Search

Tuesday 30 April 2013

#PRU13 Berikan mandat atas dasar sahabat - Datuk Abdul Ghani Othman @NajibRazak @KhaledNordin @HishammuddinH2O



JOHOR BAHRU 30 April - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berharap masyarakat Cina di Parlimen Gelang Patah terus memberi mandat kepadanya atas dasar 'sahabat lama' memandangkan perkhidmatannya selama 18 tahun menerajui Johor.

Katanya, berilah kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyambung segala bentuk pembangunan yang telah dirancangkan kerajaan demi mencapai taraf hidup yang damai dan harmoni.

"Beri peluang dan kesempatan kepada saya untuk berkhidmat bersama-sama anda dan saya akan pastikan anda mengecapi kemakmuran sebagaimana yang anda nikmati sekarang ini.

"Saya juga menyeru agar seluruh rakyat Johor memberi mandat yang kukuh kepada Perdana Menteri kita untuk terus menerajui tampuk pimpinan negara pada pilihan raya ini," katanya di hadapan 30,000 penduduk Gelang Patah yang menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kolej Universiti Selatan, Skudai, di sini malam tadi.


Gambar sekitar Majlis Ramah Mesra bersama YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak di Southern University College.



Datuk A. Ghani Othman sedang memberi ucapan

Calon Barisan Nasional N49 Nusajaya Dr Hj Zaini bin Abu Bakar

Turut hadir Datuk Seri Khaled Nordin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga turut memeriahkan majlis ramah mesra tersebut


No comments:

Post a Comment