Search

Monday, 28 May 2012

Tahniah DS Ahmad Shabery, Datuk @razaliibrahim dan @KBSMalaysia #HariBelia2012 berakhir penuh gemilang

TAHNIAH !!!!
Itulah perkataan yang terpacul dari mulut SL kepada Dato' Sri Ahmad
Shaberi Cheek, Datuk Razali Ibrahim dan Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia di Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012 yang
berlangsung di Putrajaya dari 23~27Mei 2012.

Sekalung tahniah juga buat YAB Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, Datuk Seri Panglima Hishamuddin bin Tun Hussein dan YB Khairy
Jamaluddin Abu Bakar, Tun Faisal Abd Aziz dan Jamawi Jaafar menarik pengunjung hadir ke sambutan Hari Belia Negara 2012.

Himpunan Jutaan Belia ini telah berjaya menarik seramai 2 juta
pengunjung!!!! memang terbaik.
Himpunan ini juga berjalan dalam keadaan AMAN, TENTERAM dan SELAMAT.
TIADA sebarang demonstrasi jalanan, perbuatan ekstrimis merosakkan harta
benda awam termasuk terbalikkan kenderaan Polis.

Pelbagai segmen telah diadakan untuk belia-belia termasuklah peluang
pekerjaan, perniagaan, pertunjukan bakat, dan sebagainya.
Ini termasuklah pertunjukan konsert oleh artis-artis terkenal tanahair
termasuk artis-artis belia di Bee Ant Blues port.

Syabas diucapkan.

Di satu sudut lain, terdapat beberapa pandangan yg SL cuba kongsi bersama dikalangan pembaca setelah beberapa kajian dan temuramah dikalangan pengunjung.

Pengisian dari segi hiburan memang cukup banyak jika dibandingkan pula
dengan pengisian berbentuk keagamaan di kalangaan belia yang SL perhatikan majoriti pengunjung berbangsa Melayu maka secara automatiknya beragama Islam.

Kegagalan dalam menitikberatkan soal Solat yang menjadi tiang agama dari segi announcement waktu solat, ruang solat, kemudahan mengambil wudhu'.dan enforcement tentang solat itu sendiri di kalangan belia-belia.

Memang benar terdapat Masjid Besi yang berdekatan tetapi terpaksa mengambil masa 15-20 minit perjalanan. Itu pun dengan berjalan kaki memandangkan situasi penutupan jalan-jalan tertentu sekiranya ingin berkenderaan sendiri. Mungkin kemudahan tram yang disediakan tidak kerap dan sentiasa penuh menambah lagi kesulitan kepada pengunjung.

SL tertanya-tanya yang kita berjaya menarik K-Pop serta 2juta, mengapa tidak untuk sekurang-kurangnya 10000 orang belia bersama-sama mengimarahkan lagi suasana Hari Belia Negara 2012 dengan ibadah
berbentuk ceramah oleh imam-imam muda, solat hajat dan bacaan Yasin serta tahlil dan ia diadakan ditengah-tengah Persiaran Perdana.

SL juga ingin mencadangkan kepada penganjur beberapa pengisian berbentuk solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil serta ceramah dengan penglibatan pemuda-pemuda UMNO diperingkat negeri, bahagian serta badan-badan NGO seperti GPMS,
Belia 4B dsbnya dimasa hadapan.

SL sayangkan UMNO, Barisan Nasional, Malaysia dan SL juga amat cintakan
Islam jadi mohonlah dan hayatilah apa yang dimaksudkan dengan perkataan TRANFORMASI yang sebenar.
Bukan setakat berbentuk politik tetapi juga berbentuk peribadi belia juga kerana merekalah generasi penggerak negara dan bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

SL memohon supaya perkara ini disedari agar tidak tergeliat jari dan lidah blogger-blogger pro kerajaan yang asyik dok bertahan dan bertaici akibat keterlanjuran serta ketidaksedaran pihak penganjur yang ingin menjadikan kerajaan UMNO-Barisan Nasional sebagai 'punching bag' oleh PUAK PAKATAN HARAM JADAH.

Barulah dikatakan matlamat Hari Belia Negara tercapai bukan setakat pencapaian pengunjung, hiburan, program kerjaya, perniagaan, seni tetapi juga syiar Islam ditegakkan dikalangan belia.

p/s: JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI..demi ABATA

No comments:

Post a Comment