Search

Monday 28 May 2012

Tahniah DS Ahmad Shabery, Datuk @razaliibrahim dan @KBSMalaysia #HariBelia2012 berakhir penuh gemilang

TAHNIAH !!!!
Itulah perkataan yang terpacul dari mulut SL kepada Dato' Sri Ahmad
Shaberi Cheek, Datuk Razali Ibrahim dan Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia di Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012 yang
berlangsung di Putrajaya dari 23~27Mei 2012.

Sekalung tahniah juga buat YAB Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, Datuk Seri Panglima Hishamuddin bin Tun Hussein dan YB Khairy
Jamaluddin Abu Bakar, Tun Faisal Abd Aziz dan Jamawi Jaafar menarik pengunjung hadir ke sambutan Hari Belia Negara 2012.

Himpunan Jutaan Belia ini telah berjaya menarik seramai 2 juta
pengunjung!!!! memang terbaik.
Himpunan ini juga berjalan dalam keadaan AMAN, TENTERAM dan SELAMAT.
TIADA sebarang demonstrasi jalanan, perbuatan ekstrimis merosakkan harta
benda awam termasuk terbalikkan kenderaan Polis.

Pelbagai segmen telah diadakan untuk belia-belia termasuklah peluang
pekerjaan, perniagaan, pertunjukan bakat, dan sebagainya.
Ini termasuklah pertunjukan konsert oleh artis-artis terkenal tanahair
termasuk artis-artis belia di Bee Ant Blues port.

Syabas diucapkan.

Di satu sudut lain, terdapat beberapa pandangan yg SL cuba kongsi bersama dikalangan pembaca setelah beberapa kajian dan temuramah dikalangan pengunjung.

Pengisian dari segi hiburan memang cukup banyak jika dibandingkan pula
dengan pengisian berbentuk keagamaan di kalangaan belia yang SL perhatikan majoriti pengunjung berbangsa Melayu maka secara automatiknya beragama Islam.

Kegagalan dalam menitikberatkan soal Solat yang menjadi tiang agama dari segi announcement waktu solat, ruang solat, kemudahan mengambil wudhu'.dan enforcement tentang solat itu sendiri di kalangan belia-belia.

Memang benar terdapat Masjid Besi yang berdekatan tetapi terpaksa mengambil masa 15-20 minit perjalanan. Itu pun dengan berjalan kaki memandangkan situasi penutupan jalan-jalan tertentu sekiranya ingin berkenderaan sendiri. Mungkin kemudahan tram yang disediakan tidak kerap dan sentiasa penuh menambah lagi kesulitan kepada pengunjung.

SL tertanya-tanya yang kita berjaya menarik K-Pop serta 2juta, mengapa tidak untuk sekurang-kurangnya 10000 orang belia bersama-sama mengimarahkan lagi suasana Hari Belia Negara 2012 dengan ibadah
berbentuk ceramah oleh imam-imam muda, solat hajat dan bacaan Yasin serta tahlil dan ia diadakan ditengah-tengah Persiaran Perdana.

SL juga ingin mencadangkan kepada penganjur beberapa pengisian berbentuk solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil serta ceramah dengan penglibatan pemuda-pemuda UMNO diperingkat negeri, bahagian serta badan-badan NGO seperti GPMS,
Belia 4B dsbnya dimasa hadapan.

SL sayangkan UMNO, Barisan Nasional, Malaysia dan SL juga amat cintakan
Islam jadi mohonlah dan hayatilah apa yang dimaksudkan dengan perkataan TRANFORMASI yang sebenar.
Bukan setakat berbentuk politik tetapi juga berbentuk peribadi belia juga kerana merekalah generasi penggerak negara dan bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

SL memohon supaya perkara ini disedari agar tidak tergeliat jari dan lidah blogger-blogger pro kerajaan yang asyik dok bertahan dan bertaici akibat keterlanjuran serta ketidaksedaran pihak penganjur yang ingin menjadikan kerajaan UMNO-Barisan Nasional sebagai 'punching bag' oleh PUAK PAKATAN HARAM JADAH.

Barulah dikatakan matlamat Hari Belia Negara tercapai bukan setakat pencapaian pengunjung, hiburan, program kerjaya, perniagaan, seni tetapi juga syiar Islam ditegakkan dikalangan belia.

p/s: JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI..demi ABATA

Friday 25 May 2012

Layakkah Makhluk Yang Rosak Akhlaknya Berdebat Dengan PM DS @NajibRazak???

Telah beberapa kali kedengaran spesis yang bergelar 'cai-cai' PAKATAN
HARAM mencabar DS Najib Razak untuk berada di pentas debat bersama
makhluk yang terkenal sebagai BAPA Seks Luar Tabii, Penipu, Pengencing
dan Perasuah dan paling ketara Keselamatan Israel dsbnya...

3 hari yang lepas sekali lagi cabaran terpacul di mulut Rafizi Lembu
yang juga salah seorang Jambu Kesayangan Anwar Ibrahim sewaktu Debat
Pemansuhan PTPTN dan Halatuju Pendidikan Tinggi.
Ini termasuklah tindakan tidak profesional Dr Mali Malik yang bertindak
sebagai moderator debat tersebut.

Bukan soal takut ataupun goyang DS Najib untuk berdebat dengan Anwar
Ibrahim seperti yang diwar warkan oleh cai-cai pakatan haram tetapi kita
sepatutnya melihat "personaliti dan kredibiliti" pendebat itu. Maka
timbullah persoalan layakkah mahluk seperti ini untuk berdebat dengan DS
Najib.

Biarpun si Pendebat yang bergelar sebagai Ketua Umum, Ketua Pembangkang
Pakatan Haram tetapi dia sangat terkenal dengan video seksnya bersama
Chinadoll sehinggakan gambar porno nya menghiasi majalah porno luar
Negara, kes-kes liwatnya, salahguna kuasa semasa menjadi Timbalan
Perdana Menteri dengan pelbagai kes, dan yang terbaru menjadi dalang
tercetusnya huru hara dalam perhimpunan Bersih 3suku.

Ini disifatkan bertentangan sifat serta akhlak yang ditunjukkan oleh DS
Najib yang melakukan gerakan yang dipanggil Transformasi Politik yang
dilihat secara total dan global.

Pelbagai tranformasi giat dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional
pimpinan DS Najib demi menjamin kesejahteraan, keselamatan, meningkatkan
taraf hidup rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi, pembangunan di
bandar serta luar bandar.

Sebaliknya berlaku dengan Anwar dan Pakatan Haram Jadahnya yang gemar
bermain sentimen, fitnah dan menanam sifat benci serta marah rakyat
kepada Kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakyah kononnya
kerajaan yang zalim rasuah, kroni serta menggangu kes-kes yang masih
dalam perbicaraan mahkamah.

Kesimpulannya, SL serahkan pada pembaca untuk menilai layak atau tidak.

p/s: "Anak Cina, India..anak saya"...Anak Shamsidar???

Sent via Blackbiri

Siapa sebenarnya yang berakal seks???UMNO???


SL merasa terpanggil utk mengulas siapakah sebenarnya yg dikatakan berakal seks porno seperti yg didakwa oleh juak pakatan haram ataupun pencacai-pencacai pakatan haram ini?

Kita lihat sahaja point dibawah :-
-kes liwat pemimpin dr 'puak kencing rakyat' bersama adik angkatnya.
-liwat dengan pemandunya
-kes liwat ke atas pembantunya sendiri yg akhirnya di akui perbuatan liwat berlaku secara suka sama suka oleh peguambelanya sebelum diputuskan mahkamah tidak cukup bukti. Ini juga disbbkan oleh peguam pendakwa adalah sahabat beliau.
-aksi seks beliau bersama chinadoll yg dibuktikan video tetapi sehingga kini tiada sebarang pengakuan.
-kes khalwat tali barut komunis PAS 'Mat Sabun' bersama isteri orang.
-sesi kaunseling ke atas isteri orang di bilik hotelnya pada jam 3 pg oleh penasihat agama kpd Menteri Besar Selangor yg bergelar Ustat.
- sesi teman wanita nyonyot  eskrem Timbalan Presiden Parti Kencing
- Adun PAS yang kantoi beromen dlm coach keretapi dan byk lagi...

Masa ber'sedap'an, langsung tak ingat tp bila dah tertangkap, mula salahkan UMNO..UMNO-BN lah porno dan sebagainya.

So nilailah sendiri siapa sebenarnya berotak seks..UMNO???
Hanya yang berotak keldai sahaja yang menghalalkan perbuatan terkutuk ini.

P/s: Selamat Beramal di malam Jumaat. PASTIKAN ITU ISTERI ANDA YANG SAH.

send via Samseng Note

Syukur kepada Allah SWT

Tujuan SL menulis tidak lain tidak bukan hanyalah utk mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana negara kita masih lagi dalam keadaan aman, damai dan tenteram.

SL kini sedang bersama rakan-rakan sedang berkongsi informasi, pengetahuan dan pengalaman masing-masing demi menjadikan hari esok lebih baik, lebih cemerlang dan lebih gemilang.

Selamat beramal ibadah di malam Jumaat.

Thursday 24 May 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA LAKSAMANA

Assalamualaikum,

Di sini SL ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog Suara Laksamana.

Sebagai orang baru, SL merasa bertuah kerana laman blog ini dihasilkan tanpa menghadiri kursus2 khas untuk menjadi blogger.

Laman blog ini dihasilkan atas nama perjuangan AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR semata-mata.

Ia sama sekali tiada kaitan untuk bersaing dgn mana-mana blogger handal Tanahair. 

Sekian.

Terima kasih.