Search

Monday, 5 November 2012

LGBT Halal Demi MenHALALkan Peliwat dan PKR???

"Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka ditempat peribadi dan kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini."

"Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi"

SL mengandaikan kenyataan diatas dibuat oleh seorang Mu'alaf yang baru sahaja mengucap dua Kalimah Syahadah.
Sayangnya andaian SL meleset kerana kenyataan diatas dibuat oleh seorang Muslimah yang bertudung bergelar YB anak kepada Ketua Umum PKR.

Terdapat pelbagai persoalan yang timbul di benak SL.
* Mengapa dia sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikan rupa?
* Mengapa LBGT dihalalkan?
* Adakah disebabkan untuk mengHALALkan perbuatan terkutuk yang juga hobi PAPAnya?
* Adakah disebabkan demi undi golongan LGBT pada PRU13?
* Adakah disebabkan untuk membersihkan imej peliwat PAPAnya yang bakal bergelar Perdana Menteri selepas PRU13?  Na'uzubillah...
* Adakah dia sememangnya tidak takut akan HUKUM dan AZAB ALLAH yang Maha Pedih?
*Adakah dia sudah hilang akal demi mengejar cita-cita dan kuasa sehingga sanggup menggadaikan agama sendiri???

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam seharusnya sedar tentang sejarah kaum Nabi Luth A.S untuk dijadikan contoh dan teladan.
Marilah kita lihat mengapa kaum Luth dihukum dan Al Qur'an menceritakan bagaimana Luth memperingatkan kaumnya dan apa jawab mereka :

" Kaum Luth telah mendustakan rasul-nya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka
" Mengapa kamu tiidak bertaqwa?". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan ( yang diutus ) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.  Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab " Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir". Luth berkata " Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ".
( QS Asy-Syu"ara" 160-168 ).

Begitu juga dengan kisah Pompei sebuah kota yang berada di tenggara Napoli yang dihancurkan dengan letusan gunung berapi. Ini berdasarkan catatan sejarah tentang masyarakat Pompei cuba mengulangi sejarah kaum Nabi Luth.

p/s : Jangan kerana mengejar cita-cita dan kuasa, agama dihancurkan. 

No comments:

Post a Comment