Search

Thursday 4 April 2013

Amanat Tun M Di Himpunan Selamatkan Selangor #SaveSelangor #BN4Selangor

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, pada perhimpunan tersebut, Dr. Mahathir dijangka memberi ucapan yang mempunyai elemen kejutan bagi menyedarkan rakyat negeri ini agar mereka dapat mengukuhkan keyakinan untuk kembali memastikan BN berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Ini adalah program pertama Perkasa selepas Dewan Rakyat dibubarkan dan merupakan siri akhir jelajah perhimpunan Perkasa di seluruh negara sebelum ini.
"Kita akan membuktikan perhimpunan ini memberikan mesej jelas bahawa rakyat Selangor menunjukkan sokongan padu kepada BN dalam PRU-13,'' katanya semalam.

Oleh itu SL menyeru kepada pengunjung blog SL agar dapat sama-sama hadir dalam misi memenangkan Selangor pada PRU13.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN.

No comments:

Post a Comment