Bukan
20 sen yang jejaskan Rezeki tetapi Keberkatan.
Kecoh tak habis-habis dan dari kelmarin hinggalah sekarang dok bercakap tak henti...siap sumpah seranah dan maki hamun berbakul-bakul.
Akhir sekali yang di maki cerca dapat pahala, yang tukang cerca menghina pula dapat dosa...amalan semuanya hangus entah kemana...balik ke Akhirat jadi papa kedana.
Statement yang kat atas tu bagi mereka yang berfikir pakai iman dan amal lah, bukan bagi mereka yang berfikir pakai logik akal sejengkal tanpa iman dan amal alias jahil.
Semuanya bukan sebab naik 20 sen yang akan menjejaskan rezeki hari hari tetapi Tiada Keberkatan lah menyebabkan manusia semua menjadi keluh kesah pasal rezeki...
Seorang yang 'Alim berkata,
"Oleh kerana manusia tidak yakin yang betul kepada Allah SWT maka manusia itu telah berbuat usaha keatas benda lain...sebagai contoh untuk dapat rezeki yang lebih maka kerja tambah masa diperlukan...dari 8 jam menjadi 12 jam usaha keatas kebendaan...kemudiàn 12 jam itu pula tak cukup maka kita kena tambah lagi masa kerja untuk mencukupkan kebendaaan yang dikejar
Masalah pokok ialah bukan sedikit atau banyak tetapi masalahnya cukup atau pun tidak...dan itu lah yang dinamakan Keberkatan...
Bagi mereka ada Keyakinan pada Allah maka sudah barang tentu lah mereka menyelesaikan masalah dengan amal dan bukan dengan logik akal...
Masing masing semak lah balik kenapa jadi begini, bukan harga naik 20 sen tetapi Allah tarik Keberkatan Rezeki dari umat Islam di Malaysia ni dengan perantaraan manusia.
Cerita Naik 20 Sen
Sedikit pon rezeki kita tidak akan terjejas..walaupun minyak naik ... Rezeki ini rahsia Allah SWT ... Bukan dengan naik turunya minyak...!!!
Janji Allah SWT tak penah mungkir dan tak pernah tipu.
Nabi SAW bagitau bacalah Yasiin lepas subuh Allah SWT akan cukup kan keperluan , jaga Dhuha jaga waqiah , stakat minyak naik 20 sen Allah SWT boleh naik kan juga rezeki kita berganda ganda...tetapi dengan syarat...iman dan yakin kita kena betul dan amal soleh kita kena berganda ganda..
Nilai keperluan hidup dan belanja harian bukan bergantung kepada ekonomi dunia tetapi semua bergantung dan berhajat kepada Allah SWT.
Allah SWT telah berjanji sesiapa yang jaga solat 5 waktu secara berjemaah maka Allah SWT akan beri 5 ganjaran ... Salah satunya di dunia lagi Allah SWT akan berkati rezekinya...
Naik la banyak mana pun minyak tu ... Kalau Allah SWT dah buat keputusan untuk letak kan keberkatan pada rezeki maka kita smua akan rasa mencukupi ...
Bila kita tak menjaga perintah Allah SWT tu yang jadi pening lalat fikir nak cari duit, akhirnya perintah Allah SWT pun tinggal kerana sibuk sangat nak kejar duit kononnya tak mengcukupi...
Syaitan akan cuba sedaya upaya untuk rosak kan iman yakin mnusia ...
Masa ini lah pejuang dan Daie daie agama kena betulkan fikir dan iman yakin umat ... Bukan kita nak layan penipuan syaitan.
Cara mengatasi harga minyak naik
#Jaga solat fardhu berjmaah
#Selalu sedekah
#Tiap hari baca surah Waqiah
#Selepas subuh amalkan untuk membaca Yaasin
#Hati dan lidah sentiasa berzikir
Gerenti punya .... Sebab janji Allah SWT tak pernah tipu dn tak pernah mungkir ...
Yakin kah kta ? Kalau msih ragu ragu kena bersyahadah balik ...
Sebenarnya isu hrga minyak naik ni adalah amaran daripada Allah SWT agar kita tambah kan lagi amal dan jangan sandarkan rezeki kita pada gaji dan pendapatan bulanan kita ...
Setiap masalah ada ubatnya Masalah minyak pun ada ubatnya ... Sebaik-baik ubat adalah amalan yg soleh ....
*Hasil kiriman sahabat SL dan SL sependapat dengan beliau.
No comments:
Post a Comment