Search

Friday, 3 October 2014

@NajibRazak @HasanMalekKP Rakyat Malaysia Perlu Bersyukur Dengan Kenaikan Harga Barang???

Bila harga minyak naik saja, pastinya yang bersalah adalah Kerajaan BN / Kerajaan Barang Naik.
 
Pada dasarnya, rakyat mula celik hasil pengurangan subsidi kerajaan terhadap bahan api memandangkan kerajaan begitu terbeban menanggung kerugian saban tahun sehinggalah saat ini kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi mencecah RM21billion atau RM21,000,000,000.00. 
 
 
Sesetengah pihak cuba mengeluarkan idea untuk memotong perbelanjaan, gaji, elaun Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN dan Pegawai Kanan atau menaikkan cukai/ harga barangan tertentu seperti arak, rokok dan sebagainya. 
 
Apa saja idea yang dilontarkan biarlah berlandaskan saluran yang betul agar maklumat sampai kepada pihak yang berwajib.
 
SL terperasan sesetengah pihak hanya mampu menyalak di wall sendiri didalam facebook, berlagak bagai pendekar dalam kumpulan tertentu dalam Whatsapp Messenger yang sudah pasti boleh SL katakan "SYOK SENDIRI".
 
Agak mengejutkan apabila pemimpin yang diangkat oleh ahli-ahli parti, rakyat setempat yang memilihnya sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen seterusnya duduk dalam barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau lebih bodoh daripada rakyat.
Di mana penasihat 25% menteri tersebut?
 
                                         
 
Apa tidaknya, apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak atau dalam erti kata lain kenaikan harga minyak, pastinya yang terbeban adalah rakyat.
 
Apakah rakyat terlibat dengan ketirisan atau penyelewengan subsidi bahan api secara keseluruhan sebagaimana yang war warkan oleh Menteri??
Sedangkan KPDNKK belum ada mekanisme yang sesuai untuk menangani masalah penyelewengan ini
 
Pada dasarnya rakyat tidak kisah tentang pengurangan subsidi minyak sebanyak RM20sen, tetapi rakyat kisah dengan impak terhadap harga barang-barang keperluan harian yang mana mereka yang kaya seperti Menteri-menteri, Timbalan-timbalan menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan berkemungkinan tidak merasai bahang kenaikan harga ni.
 
Yang terasa adalah rakyat yang berpendapatan sederhana, mempunyai anak-anak yang ramai, mempunyai anak-anak yang bersekolah, bila isteri tidak bekerja menjadi suri rumah sepenuh masa, golongan yang mempunyai pendapatan tidak tetap seperti pekerja kontrak, buruh dsb.
 
Oleh yang sedemikian, SL memohon kepada YAB Perdana Menteri agar meneliti semula barisan kepimpinan kabinet yang lebih bijak dan senonoh kerana ini akan memberi impak yang besar kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU14.
 
*SL sayangkan Kerajaan UMNO/BN

No comments:

Post a Comment