Search

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13 Manifesto Fantasi dan Khayalan Pembangkang Igauan Ketua Umum PKR #ManifestoBukanJanji

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan suatu perkara yang mudah bagi kerajaan untuk menurunkan harga barang di negara ini.

Katanya ini berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun.

"Saya (pernah jadi) Menteri Kewangan (selama) lapan tahun, saya tahu bila nak turun harga barang pening kepala nak fikir..." katanya pada ceramah perdana pakatan pembangkang di tapak pasar malam di Ampang Jajar dekat sini malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar menunjukkan yang beliau yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini dan pakatan pembangkang mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat.

Beliau sekali lagi berkongsi angan-angan 'mat jenin' dengan hadirin yang hadir dengan berkata: "InsyaAllah, kita menang pilihan raya 5 hari bulan, malam (5 Mei), 6 hari bulan (6 Mei) pagi InsyaAllah kita tubuh kerajaan baharu pakatan rakyat. 7 hari bulan (7 Mei) InsyaAllah kita turunkan harga minyak seluruh negara.

Minggu depan, dekat dah ni. Saya pun pening kepala bila nak umum ni...pening, bukan senang". Kawasan Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Dr Mazlan Ismail dan calon bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin. 

Mahu tak pening Bang Non, cabaran debat oleh calon BN Dr Mazlan pun ditolak mentah-mentah dek kerana takut pelbagai isu yang tidak mampu dijawab.
Malah bertambah pening apabila ribuan ahli PKR Permatang Pauh nekad keluar parti dan menyertai Barisan Nasional kerana masalah moral Ketua Umum PKR termasuklah gagal mengotakan janji terhadap rakyat di Permatang Pauh

No comments:

Post a Comment