Search

Thursday, 2 May 2013

#PRU13 MB Johor Datuk A Ghani: Kita semua Bersahabat Tanpa Kira Kaum @KhaledNordin @NajibRazak @MuhyiddinYassin #BNbagus #Vote4BN


Ulu Choh, Nusajaya, Gelang Patah, Johor - 1May2013

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman terus mendekati masyarakat Cina di Ulu Choh, Nusajaya semalam dalam satu majlis perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ching Yeh, Ulu Choh.

Dalam ucapan perasmian sekolah tersebut, YAB Datuk Abdul Ghani Othman menyampai satu amanat penting kepada masyarakat Cina di Johor khususnya di Nusajaya "Kita semua Bersahabat Tanpa Kira Kaum dan Latar Belakang terutamanya di Johor". 

Tetamu terhormat lain yang hadir adalah Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh dan Calon BN N49 DUN Nusajaya Dr Haji Zaini bin Abu Bakar.

Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional Johor yang diterajui oleh Datuk Abdul Ghani Othman yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Sekolah- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Johor khususnya di Gelang Patah.

Menurut beliau, "Sekolah ini telah menghadapi masalah tanah pada awal perancangan dan pembinaan yang akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh di luar jangkaan. Inilah dia Barisan Nasional".

Beliau juga optimis dengan sokongan masyarakat Cina di Gelang Patah khususnya di Ulu Choh terhadap Barisan Nasional kerana mereka tahu bahawa hanya Kerajaan Barisan Nasional yang benar-benar bekerja dengan bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat demi kesejahteraan dan kestabilan pebangunan dan ekonomi selain "JANJI DITEPATI"

Calon BN N49 DUN Nusajaya sempat ditemuramah berkata "Barisan Nasional telah membuktikan persahabatan dalam komponen selama lebih 56 tahun dan rakyat telah mendapat manfaat hasil dari permuafakatan yang terjalin. Alhamdulillah, Malaysia aman dan selamat sepanjang Barisan Nasional memerintah" 

Inilah perbezaan antara Barisan Nasional dan Pakatan yang hanya bersahabat dengan PAS dan PKR pada saat pilihanraya sahaja.


Sejumlah masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai kaum yang hadir ke Majlis ini.

Tetamu Terhormat yang hadir termasuk Guru Besar SJK(C) Ching Yeh, MB Johor, Ketua MCA Gelang Patah, Calon BN DUN Nusajaya 

Ketua MCA Gelang Patah, Jason Teoh menyampaikan amanat penting 



YAB Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman 

Turut hadir Calon BN DUN Nusajaya Dr Haji Zaini bin Abu Bakar (tengah) dan Ketua Kampung Ulu Choh

Calon BN DUN Nusajaya Dr Haji Zaini bin Abu Bakar sempat ditemuramah oleh wartawan dari Hong Kong

Inilah perbezaan antara Barisan Nasional dan Pakatan yang hanya bersahabat dengan PAS dan PKR pada saat pilihanraya sahaja.


#Pembangkang hanya mampu bagi ceramah maki hamun, fitnah dan burukkan orang lain sambil menjual manifesto bukan janji.




No comments:

Post a Comment