Search

Thursday 4 April 2013

#PRU13 : @nikabdulaziz dan PAS Semakin Terdesak. Fatwa Sesat Jadi Taruhan PAS Untuk Menang

Kota Bharu, 4 April
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa sesat beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.
Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.
"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.
Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. Ini mengingatkan kita kejadian tentang gelaran yang diberikan kepada rakyat yang terima bantuan dari kerajaan Barisan Nasional sebagai ayam, itik dan lembu.

Nik Aziz bakal menjadi calon paling tua pada PRU13 nanti apabila umurnya telah melangkau lebih 82 tahun. Sebagaimana yang didakwanya, dia akan terus bertanding selagi UMNO dan Barisan Nasional tidak tumbang. Dakwaan berikut tidak munasabah kerana dikatakan beliau semakin nyanyuk dengan fatwa songsang yang memecah belah keharmonian dan aqidah umat Islam di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, malah alasan berikut membuktikan PAS sebagai sebuah parti kononnya perjuangkan Islam yang gila kuasa, tamak haloba selain pemfitnah demi undi boleh dikategorikan sebagai parti pelampau.

p/s : Pahala dan Dosa dientukan oleh Allah SWT bukannya Nik Ajis.

WAHAI MUNAFIQ SEKALIAN!!! PELBAGAI JANJI DITABUR DEMI UNDI RAKYAT, MALANGNYA KAMU MUNGKIR..NIK AJIS DAN SEKUTUNYA

No comments:

Post a Comment