Search

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13 Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim @limkitsiang @hajisalahuddin #TolakPR #BN4Johor

Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim

Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.


Masyarakat Islam di Gelang Patah menantikan Salahuddin Ayub calon PAS DUN Nusajaya dan Parlimen Pulai berceramah tentang pelaksanaan hudud di Johor dan pendirian PAS tentang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Melayu.

Buat pencacai-pencacai Salahuddin Ayub pula hanya mampu ke hulu ke hilir berkopiah sambil mengekori dan sabotaj majlis-majlis yang dibuat oleh Barisan Nasional yang dirasmikan oleh calon BN Parlimen Gelang Patah Datuk Abdul Ghani Othman serta calon BN DUN Nusajaya Dr Hj Zaini bin Abu Bakar.

#PRU13 @limkitsiang Dihalau Bukti Rakyat Johor Tolak Pakatan Haram @hajisalahuddin #BN4GelangPatah #BN4Nusajaya

 

Lim Kit Siang terus ditolak oleh Rakyat Johor khususnya di Nusajaya, Gelang Patah.
 
Inilah buktinya rakyat Johor celik dan menolak Pakatan Harapan Rakyat (HapRak) sekaligus menolak budaya penipu yang dibawa oleh DAP Kit Siang yang dibawa sebagaimana dia menipu di Kelantan, Kedah, Selangor dan Penang.
 
*masuk kandang kambing, mengembek..bila masuk kandang lembu, Kit Siang dilembukan oleh orang Johor.
 

Kit Siang selaku pembohong no1 berganding bahu bersama pembohong yang tidak asing lagi dari PAS yang melarikan diri dari parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayubhanya hanya mampu memberi ceramah pembohongan mereka dengan slogan "UBAH" hampir setiap malam di Taman Pulai Utama, Skudai sedangkan Kit Siang sendiri tak ubah-ubah.

Buat Pakatan HapRak, tinggalkan Johor.

Kit Siang dan Salahuddin Ayub digelar dengan nama jolokan Johor murtad berlagak menjadi hero yang cuba untuk selesaikan masalah rakyat Gelang Patah dan Nusajaya sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan selain terus menipu dan politk fitnah.

#BN4GelangPatah
#BN4Nusajaya

Tuesday, 30 April 2013

#PRU13 Calon BN N49 Nusajaya Pastikan Orang Asli Gelang Patah Tidak Ketinggalan @KhaledNordin @NajibRazak #BNbagus #BN4Johor #TolakPR

29hb April 2013. Kampung Simpang Arang (Masyarakat Orang Asli). 


Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor (JAKOA) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’azim(YPKDT) telah megadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang disamping menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang upaya. 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Datin Paduka Profesor Jamilah YDP JUWITA dan Dr.Hj.Zaini Calon BN DUN Nusajaya. Terdapat seramai 237 buah keluarga di kampung ini dengan seramai lebih kurang 575 orang penduduk. 

Sumber pendapatan mereka berasaskan aktiviti menangkap hasil sungai dan laut secara tradisional dan pekebun kecil serta beberapa diantara mereka yang bekerja di sektor swasta dan Kerajaan Negeri. Masyarakat Orang Asli di sini dikenali sebagai Orang Asli Seletar. 

Kerajaan Negeri Johor melalui JAKOA telah menyalurkan peruntukan yang besar setiap tahun untk membangunkan masayarakat Orang Asli tersebut dari segi pendidikan, prasarana kampung dan kemudahan mencari sumber pendapat supaya mereka tidak ketinggalan di tengah-tengah arus pembangunan yang sedang rancak berlaku. 

Datin Paduka Profesor Jamilah memberi jaminan bahawa Kerajaan akan terus mengikuti perkembangan dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di sini sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk mewakili rakyat di kawasan Parlimen Gelang Patah ini.

Dalam Majlis Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang ini juga, Calon BN Dr.Hj.Zaini sempat mengadakan program khidmat masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan percuma terhadap masyarakat Orang Asli tersebut.


Calon BN N49 Nusajaya hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang

Turut hadir Datin Paduka Profesor Jamilah






Datin Paduka Profesor Jamilah dalam ucapan perasmian


Calon BN N49 DUN Nusajaya Dr Hj Zaini Abu Bakar sedang membuat pemeriksaan ke atas salah seorang masyarakat orang Asli 



#PRU13 Berikan mandat atas dasar sahabat - Datuk Abdul Ghani Othman @NajibRazak @KhaledNordin @HishammuddinH2O



JOHOR BAHRU 30 April - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berharap masyarakat Cina di Parlimen Gelang Patah terus memberi mandat kepadanya atas dasar 'sahabat lama' memandangkan perkhidmatannya selama 18 tahun menerajui Johor.

Katanya, berilah kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyambung segala bentuk pembangunan yang telah dirancangkan kerajaan demi mencapai taraf hidup yang damai dan harmoni.

"Beri peluang dan kesempatan kepada saya untuk berkhidmat bersama-sama anda dan saya akan pastikan anda mengecapi kemakmuran sebagaimana yang anda nikmati sekarang ini.

"Saya juga menyeru agar seluruh rakyat Johor memberi mandat yang kukuh kepada Perdana Menteri kita untuk terus menerajui tampuk pimpinan negara pada pilihan raya ini," katanya di hadapan 30,000 penduduk Gelang Patah yang menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kolej Universiti Selatan, Skudai, di sini malam tadi.


Gambar sekitar Majlis Ramah Mesra bersama YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak di Southern University College.



Datuk A. Ghani Othman sedang memberi ucapan

Calon Barisan Nasional N49 Nusajaya Dr Hj Zaini bin Abu Bakar

Turut hadir Datuk Seri Khaled Nordin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga turut memeriahkan majlis ramah mesra tersebut


#PRU13 Siapakah Yang Lebih Layak di Parlimen Gelang Patah??? Ghani Othman atau @limkitsiang #TolakPR #BN4Johor



Dengan segala hasil titik peluh dan usaha keras pemimpin kerajaan Barisan Nasional membangunkan Gelang Patah dan Nusajaya, akhirnya pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Salahauddin Ayub yang datangnya entah dari mana berlagak seperti hero nak selesaikan agenda pembohongan mereka yang didakwa masalah rakyat.

Mereka sendiri gagal mengotakan janji dan membangunkan Ipoh Timur dan Kubang Kerian yang kini cuba membohongi rakyat Johor khususnya Gelang Patah dan Nusajaya.