Search

Wednesday, 31 October 2012

MB Selangor @Khalid_Ibrahim Paling Cemerlang???

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog SL.

SL tertanya-tanya tentang kecemerlangan MB Selangor yang digembar-gembur oleh Ketua Umum PKR selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM1.

Pada 23.10.2012 di muka hadapan akhbar Sinar Harian bertajuk MB Paling Cemerlang.
Ia dipenuhi dengan kata-kata pujian tentang integriti Khalid dalam memacu kejayaan mentadbir Selangor kononnya serta mempunyai lebihan wang negeri sejumlah RM2billion.

SL merasa terkejut dengan berita tersebut memandangkan terdapat pelbagai isu di Selangor yang gagal dilunaskan oleh MB Selangor.

Paling ketara apabila terdapat kekeliruan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai pengurusan wang di peringkat negeri-negeri di mana sejumlah wang yang masuk ke dalam akaun amanah negeri hasil bukan cukai dimasukkan ke dalam akaun hasil.

Begitu juga tentang pengurusan wang Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, skim TAWAS, penyelenggaraan jalan, penyata tunai dan penukaran syarat tanah seperti yang didedahkan oleh Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad. Sehubungan itu MB Selangor Khalid Ibrahim dengan angkuh menyelar kredibiliti laporan tersebut yang disifatkan sebagai telus.

MB Selangor juga gagal menjawab tentang isu Tender Terbuka yang dibuat secara Rundingan Terus kontrak penyelenggaraan bangunan Kerajaan Negeri Selangor sejumlah RM350juta seperti yang dilaporkan pada Mac 2012.

Bagaimana pula kenyataan yang mengelirukan berhubung status pemilikan 5aset PKNS yang bernilai RM321juta seperti yang didedahkan oleh Dato Seri Noh Omar baru-baru ini???

Bagaimana MB Selangor Khalid memperjudikan nasib rakyat Selangor tentang isu Air dan pembinaan Empangan Langat2???

Bagaimana pula tentang perlaksanaan manifesto PRU12 Kerajaan PR Selangor???

Inikah yang dikatakan ‘Paling Cemerlang’???

SL nasihatkan MB Selangor Khalid Ibrahim supaya tampil ke hadapan dan menjawab semua isu tanpa berdolak dalih.

p/s : Jadilah rakyat yang bijak menilai dan bukannya menjadi rakyat yang terikut-ikut…Sama-sama fikirkan

No comments:

Post a Comment