Search

Tuesday 30 April 2013

#PRU13 Calon BN N49 Nusajaya Pastikan Orang Asli Gelang Patah Tidak Ketinggalan @KhaledNordin @NajibRazak #BNbagus #BN4Johor #TolakPR

29hb April 2013. Kampung Simpang Arang (Masyarakat Orang Asli). 


Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor (JAKOA) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’azim(YPKDT) telah megadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang disamping menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang upaya. 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Datin Paduka Profesor Jamilah YDP JUWITA dan Dr.Hj.Zaini Calon BN DUN Nusajaya. Terdapat seramai 237 buah keluarga di kampung ini dengan seramai lebih kurang 575 orang penduduk. 

Sumber pendapatan mereka berasaskan aktiviti menangkap hasil sungai dan laut secara tradisional dan pekebun kecil serta beberapa diantara mereka yang bekerja di sektor swasta dan Kerajaan Negeri. Masyarakat Orang Asli di sini dikenali sebagai Orang Asli Seletar. 

Kerajaan Negeri Johor melalui JAKOA telah menyalurkan peruntukan yang besar setiap tahun untk membangunkan masayarakat Orang Asli tersebut dari segi pendidikan, prasarana kampung dan kemudahan mencari sumber pendapat supaya mereka tidak ketinggalan di tengah-tengah arus pembangunan yang sedang rancak berlaku. 

Datin Paduka Profesor Jamilah memberi jaminan bahawa Kerajaan akan terus mengikuti perkembangan dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di sini sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk mewakili rakyat di kawasan Parlimen Gelang Patah ini.

Dalam Majlis Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang ini juga, Calon BN Dr.Hj.Zaini sempat mengadakan program khidmat masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan percuma terhadap masyarakat Orang Asli tersebut.


Calon BN N49 Nusajaya hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang

Turut hadir Datin Paduka Profesor Jamilah






Datin Paduka Profesor Jamilah dalam ucapan perasmian


Calon BN N49 DUN Nusajaya Dr Hj Zaini Abu Bakar sedang membuat pemeriksaan ke atas salah seorang masyarakat orang Asli 



No comments:

Post a Comment