat Tanpa Kira Kaum @KhaledNordin @NajibRazak @MuhyiddinYassin #BNbagus #Vote4BN


Ulu Choh, Nusajaya, Gelang Patah, Johor - 1May2013

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman terus mendekati masyarakat Cina di Ulu Choh, Nusajaya semalam dalam satu majlis perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ching Yeh, Ulu Choh.

Dalam ucapan perasmian sekolah tersebut, YAB Datuk Abdul Ghani Othman menyampai satu amanat penting kepada masyarakat Cina di Johor khususnya di Nusajaya "Kita semua Bersahabat Tanpa Kira Kaum dan Latar Belakang terutamanya di Johor". 

Tetamu terhormat lain yang hadir adalah Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh dan Calon BN N49 DUN Nusajaya Dr Haji Zaini bin Abu Bakar.

Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional Johor yang diterajui oleh Datuk Abdul Ghani Othman yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Sekolah- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Johor khususnya di Gelang Patah.

Menurut beliau, "Sekolah ini telah menghadapi masalah tanah pada awal perancangan dan pembinaan yang akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh di luar jangkaan. Inilah dia Barisan Nasional".

Beliau juga optimis dengan sokongan masyarakat Cina di Gelang Patah khususnya di Ulu Choh terhadap Barisan Nasional kerana mereka tahu bahawa hanya Kerajaan Barisan Nasional yang benar-benar bekerja dengan bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat demi kesejahteraan dan kestabilan pebangunan dan ekonomi selain "JANJI DITEPATI"

Calon BN N49 DUN Nusajaya sempat ditemuramah berkata "Barisan Nasional telah membuktikan persahabatan dalam komponen selama lebih 56 tahun dan rakyat telah mendapat manfaat hasil dari permuafakatan yang terjalin. Alhamdulillah, Malaysia aman dan selamat sepanjang Barisan Nasional memerintah" 

Inilah perbezaan antara Barisan Nasional dan Pakatan yang hanya bersahabat dengan PAS dan PKR pada saat pilihanraya sahaja.


Sejumlah masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai kaum yang hadir ke Majlis ini.

Tetamu Terhormat yang hadir termasuk Guru Besar SJK(C) Ching Yeh, MB Johor, Ketua MCA Gelang Patah, Calon BN DUN Nusajaya 

Ketua MCA Gelang Patah, Jason Teoh menyampaikan amanat penting 



YAB Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman 

Turut hadir Calon BN DUN Nusajaya Dr Haji Zaini bin Abu Bakar (tengah) dan Ketua Kampung Ulu Choh

Calon BN DUN Nusajaya Dr Haji Zaini bin Abu Bakar sempat ditemuramah oleh wartawan dari Hong Kong

Inilah perbezaan antara Barisan Nasional dan Pakatan yang hanya bersahabat dengan PAS dan PKR pada saat pilihanraya sahaja.


#Pembangkang hanya mampu bagi ceramah maki hamun, fitnah dan burukkan orang lain sambil menjual manifesto bukan janji.




Wednesday 1 May 2013

#PRU13 @limkitsiang @hajisalahuddin Anwar kata Malaysia Hampir Muflis 1 Pembohongan @MuhyiddinYassin #BN4Johor #Vote4BN

Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia hampir muflis adalah satu pembohongan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Sungai Siput tadi. Beliau berkata negara sebaliknya mempunyai sumber yang banyak serta pendapatan yang lebih besar.

"Anwar kata kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah hampir muflis, saya hendak tanya pegawai kerajaan yang ada di sini, siapa yang tidak dibayar gaji? Ketua kampung, siapa yang tidak dapat elaun?

"Dia pergi ke seluruh pelusuk dunia bercerita tentang kezaliman, penindasan, tidak ada pembelaan, rakyat terabai dan semua kaum hidup menderita. Itu satu pembohongan besar," kata timbalan pengerusi BN itu ketika berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, hari ini.

Beliau berkata rizab negara yang dikumpul jauh lebih banyak berbanding negara lain.

"Tahun lepas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) maklumkan kepada kami dalam Kabinet bahawa buat pertama kali dalam sejarah, cukai pendapatan tidak naik tetapi pungutan cukai mencapai RM125 bilion," katanya.

Beliau berkata pungutan hasil itu diagih-agihkan dalam bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat. Muhyiddin berkata dalam usaha membantu meringankan beban rakyat, kerajaan menyediakan lebih 200 produk 1Malaysia antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

"Kesemua bantuan yang diberikan kerajaan bertujuan menurunkan kos hidup supaya rakyat tidak terbeban dengan masalah itu. Kalau begitu halnya, adakah betul yang disebutkan oleh Anwar bahawa kerajaan kita bankrap, kerajaan kita sudah tidak mampu?" katanya.

Beliau berkata bantuan yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan kerajaan BN mampu membela nasib rakyat.

"Kita minta rakyat beri mandat untuk (BN) terus terajui negara lepas pilihan raya umum akan datang supaya negara boleh kekal menjadi negara yang aman dan tenteram dan rakyat boleh hidup dengan selesa," katanya

#PRU13 Manifesto Fantasi dan Khayalan Pembangkang Igauan Ketua Umum PKR #ManifestoBukanJanji

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan suatu perkara yang mudah bagi kerajaan untuk menurunkan harga barang di negara ini.

Katanya ini berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun.

"Saya (pernah jadi) Menteri Kewangan (selama) lapan tahun, saya tahu bila nak turun harga barang pening kepala nak fikir..." katanya pada ceramah perdana pakatan pembangkang di tapak pasar malam di Ampang Jajar dekat sini malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar menunjukkan yang beliau yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini dan pakatan pembangkang mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat.

Beliau sekali lagi berkongsi angan-angan 'mat jenin' dengan hadirin yang hadir dengan berkata: "InsyaAllah, kita menang pilihan raya 5 hari bulan, malam (5 Mei), 6 hari bulan (6 Mei) pagi InsyaAllah kita tubuh kerajaan baharu pakatan rakyat. 7 hari bulan (7 Mei) InsyaAllah kita turunkan harga minyak seluruh negara.

Minggu depan, dekat dah ni. Saya pun pening kepala bila nak umum ni...pening, bukan senang". Kawasan Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Dr Mazlan Ismail dan calon bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin. 

Mahu tak pening Bang Non, cabaran debat oleh calon BN Dr Mazlan pun ditolak mentah-mentah dek kerana takut pelbagai isu yang tidak mampu dijawab.
Malah bertambah pening apabila ribuan ahli PKR Permatang Pauh nekad keluar parti dan menyertai Barisan Nasional kerana masalah moral Ketua Umum PKR termasuklah gagal mengotakan janji terhadap rakyat di Permatang Pauh

#PRU13 SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG #TolakPR #Vote4BN

SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain  daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan   bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

#PRU13 @limkitsiang DAP Johor tiada kesepakatan dengan PAS @hajisalahuddin #TolakPR #BN4Johor

Undi Saya Bukan Untuk Pas - DAP Johor

Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong  dan pengikut akar umbi Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Sebelum ini Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.

Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.

Apa pula pendirian lalang dan pembohongan yang akan dibuat oleh Salahuddin Ayub untuk menipu rakyat di Nusajaya dan Pulai???

#PRU13 Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim @limkitsiang @hajisalahuddin #TolakPR #BN4Johor

Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim

Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.


Masyarakat Islam di Gelang Patah menantikan Salahuddin Ayub calon PAS DUN Nusajaya dan Parlimen Pulai berceramah tentang pelaksanaan hudud di Johor dan pendirian PAS tentang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Melayu.

Buat pencacai-pencacai Salahuddin Ayub pula hanya mampu ke hulu ke hilir berkopiah sambil mengekori dan sabotaj majlis-majlis yang dibuat oleh Barisan Nasional yang dirasmikan oleh calon BN Parlimen Gelang Patah Datuk Abdul Ghani Othman serta calon BN DUN Nusajaya Dr Hj Zaini bin Abu Bakar.

#PRU13 @limkitsiang Dihalau Bukti Rakyat Johor Tolak Pakatan Haram @hajisalahuddin #BN4GelangPatah #BN4Nusajaya

 

Lim Kit Siang terus ditolak oleh Rakyat Johor khususnya di Nusajaya, Gelang Patah.
 
Inilah buktinya rakyat Johor celik dan menolak Pakatan Harapan Rakyat (HapRak) sekaligus menolak budaya penipu yang dibawa oleh DAP Kit Siang yang dibawa sebagaimana dia menipu di Kelantan, Kedah, Selangor dan Penang.
 
*masuk kandang kambing, mengembek..bila masuk kandang lembu, Kit Siang dilembukan oleh orang Johor.
 

Kit Siang selaku pembohong no1 berganding bahu bersama pembohong yang tidak asing lagi dari PAS yang melarikan diri dari parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayubhanya hanya mampu memberi ceramah pembohongan mereka dengan slogan "UBAH" hampir setiap malam di Taman Pulai Utama, Skudai sedangkan Kit Siang sendiri tak ubah-ubah.

Buat Pakatan HapRak, tinggalkan Johor.

Kit Siang dan Salahuddin Ayub digelar dengan nama jolokan Johor murtad berlagak menjadi hero yang cuba untuk selesaikan masalah rakyat Gelang Patah dan Nusajaya sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan selain terus menipu dan politk fitnah.

#BN4GelangPatah
#BN4Nusajaya