Search

Tuesday, 3 July 2012

1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cc : DS @NajibRazak #BNbagus

SL merasa terpanggil untuk menulis apakah maksud dan elemen-elemen dalam Gagasan 1 Malaysia yang dibawa  oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke-6.

1. Maksud 1 Malaysia
- Gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

2. Aspek Pertama yang berteraskan Perpaduan dan Nilai-nilai murni
- Penerimaan keadaan hidup dan keunikan pelbagai kaum di Malaysia.
- Prinsip-prinsip Kenegaraan seperti asas Perlembagaan dan Rukun Negara menjadi pegangan
- Keadilan sosial untuk semua rakyat terbela dan tidak terpnggir.
- Hormat-menghormati agama, adat-resam, perasaan, peruntukan perlembagaan dan undang-undang yang menyentuh sentimen kaum.
- Rendah Hati.
- Kesederhanaan dalam apa jua isu, tidak ekstrem atau melampau kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial.
- Berbudi-bahasa demi memelihara kerjasama dan permuafakatan

3. Aspek Kedua yang berteraskan 8 Nilai Aspirasi
- Budaya Berprestasi Tinggi dalam setiap perkara dan tugas dilakukan ke tahap yang terbaik.
- Budaya Ketepatan dari segi waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.
- Budaya Ilmu yang menjadi asas negara maju yang mana kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan terkini dan kesediaan untuk menerima ilmu sepanjang hayat.
- Budaya Inovasi di kalangan rakyat Malaysia dalam mencuba perkara-perkara yang baru dan setiap bidang yang diceburi.
- Integriti dalam menjalankan sebarang tugas dan tanggungjawab.
- Ketabahan .
- Kesetiaan dengan sepenh hati berkorban dan berbakti demi negara tercinta.
- Kebijaksanaan ketika berhadapan dengan masalah secara teliti dan berhemah.

SL berharap sedikit sebanyak timbul kesedaran dan pemahaman betapa pentingnya kita untuk terus memastikan Malaysia terus kekal aman, selamat, tenteram, serta berkembang sebagai kuasa ekonomi, sosial dan politik yang menjadi model negara contoh terbaik dunia dibawah pentadbiran Dato' Sri Mohd Najib #BNbagus.

p/s : PR Pakatan Haram Jadah hanya mencabul keharmonian negara dengan menipu, memfitnah, menghasut rakyat.


No comments:

Post a Comment