Search

Thursday, 28 March 2013

Sahabat Sendiri Lari Tinggalkan Dia @anwaribrahim

Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

"Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

"Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. 

Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya.Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.
-Utusan

p/s : Jika sahabat karib pun tinggalkan dia, siapa lagi yang nak kawan dengan dia??? 
Yang berkawan dengan dia semata-mata hanyalah demi kuasa dan jawatan.

FIKIRLAH....

#MBtido @Khalid_Ibrahim Mangsa Tebing Runtuh Terus Malang

27Mac- Mangsa tebing runtuh terus dirundung malang apabila kejadian seumpama berlaku buat kali kedua di Apartment Beringin, Pusat Bandar Puchong 3, Puchong.

Penduduk mendakwa pihak berwajib tidak menepati masa kerja baik pulih punca kejadian sama berulang.

Penduduk berkenaan telah diarahkan oleh PBT mengosongkan kediaman mereka dan berpindah ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna MPSJ,Puchong Indah.

Punca kejadian adalah disebabkan oleh kebocoran paip pembetungan yang tidak diselenggara oleh Badan Pengurusan Bersama apartment berkenaan.

Pihak bertanggungjawab perlu mencari penyelesaian jangka panjang demi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Dalam kejadian ini,sepatutnya MPSJ yg diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat lebih peka dengan perkara sebegini bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini kerana kejadian seumpama berulang lagi.

Semoga mereka tabah menghadapi dugaan "MANIFESTO BUKAN JANJI"

@limkitsiang Isu Tanah Tanda PAKATAN HARAM Tandus Isu di Gelang Patah


TANDA PEMBANGKANG TANDUS ISU DI GELANG PATAH BANGKIT SOAL TANAH

NUSAJAYA 27 Mac - Tindakan pembangkang membangkitkan soal pengambilan tanah penduduk bagi projek Iskandar Malaysia menunjukkan mereka sudah ketandusan isu di kawasan Parlimen Gelang Patah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, dakwaan pembangkang menyatakan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk secara sesuka hati untuk pembangunan Iskandar Malaysia adalah tidak benar sama sekali.

"Kawasan yang dibangunkan di Iskandar Malaysia adalah tanah milik kerajaan, kalau ada tanah penduduk yang diambil, mereka akan diberikan pampasan sewajarnya.

"Sebenarnya tiada isu yang boleh digunakan pembangkang di Gelang Patah. Isu yang dibangkitkan pembangkang dalam ceramahnya kebelakangan ini kononnya kerajaan negeri mengambil tanah penduduk untuk dibangunkan adalah tidak benar," katanya. UTUSAN


SL diberitahu bahawa isu ini merupakan isu lapuk yang mana semua penduduk kampung telahpun mendapat pampasan masing-masing yang sewajarnya setelah perbincangan diadakan oleh pihak pemaju, kerajaan negeri dan penduduk yang terlibat.

Malangnya, pembangkang umpama iblis yang mencucuk, meracuni pemikiran penduduk kampung yang terlibat  mempolitikkan isu pengambilan tanah oleh kerajaan negeri sewenangnya dari mereka.

SL juga dimaklumkan ada penduduk kampung yang telah mendapat pampasan tidak mahu terlibat dengan kegiatan tidak bermoral puak Pakatan Haram yang mengadakan himpunan haram di Kota Iskandar, Nusajaya. Malah Pakatan Haram terus menghasut masyarakat Johor dengan ceramah haram bersiri mereka di Skudai dan Plaza Angsana.

Sebagaimana pembangkang Pakatan Haram memporak perandakan rakyat di negeri pentadbiran mereka, inilah yang sedang dilakukan ke atas negeri-negeri yang hendak dijajah oleh mereka. 

Pelbagai dakyah,janji dan fitnah ditabur oleh Pakatan Haram dalam Manifesto PRU12 sebelum menawan Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan. Akhirnya mereka telah mengeluarkan kenyataan "MANIFESTO BUKAN SEBUAH AKUJANJI". 

Jika manifesto bukan sebuah janji, untuk apa Pakatan Haram adakan Buku Jinggay mereka???
Perlukah rakyat mempercayai kata-kata mereka???
Mereka sekadar mahukan kuasa sahaja!!!
Setelah berjaya, maka segalanya hanya JANJI KOSONG.

p/s: SL tidak percayakan iblis dan syaitan kerana ALLAH SWT telah laknat makhluk ini...tp PAS sanggup bekerjasama dengan iblis dan syaitan untuk tujuan tertentu-Fatwa Nik Ajis.



@anwaribrahim Tidak Direstui Di Perak?


IPOH 27Mac, Desas Desus Datuk Anwar Ibrahim mahu bertanding di kerusi selamat pembangkang di Parlimen Ipoh Timor seolah-olah tidak direstui DAP apabila tiada pemimpinnya yg menyatakan sokongan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketika pemimpin DAP mengambil sikap mengunci mulut berhubung desas-desus itu, pemimpin Pas negeri pula lebih rela Anwar bertanding di kerusi lazimnya menjadi kubu kuat Barisan Nasional seperti di Tambun, Lumut dan Bagan Datoh.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang ditanya mengenai desas-desus itu dalam satu sidang akhbarnya hari ini, enggan mengulas.

"Saya tidak mahu komen, saya hanya mahu cakap mengenai perkara ini," katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan tindakan samannya terhadap akhbar Berita Harian berhubung isu balak di Kelantan.

Sila klik di bawah untuk ulasan lanjut Anwar Ibrahim cabut lari dari Permatang Pauh

SL tertanya-tanya :
  1. Mengapa Anwar Ibrahim ingin bertanding di Perak atau Selangor??? 
  2. Mengapa tidak di Permatang Pauh???
  3. Bukankah Permatang Pauh kubu kuat PKR sebelum ini???
  4. Apa yang sudah berlaku di Permatang Pauh sehingga Anwar Ibrahim lari dari sana??
             JAWAPANNYA??? 

p/s : SL serahkan kepada pembaca untuk menilai sendiri Tuan Penasihat Ekonomi Selangor bergaji RM1 ini



Tuesday, 26 March 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu

THE CORRIDORS OF POWER:
Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu
- Raja Petra Kamarudin
Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.
Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.
Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.
Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.
Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.
Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.
Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah  tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang.
Ini apa yang berlaku baru-baru ini.
Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar sendiri.
Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu.
Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.
Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.
Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin.
Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.
Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara total.
Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan.
Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut?  Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan.

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF dan MILF juga satu “wayang”. Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar di atas dijadikan kayu ukurannya.
Kesimpulannya, memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa.