Search

Thursday 1 November 2012

Pelaksanaan AES Perlu Kajian Dari Pelbagai Sudut (Part 2) cc : DS @NajibRazak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada pengunjung blog SL.

SL merasa terpanggil untuk menulis dan mengulas lebih lanjut tentang perihal Pelaksanaan AES perlu kajian dari pelbagai sudut.

Perkara yang mungkin terlepas pandang oleh pihak tertentu :-
  1. Kajian sikap dan tabiat buruk para pemandu di Malaysia
  2. Statistik Kemalangan yang disebabkan oleh pelbagai sebab dan puncanya di lokasi yang kenalpasti sebagai kawasan kemalangan tinggi untuk pemasangan sistem AES

SL ingin menyentuh tentang kajian sikap serta tabiat buruk segelintir pemandu di Malaysia :-
1. Kecuaian pemandu kenderaan/ penunggang motosikal
  • tekanan jiwa disebabkan gangguan mental
  • memandu/menunggang sambil buat kerja lain
  • memandu/ menunggang dalam keadaan mabuk
  • justifikasi pemandu yang memotong di lebuhraya masuk ke lorong laju walaupun pada kelajuan bawah 110km/h
  • pemandu yang memotong kenderaan lain di lebuhraya mahupun di jalan biasa tanpa memasang lampu isyarat
  • tidak memasang lampu isyarat ketika masuk simpang di jalan biasa mahupun susur keluar lebuhraya
  • memotong kenderaan lain tanpa menoleh pandang cermin pandang belakang mahupun sisi walaupun memasang lampu isyarat
  • konsistensi pemanduan yang merosot akibat kesihatan tubuh badan (mengantuk) serta kelalaian
  • pemandu yang memotong kenderaan lain di lebuhraya masuk ke lorong laju di kawasan yang tidak sesuai seperti kawasan bukit, selekoh dsb.
  • memandu sambil meletakkan anak di riba. (SL baru eksiden dsbbkan oleh pemandu ini...)  
  • memotong kenderaan lain di garisan berkembar (jalanraya), di lorong kecemasan (lebuhraya)
  • tidak mematuhi lampu isyarat jalanraya

2. Memandu/ menunggang secara terburu-buru
  • untuk menunjuk-nunjuk
    • ini berlaku di lebuhraya terutamanya bas eskpress yang menunjuk sesama sendiri mahupun kepada bas ekspres syarikat lain
    • kenderaan mahupun motorsikal yang melakukan ubahsuai
    • skil terutamanya penunggang motosikal yang melakukan aksi 'superman' dsb.
  • melayan nafsu sensasi (kurang mengantuk apabila memandu secara laju)
  • sikap tidak sayang nyawa
ADAKAH MEMANDU PADA KELAJUAN SECARA KONSISTEN DIANGGAP TERBURU-BURU??

3.  Keganasan jalan raya
  • akibat perselisihan
  • gangterisme
Daripada kesemua tabiat dan sikap buruk segelintir pemandu kenderaan dan penunggang motosikal diatas :-
1. Bolehkah sistem AES menyelesaikan kematian sejumlah 7000orang setahun dan RM9billion pelbagai kos termasuk rawatan?
2. Adakah sistem AES sekadar merakam pesalah yang tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu melebihi had laju sahaja serta beberapa fungsi di masa hadapan selaras teknologi masa hadapan ??

Petikan dibawah berdasarkan Portal Rasmi JPJ
Bagaimana AES berfungsi?
  • AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
  • Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
    • Tidak mematuhi lampu isyarat
    • Memandu melebihi had laju
  • Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan

AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti
  • Memotong di garisan berkembar;
  • Memotong di sebelah kiri jalan;
  • Lebih Muatan;
  • Potong barisan;
  • Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
  • Penguatkuasaan laluan bas.


Bagaimana pula statistik kemalangan yang disebabkan oleh pelbagai sebab dan puncanya di lokasi yang kenalpasti sebagai kawasan kemalangan tinggi untuk pemasangan sistem AES pula???
Ini berdasarkan antara contoh lokasi yang SL berikan di entry (part 1) terdahulu.

Sekali lagi SL sangat bersetuju dengan desakan YB KJ dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia supaya menangguh pelaksanaan AES memandangkan kelemahan sistem, had laju serta lokasi sistem yang tidak sesuai. UMNO Online

SYABAS CHIEF dan PPUM!!!!

p/s : SL sangat setuju dengan sistem AES.tetapi kurang gemar dengan segelintir pemimpin populis yang menunjukkan diri mereka kurang bijak daripada rakyat.

No comments:

Post a Comment