Search

Monday, 1 April 2013

Kelantan Pusat Maksiat Walaupun 23 Tahun Bawah Naungan PAS @nikabdulaziz @nikabduh @abdulhadiawang @mahfuzomar @KhalidSamad

Kelantan memang terkenal imej kononnya kononnya “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya satu pembohongan. Kini semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini.

Ini kerana dari satu janji ke janji baru dibuat oleh PAS Kelantan, tapi semuanya tidak ditunaikan. Dari HUKUM HUDUD yang kononnya diperjuangkan PAS akhirnya disejukkan oleh Pakatan DAP-PKR dengan negeri berkebajikan hinggalah isu kalimah Allah dan macam-macam lagi.

Kebajikan yang bagaimana yang dimaksudkan PAS ini? Selama ini PAS sememangnya tidak pernah menjaga kebajikan rakyatnya sehingga sebahagian besar rakyatnya terpaksa merantau keluar dari negeri tersebut untuk mencari rezeki.

PAS Kelantan gagal selesaikan masalah air kurang bersih yang mana hanya 55.7% daripada 4.54juta penduduknya yang terima air terawat.


Begitu juga tentang pelaksanaan Ladang Rakyat oleh PAS Kelantan dibawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat pada 26 Januari 2006 kononnya bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan melalui sektor perladangan juga menemui kegagalan kerana peserta menerima dividen RM200 sebulan sedangkan tahap miskin tegar masih diparas RM730 kerana peserta tidak secara langsung untuk mengusahakan tanah tersebut sebagamana yang dilakukan oleh FELDA.

PAS Kelantan juga gagal dalam mewujudkan peluang pelaburan asing dalam menjana ekonomi negeri Kelantan dan peluang pekerjaan yang akhirnya menjerumuskan rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu ke lembah maksiat.

Pelbagai janji ditabur oleh PAS Kelantan kononnya pengumuman pembinaan Lebuhraya, malangnya sehingga kini projek tersebut masih belum berjalan.

17 tahun rakyat menantikan janji PAS Kelantan membina stadium baru. Jelas PAS Kelantan tidak pedulikan rakyat Kelantan.
Kini dijanjikan lagi stadium bertaraf Olimpik yang mana acara pecah tanah telah dijalankan pada Mac 2013. Apa yang mengejutkan rakyat tempatan pembinaan stadium tersebut sepatutnya bermula pada Mac 2012 lagi.

Apakah makna sandiwara PAS yang ingin mengaburi mata rakyat khususnya Kelantan?

Akhirnya sikap angkuh PAS Kelantan yang terus menipu rakyatnya punca gelaja tidak bermoral semakin merosakkan rakyat negeri itu dan PAS Kelantan gagal membendungnya lagi.

Kini sudah tiba masanya BN bawa kemajuan sosioekonomi untuk rakyat Kelantan yang terlalu ketinggalan di belakang.


P/S :
  • Inilah contoh corak pemerintahan Pakatan yang tak berapa nak sepakat.
  • PAS keldai tua tunggangan PKR dan DAP.

PENGINGATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA #IniKalilahHumbanPRkeGaung

No comments:

Post a Comment