Search

Monday, 9 July 2012

Sudah Tertunaikah Manifesto PRU12 Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang di Selangor?? @Khalid_Ibrahim

SELANGOR BERSIH, MAJU DAN BERKEBAJIKAN????
 
 
Urustadbir Berwibawa
-Memastikan Semua Pemimpin Bersih Dari Rasuah
-Menyiasat Penyelewengan Pentadbiran Tanah Dan Sumber Negeri
-Menghentikan projek-projek membazir dan rugi
-Memastikan ketelusan pentadbiran negeri
-Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan
-Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan

Sosial Dan Kebajikan Rakyat
-Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap kelahiran Selangor
-Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
-Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
-Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran Universiti Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
-Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
-Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
-Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim Memberi elaun ibu tunggal yang layak
-Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
-Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
-Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam

Kesihatan Rakyat
-Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
-Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
-Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
-Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi Rakyat
-Menyediakan premis perniagaan yang cukup
-Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
-Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
-Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%
-Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.
-Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan Rakyat
-Menguatkuasa syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.
-Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
-Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita
 
Selangor Bersih Dengan Bau Sampah, Maju dengan Kes Pembuangan Bayi Tertinggi 2011-2012, Arak, Pusat Hiburan, Judi, Rumah Urut Dan Berkebajikan menjaga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri bernilai Seringgit selaku Peliwat Bersiri tetapi membiarkan Rakyat Selangor yang bakal menghadapi Krisis Air pada 2014.
 

Wednesday, 4 July 2012

SUARAM itu SUARA HARAM??? cc : DS @NajibRazak

SUARAM iaitu Suara Rakyat Malaysia kelihatan tidak berfungsi sebagai suara majoriti rakyat Malaysia berdasarkan pemerhatian SL dan beberapa sahabat SL yang lain.

Pelik tentang peranan SUARAM adalah mempengaruhi individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memburuk-burukkan peribadi Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Apa yang jelas kelihatan SUARAM ini dimonopoli oleh PR Pakatan Haram Jadah yang cuba menjatuhkan imej Dato' Sri Najib dengan isu pembunuhan Altantuya dan dakwaan di mahkamah Perancis tentang pembelian kapal selam Scorpene.

SL berpendapat SUARAM adalah SUAra haRAM kepada Pakatan Haram Jadah dalam memfitnah, bermain sentimen dan isu sehingga rakyat Malaysia membuat tanggapan buruk terhadap Dato' Sri Najib dan Barisan Nasional.

Inilah taktik kotor serta terdesak beberapa pemimpin Pakatan Haram Jadah dalam meraih simpati, sokongan dan undi rakyat Malaysia pada PRU13 nanti.
   
SL memohon pihak berkuasa agar menjalankan siasatan yang terperinci terhadap kewujudan dan dalang di dalam SUARAM agar tidak berlaku sesuatu buruk di mata rakyat Malaysia.

p/s : Berapa kerusi Parlimen SUARAM minta bertanding pada PRU13 nanti?? :) 

Tuesday, 3 July 2012

1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cc : DS @NajibRazak #BNbagus

SL merasa terpanggil untuk menulis apakah maksud dan elemen-elemen dalam Gagasan 1 Malaysia yang dibawa  oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke-6.

1. Maksud 1 Malaysia
- Gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

2. Aspek Pertama yang berteraskan Perpaduan dan Nilai-nilai murni
- Penerimaan keadaan hidup dan keunikan pelbagai kaum di Malaysia.
- Prinsip-prinsip Kenegaraan seperti asas Perlembagaan dan Rukun Negara menjadi pegangan
- Keadilan sosial untuk semua rakyat terbela dan tidak terpnggir.
- Hormat-menghormati agama, adat-resam, perasaan, peruntukan perlembagaan dan undang-undang yang menyentuh sentimen kaum.
- Rendah Hati.
- Kesederhanaan dalam apa jua isu, tidak ekstrem atau melampau kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial.
- Berbudi-bahasa demi memelihara kerjasama dan permuafakatan

3. Aspek Kedua yang berteraskan 8 Nilai Aspirasi
- Budaya Berprestasi Tinggi dalam setiap perkara dan tugas dilakukan ke tahap yang terbaik.
- Budaya Ketepatan dari segi waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.
- Budaya Ilmu yang menjadi asas negara maju yang mana kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan terkini dan kesediaan untuk menerima ilmu sepanjang hayat.
- Budaya Inovasi di kalangan rakyat Malaysia dalam mencuba perkara-perkara yang baru dan setiap bidang yang diceburi.
- Integriti dalam menjalankan sebarang tugas dan tanggungjawab.
- Ketabahan .
- Kesetiaan dengan sepenh hati berkorban dan berbakti demi negara tercinta.
- Kebijaksanaan ketika berhadapan dengan masalah secara teliti dan berhemah.

SL berharap sedikit sebanyak timbul kesedaran dan pemahaman betapa pentingnya kita untuk terus memastikan Malaysia terus kekal aman, selamat, tenteram, serta berkembang sebagai kuasa ekonomi, sosial dan politik yang menjadi model negara contoh terbaik dunia dibawah pentadbiran Dato' Sri Mohd Najib #BNbagus.

p/s : PR Pakatan Haram Jadah hanya mencabul keharmonian negara dengan menipu, memfitnah, menghasut rakyat.


Skuad Matador Juara Piala UEFA EURO 2012

Tahniah kepada pasukan Sepanyol apabila mencapai kemenangan besar 4-0 ke atas skuad bimbingan Cesare Prandelli di perlawanan final Euro 2012.
Agak memeranjatkan apabila Sepanyol menang dengan jumlah jaringan yang besar terutamanya perlawanan akhir kejohanan besar terutamanya Piala Euro 2012 ini.
Gol-gol dijaringkan oleh David Silva (minit ke-14), Jordi Alba (minit ke-41), Fernando Torres (minit ke-84) dan Juan Matta (minit ke-88).
Pemenang Kasut Emas Euro 2012 pula dinobatkan kepada Torres dengan jumlah jaringan 3 gol.
Bagaimanapun jumlah jaringan turut dikongsi bersama Cristiano Ronaldo (Portugal), Mario Gomez (Jerman), Alan Dzagoev (Russia), Mario Mandzukic (Croatia) dan Mario Balotelli (Itali).

Tahniah Spain!!!
Jumpa lagi di Euro 2016 Perancis.