Search
Wednesday, 31 October 2012
Pelaksanaan AES Perlu Kajian Dari Pelbagai Sudut (Part 1) cc : DS @NajibRazak
Siapa kata pelaksanaan AES hanya merugikan rakyat semata-mata kerana apabila gambar diambil dan kemudian saman dikeluarkan???
Adakah rakyat sedar betapa pentingnya AES demi mendisiplinkan para pemandu kenderaan di jalanraya hari ini???
Adakah rakyat sedar tentang statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan lebuhraya, jalan persekutuan, jalan bandar, jalan luar bandar dan sebagainya disebabkan kecuaian pemandu???
Pada dasarnya, sistem AES ini amat baik tetapi adakah lokasi serta halaju yang ditetapkan praktikal di sesebuah lokasi?
Rata-rata rakyat Malaysia selaku pengguna jalanraya merungut tentang pelaksaan sistem AES terutamanya di lokasi yang tidak sesuai dan dianggap merepek dengan kelajuan yang tidak munasabah.
SL berikan contoh Lokasi AES yang SL gunakan hampir setiap hari selama hampir 14tahun :-
1. Lebuhraya PLUS diantara susur keluar tol Bangi ke susur keluar tol Kajang berjumlah 3 lorong.
2. Sejarah kemalangan di kawasan berkenaan sejak 10 tahun kebelakangan - TIADA
3. Halaju yang ditetapkan dikawasan berkenaan adalah 90km/h.
4. Lokasi kamera AES dipasang pada lokasi menuruni cenuram.
5. Secara logik akal : pada kenderaan yang menaiki cenuram lebuhraya pada kelajuan 90km/h, sudah pastinya akan menuruni cenuram pada halaju melebihi 90km/h sekiranya pedal minyak ditekan secara konsisten.
6. Semestinya sebaik sampai berdekatan dengan lokasi kamera, ada kenderaan yang terpaksa brek mengejut dan membahayakan kendaraan lain (pernah beberapa kali berlaku 'near miss' accident)
7. Jumlah kenderaan yang melalui lokasi tersebut lebih tinggi terutama pada waktu 5.30ptg - 7mlm bagi pengguna-pengguna yang ingin mengelakkan kesessakan lalulintas di Bandar Baru Bangi.
Pada SL, sesuaikah untuk lebuhraya 3 lorong pada kelajuan 90km/h tiada statistik direkodkan sebagai lokasi kemalangan tinggi di pasang kamera AES terutamanya apabila turun bukit???
SL pernah menemubual beberapa pengguna Lebuhraya PLUS tentang sesuaikah dipasang kamera AES di lokasi berkenaan pada awal operasi.
Rata-rata menjawab :-
1. bagi pengguna Pro PR menjawab "ini kamera AES_ Anak Emas Solah punya kompeni lah yang dapat tender pasang ni"
2. yang Pro Kerajaan BN pula menjawab "Kesian DS Najib berusaha siang malam untuk memenangi hari Rakyat Malaysia demi kemenangan BN di PRU13 tapi sayangnya ada juga orang bodoh yang menjahanamkan dan memburukkan prestasi dan reputasi kerajaan BN di mata Rakyat Malaysia"
3. Bagi yang atas pagar pula, "Biasalaaa, dia bg BR1M, dia ambil balik cara begini laahh.."
4. Ada pula yang menjawab "Itulah bila ramai sangat orang bodoh pegang jawatan besar dalam kerajaaan BN", "Macammana BN nak menang PRU13, buat benda macam ni yang menjahanamkan depa, puak pakatan haram pula pandai cari peluang dan bermain sentimen"
5. Ada juga yang menjawab " Bagus dipasang kamera tetapi lokasi dan halaju tidak sesuai" "Bagus sebab mendisiplinkan pemandu yang degil"
SL tersentap hati mendengar jawapan-jawapan ni.
Hasil dari temubual :-
2 orang menyokong, 1 orang tiada komen (gayanya macam benci saja), 12 orang tidak menyokong.
SL amat terharu dan menyokong penuh tentang Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai YB Khairy Jamaluddin sebulat suara mendesak Kerajaan Persekutuan menangguhkan dahulu pelaksanaan sistem AES dengan mengkaji semula kelemahan pada pelan pelaksanaannya serta mengkaji semula lokasi-lokasi, had laju dan mengadakan publisiti serta memberikan pendidikan kepada umum semalam di PWTC. Rujuk sini
p/s : SL sokong AES tp kaji dulu lokasi terutamanya dikawasan rekod kemalangan yang tinggi, halaju yang bersesuaian, pendidikan kepada para pengguna jalanraya berkenaan.
MB Selangor @Khalid_Ibrahim Paling Cemerlang???
SL tertanya-tanya tentang kecemerlangan MB Selangor yang digembar-gembur oleh Ketua Umum PKR selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM1.
Pada 23.10.2012 di muka hadapan akhbar Sinar Harian bertajuk MB Paling Cemerlang.
Ia dipenuhi dengan kata-kata pujian tentang integriti Khalid dalam memacu kejayaan mentadbir Selangor kononnya serta mempunyai lebihan wang negeri sejumlah RM2billion.
SL merasa terkejut dengan berita tersebut memandangkan terdapat pelbagai isu di Selangor yang gagal dilunaskan oleh MB Selangor.
Paling ketara apabila terdapat kekeliruan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai pengurusan wang di peringkat negeri-negeri di mana sejumlah wang yang masuk ke dalam akaun amanah negeri hasil bukan cukai dimasukkan ke dalam akaun hasil.
Begitu juga tentang pengurusan wang Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, skim TAWAS, penyelenggaraan jalan, penyata tunai dan penukaran syarat tanah seperti yang didedahkan oleh Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad. Sehubungan itu MB Selangor Khalid Ibrahim dengan angkuh menyelar kredibiliti laporan tersebut yang disifatkan sebagai telus.
MB Selangor juga gagal menjawab tentang isu Tender Terbuka yang dibuat secara Rundingan Terus kontrak penyelenggaraan bangunan Kerajaan Negeri Selangor sejumlah RM350juta seperti yang dilaporkan pada Mac 2012.
Bagaimana pula kenyataan yang mengelirukan berhubung status pemilikan 5aset PKNS yang bernilai RM321juta seperti yang didedahkan oleh Dato Seri Noh Omar baru-baru ini???
Bagaimana MB Selangor Khalid memperjudikan nasib rakyat Selangor tentang isu Air dan pembinaan Empangan Langat2???
Bagaimana pula tentang perlaksanaan manifesto PRU12 Kerajaan PR Selangor???
Inikah yang dikatakan ‘Paling Cemerlang’???
SL nasihatkan MB Selangor Khalid Ibrahim supaya tampil ke hadapan dan menjawab semua isu tanpa berdolak dalih.
p/s : Jadilah rakyat yang bijak menilai dan bukannya menjadi rakyat yang terikut-ikut…Sama-sama fikirkan
Monday, 20 August 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433Hijrah kepada semua Umat Islam di Malaysia
Assalamualaikum w.b.t
Pertamanya SL ingin mengucapkan kepada Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya di Malaysia.
SL juga memohon ampun dan maaf kepada pembaca sekiranya terkasar bahasa tidak kira percakapan mahupun penulisan di hari yang mulia ini.
Kepada pembaca yang dikasihi, SL memohon agar berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung. Semoga perjalanan selamat dan lancar pergi dan balik.
Akhir kata, jangan lupa ajak SL ke open house untuk beraya bersama-sama :)
Monday, 13 August 2012
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Buat Umat Islam Seluruh Malaysia
Pertamanya SL memohon maaf kerana terlalu lama tidak update blog menjalankan tugas-tugas harian yang semakin berat dan mencabar.
Disini SL ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Seluruh Umat Islam khususnya di Malaysia dimana ia merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib.
Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini dan diberikan kekuatan serta kesihatan untuk beribadah kepada ALLAH SWT.
p/s: jgn lupa berniat puasa :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, 9 July 2012
Sudah Tertunaikah Manifesto PRU12 Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang di Selangor?? @Khalid_Ibrahim
SELANGOR BERSIH, MAJU DAN BERKEBAJIKAN????
Urustadbir Berwibawa
-Memastikan Semua Pemimpin Bersih Dari Rasuah
-Menyiasat Penyelewengan Pentadbiran Tanah Dan Sumber Negeri
-Menghentikan projek-projek membazir dan rugi
-Memastikan ketelusan pentadbiran negeri
-Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan
-Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan
Sosial Dan Kebajikan Rakyat
-Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap kelahiran Selangor
-Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
-Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
-Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran Universiti Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
-Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
-Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
-Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim Memberi elaun ibu tunggal yang layak
-Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
-Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
-Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam
Kesihatan Rakyat
-Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
-Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
-Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
-Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
Ekonomi Rakyat
-Menyediakan premis perniagaan yang cukup
-Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
-Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
-Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%
-Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.
-Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan
Keselamatan Rakyat
-Menguatkuasa syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.
-Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
-Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita
Selangor Bersih Dengan Bau Sampah, Maju dengan Kes Pembuangan Bayi Tertinggi 2011-2012, Arak, Pusat Hiburan, Judi, Rumah Urut Dan Berkebajikan menjaga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri bernilai Seringgit selaku Peliwat Bersiri tetapi membiarkan Rakyat Selangor yang bakal menghadapi Krisis Air pada 2014.