Search

Monday, 1 April 2013

13 Hujah Terakhir Tun Daim Sebelum PRU Ke-13

1. Tun Daim berpandangan bahawa BN akan memenangi PRU ke-13 dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU ke-12 (tetapi tidak pasti sama ada mampu memperoleh 2/3 majoriti).

2. BN bakal kehilangan beberapa DUN dan Parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak.

3. BN akan memperoleh kembali beberapa kerusi parlimen di Selangor, Kedah dan Kelantan.

4. BN kembali berkuasa di Selangor dan Kedah.

5. BN masih tetap tewas di Kelantan dan Pulau Pinang.

6. Peluang sama rata antara BN dengan PR dalam usaha memerintah Perak.

7. Masalah utama PR adalah tidak berupaya menunaikan janji-janjinya selama ini.

8. Tun Daim menasihat kaum Cina agar bijak mengundi pada kali ini, tanyanya "Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN?,”

9. Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu banyak menguntungkan BN.

10. Pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

11. DS Najib lebih bijak dan diyakini, berbanding Anwar yang lebih bijak bercakap dan menghasut.

12. Anwar Ibrahim sudah mengetahui lebih awal bahawa beliau akan tewas dalam PRU ke-13 ini.

13. Anwar Ibrahim tiada kepakaran ekonomi dan ini membahayakan negara kerana beliau akan banyak bergantung kepada pihak ketiga.

p/s : Tiada tempat untuk Pembangkang jika rakyat celik dan bijak menilai.

PR Hanyalah Parti Anak-Beranak

SL pernah bangkitkan bahawa DAP, PKR dan PAS hanyalah parti anak-beranak yang bertujuan mengkayakan keluarga mereka sahaja.

Kita sedia maklum PKR diterajui oleh 3 beranak (Tuan Penasihat, Presiden dan Naib Presiden), manakala DAP pula terdiri daripada (Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng, menantu Kit Siang- Betty Chew, Ngeh Koo Ham sedara Nga Kor Ming). Begitu juga PAS (Nik Ajis dan anaknya Nik Abduh selaku Timb Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bakal bertanding di Pasir Mas pada PRU13).

Sehubungan ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyeru rakyat Selangor bahawa perlunya mereka menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jelas mengamalkan konsep nepotisme atau bersifat seperti parti keluarga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ini terbukti apabila tiga ahli keluarga Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu beliau sendiri, isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar bertanding dalam pilihan raya yang sama.

Amalan itu lebih terserlah apabila Wan Azizah baru-baru ini membayangkan kemungkinan bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh juga pernah berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen atau DUN atau kedua-duanya sekali.

"Selain ibu bapa, ada desas-desus mendakwa seorang lagi anak mereka akan bertanding di sini. Kalau macam itu, kenapa mereka tidak bawa sekali Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) dan menantu datang bertanding di negeri ini.
"Kalau perkara ini benar-benar terjadi, maka Selangor akan jadi tempat berkumpul sebuah keluarga dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Wan Azizah membayangkan kemungkinan bertanding di kerusi DUN Selangor pada PRU-13 dan dijangka dilantik menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka.

Beliau yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon BN, Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.
Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jika benar Wan Azizah bertanding di Selangor, keadaan itu akan menjadikan negeri ini diwakili seorang parasit politik yang sudah tidak laku di kawasannya dan sukar mendapat sokongan pengundi.

"Jika begitu keadaannya, anak Selangor yang selama ini bersusah payah memajukan negeri ini hanya mampu gigit jari melihat orang lain mewakili negeri ini," katanya.

p/s : Sudah menjadi lumrah pemimpin atas Pakatan Pemabangkang gila kuasa...DUN dia bertanding, Parlimen pun dia nak bertanding

Kelantan Pusat Maksiat Walaupun 23 Tahun Bawah Naungan PAS @nikabdulaziz @nikabduh @abdulhadiawang @mahfuzomar @KhalidSamad

Kelantan memang terkenal imej kononnya kononnya “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya satu pembohongan. Kini semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini.

Ini kerana dari satu janji ke janji baru dibuat oleh PAS Kelantan, tapi semuanya tidak ditunaikan. Dari HUKUM HUDUD yang kononnya diperjuangkan PAS akhirnya disejukkan oleh Pakatan DAP-PKR dengan negeri berkebajikan hinggalah isu kalimah Allah dan macam-macam lagi.

Kebajikan yang bagaimana yang dimaksudkan PAS ini? Selama ini PAS sememangnya tidak pernah menjaga kebajikan rakyatnya sehingga sebahagian besar rakyatnya terpaksa merantau keluar dari negeri tersebut untuk mencari rezeki.

PAS Kelantan gagal selesaikan masalah air kurang bersih yang mana hanya 55.7% daripada 4.54juta penduduknya yang terima air terawat.


Begitu juga tentang pelaksanaan Ladang Rakyat oleh PAS Kelantan dibawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat pada 26 Januari 2006 kononnya bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan melalui sektor perladangan juga menemui kegagalan kerana peserta menerima dividen RM200 sebulan sedangkan tahap miskin tegar masih diparas RM730 kerana peserta tidak secara langsung untuk mengusahakan tanah tersebut sebagamana yang dilakukan oleh FELDA.

PAS Kelantan juga gagal dalam mewujudkan peluang pelaburan asing dalam menjana ekonomi negeri Kelantan dan peluang pekerjaan yang akhirnya menjerumuskan rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu ke lembah maksiat.

Pelbagai janji ditabur oleh PAS Kelantan kononnya pengumuman pembinaan Lebuhraya, malangnya sehingga kini projek tersebut masih belum berjalan.

17 tahun rakyat menantikan janji PAS Kelantan membina stadium baru. Jelas PAS Kelantan tidak pedulikan rakyat Kelantan.
Kini dijanjikan lagi stadium bertaraf Olimpik yang mana acara pecah tanah telah dijalankan pada Mac 2013. Apa yang mengejutkan rakyat tempatan pembinaan stadium tersebut sepatutnya bermula pada Mac 2012 lagi.

Apakah makna sandiwara PAS yang ingin mengaburi mata rakyat khususnya Kelantan?

Akhirnya sikap angkuh PAS Kelantan yang terus menipu rakyatnya punca gelaja tidak bermoral semakin merosakkan rakyat negeri itu dan PAS Kelantan gagal membendungnya lagi.

Kini sudah tiba masanya BN bawa kemajuan sosioekonomi untuk rakyat Kelantan yang terlalu ketinggalan di belakang.


P/S :
  • Inilah contoh corak pemerintahan Pakatan yang tak berapa nak sepakat.
  • PAS keldai tua tunggangan PKR dan DAP.

PENGINGATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA #IniKalilahHumbanPRkeGaung

Masa Untuk Tamatkan Politik Pembangkang Three Stooges


JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.
Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.


"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.



"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.


"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.


Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.


"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.


"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.


Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. 
Sumber UTUSAN

p/s : HUMBAN PEMBANGKANG TERJUN GAUNG...TIADA LAGI TOLAK-TOLAK PEMBANGKANG

PKR Parti Yang Lahir Di Jalanan - Tun Daim #BN4Malaysia #BNbagus