Search

Monday, 1 April 2013

13 Hujah Terakhir Tun Daim Sebelum PRU Ke-13

1. Tun Daim berpandangan bahawa BN akan memenangi PRU ke-13 dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU ke-12 (tetapi tidak pasti sama ada mampu memperoleh 2/3 majoriti).

2. BN bakal kehilangan beberapa DUN dan Parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak.

3. BN akan memperoleh kembali beberapa kerusi parlimen di Selangor, Kedah dan Kelantan.

4. BN kembali berkuasa di Selangor dan Kedah.

5. BN masih tetap tewas di Kelantan dan Pulau Pinang.

6. Peluang sama rata antara BN dengan PR dalam usaha memerintah Perak.

7. Masalah utama PR adalah tidak berupaya menunaikan janji-janjinya selama ini.

8. Tun Daim menasihat kaum Cina agar bijak mengundi pada kali ini, tanyanya "Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN?,”

9. Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu banyak menguntungkan BN.

10. Pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

11. DS Najib lebih bijak dan diyakini, berbanding Anwar yang lebih bijak bercakap dan menghasut.

12. Anwar Ibrahim sudah mengetahui lebih awal bahawa beliau akan tewas dalam PRU ke-13 ini.

13. Anwar Ibrahim tiada kepakaran ekonomi dan ini membahayakan negara kerana beliau akan banyak bergantung kepada pihak ketiga.

p/s : Tiada tempat untuk Pembangkang jika rakyat celik dan bijak menilai.

No comments:

Post a Comment