Search

Friday, 3 October 2014

@NajibRazak @HasanMalekKP @ahmadmaslan Hilang Pahala Amalan Kerana 20sen


Bukan 20 sen yang jejaskan Rezeki tetapi Keberkatan.

Kecoh tak habis-habis dan dari kelmarin hinggalah sekarang dok bercakap tak henti...siap sumpah seranah dan maki hamun berbakul-bakul.

Akhir sekali yang di maki cerca dapat pahala, yang tukang cerca menghina pula dapat dosa...amalan semuanya hangus entah kemana...balik ke Akhirat jadi papa kedana.

Statement yang kat atas tu bagi mereka yang berfikir pakai iman dan amal lah, bukan bagi mereka yang berfikir pakai logik akal sejengkal tanpa iman dan amal alias jahil.

Semuanya bukan sebab naik 20 sen yang akan menjejaskan rezeki hari hari tetapi Tiada Keberkatan lah menyebabkan manusia semua menjadi keluh kesah pasal rezeki...

Seorang yang 'Alim berkata,
"Oleh kerana manusia tidak yakin yang betul kepada Allah SWT maka manusia itu telah berbuat  usaha keatas benda lain...sebagai contoh untuk dapat rezeki yang lebih maka kerja tambah masa diperlukan...dari 8 jam menjadi 12 jam usaha keatas kebendaan...kemudiàn 12 jam itu pula tak cukup maka kita kena tambah lagi masa kerja untuk mencukupkan kebendaaan yang dikejar

Masalah pokok ialah bukan sedikit atau banyak tetapi masalahnya cukup atau pun tidak...dan itu lah yang dinamakan Keberkatan...

Bagi mereka ada Keyakinan pada Allah maka sudah barang tentu lah mereka menyelesaikan masalah dengan amal dan bukan dengan logik akal...

Masing masing semak lah balik kenapa jadi begini, bukan harga naik 20 sen tetapi Allah tarik Keberkatan Rezeki dari umat Islam di Malaysia ni dengan perantaraan manusia.

Cerita Naik 20 Sen

Sedikit pon rezeki kita tidak akan terjejas..walaupun minyak naik ... Rezeki ini rahsia Allah SWT ... Bukan dengan naik turunya minyak...!!!

Janji Allah SWT tak penah mungkir dan tak pernah tipu.
Nabi SAW bagitau bacalah Yasiin lepas subuh Allah SWT akan cukup kan keperluan , jaga Dhuha jaga waqiah , stakat minyak naik 20 sen Allah SWT boleh naik kan juga rezeki kita berganda ganda...tetapi dengan syarat...iman dan yakin kita kena betul dan amal soleh kita kena berganda ganda..

Nilai keperluan hidup dan belanja harian bukan bergantung kepada ekonomi dunia tetapi semua bergantung dan berhajat kepada Allah SWT.

Allah SWT telah berjanji sesiapa yang jaga solat 5 waktu secara berjemaah maka Allah SWT akan beri 5 ganjaran ... Salah satunya di dunia lagi Allah SWT akan berkati rezekinya...

Naik la banyak mana pun minyak tu ... Kalau Allah SWT dah buat keputusan untuk letak kan keberkatan pada rezeki maka kita smua akan rasa mencukupi ...

Bila kita tak menjaga perintah Allah SWT tu yang jadi pening lalat fikir nak cari duit, akhirnya perintah Allah SWT pun tinggal kerana sibuk sangat nak kejar duit kononnya tak mengcukupi...

Syaitan akan cuba sedaya upaya untuk rosak kan iman yakin mnusia ...
Masa ini lah pejuang dan Daie daie agama kena betulkan fikir dan iman yakin umat ... Bukan kita nak layan penipuan syaitan.

Cara mengatasi harga minyak naik

#Jaga solat fardhu berjmaah
#Selalu sedekah
#Tiap hari baca surah Waqiah
#Selepas subuh amalkan untuk membaca Yaasin
#Hati dan lidah sentiasa berzikir

Gerenti punya .... Sebab janji Allah SWT tak pernah tipu dn tak pernah mungkir ...

Yakin kah kta ? Kalau msih ragu ragu kena bersyahadah balik ...
Sebenarnya isu hrga minyak naik ni adalah amaran daripada Allah SWT agar kita tambah kan lagi amal dan jangan sandarkan rezeki kita pada gaji dan pendapatan bulanan kita ...

Setiap masalah ada ubatnya Masalah minyak pun ada ubatnya ... Sebaik-baik ubat adalah amalan yg soleh .... 

*Hasil kiriman sahabat SL dan SL sependapat dengan beliau.

@NajibRazak @HasanMalekKP Rakyat Malaysia Perlu Bersyukur Dengan Kenaikan Harga Barang???

Bila harga minyak naik saja, pastinya yang bersalah adalah Kerajaan BN / Kerajaan Barang Naik.
 
Pada dasarnya, rakyat mula celik hasil pengurangan subsidi kerajaan terhadap bahan api memandangkan kerajaan begitu terbeban menanggung kerugian saban tahun sehinggalah saat ini kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi mencecah RM21billion atau RM21,000,000,000.00. 
 
 
Sesetengah pihak cuba mengeluarkan idea untuk memotong perbelanjaan, gaji, elaun Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN dan Pegawai Kanan atau menaikkan cukai/ harga barangan tertentu seperti arak, rokok dan sebagainya. 
 
Apa saja idea yang dilontarkan biarlah berlandaskan saluran yang betul agar maklumat sampai kepada pihak yang berwajib.
 
SL terperasan sesetengah pihak hanya mampu menyalak di wall sendiri didalam facebook, berlagak bagai pendekar dalam kumpulan tertentu dalam Whatsapp Messenger yang sudah pasti boleh SL katakan "SYOK SENDIRI".
 
Agak mengejutkan apabila pemimpin yang diangkat oleh ahli-ahli parti, rakyat setempat yang memilihnya sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen seterusnya duduk dalam barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau lebih bodoh daripada rakyat.
Di mana penasihat 25% menteri tersebut?
 
                                         
 
Apa tidaknya, apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak atau dalam erti kata lain kenaikan harga minyak, pastinya yang terbeban adalah rakyat.
 
Apakah rakyat terlibat dengan ketirisan atau penyelewengan subsidi bahan api secara keseluruhan sebagaimana yang war warkan oleh Menteri??
Sedangkan KPDNKK belum ada mekanisme yang sesuai untuk menangani masalah penyelewengan ini
 
Pada dasarnya rakyat tidak kisah tentang pengurangan subsidi minyak sebanyak RM20sen, tetapi rakyat kisah dengan impak terhadap harga barang-barang keperluan harian yang mana mereka yang kaya seperti Menteri-menteri, Timbalan-timbalan menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan berkemungkinan tidak merasai bahang kenaikan harga ni.
 
Yang terasa adalah rakyat yang berpendapatan sederhana, mempunyai anak-anak yang ramai, mempunyai anak-anak yang bersekolah, bila isteri tidak bekerja menjadi suri rumah sepenuh masa, golongan yang mempunyai pendapatan tidak tetap seperti pekerja kontrak, buruh dsb.
 
Oleh yang sedemikian, SL memohon kepada YAB Perdana Menteri agar meneliti semula barisan kepimpinan kabinet yang lebih bijak dan senonoh kerana ini akan memberi impak yang besar kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU14.
 
*SL sayangkan Kerajaan UMNO/BN

Thursday, 5 September 2013

Pemuda UMNO kemuka 4 calon tanding MT..Tahniah @tunfaisal @jamawijaafar @Khairykj

Kuala Lumpur - Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara mencalonkan empat pemimpin utama sayap itu bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti yang akan diadakan Oktober ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, mereka ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz. "Kita sebulat suara beri pengesahan dan sokongan kepada keempat-empat calon ini dan saya sendiri akan minta semua perwakilan pemuda yang akan mengundi untuk majlis tertinggi di mesyuarat bahagian masing-masing beri sokongan tak berbelah-bahagi," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut katanya, keempat-empat calon itu ialah calon rasmi yang mendapat sokongan sebulat suara Jawatankuasa Pemuda UMNO setakat hari ini, namun sekiranya terdapat ahli Pemuda UMNO lain yang berminat mencalonkan diri untuk bertanding sebagai Ahli MT, perkara itu akan dipertimbangkan. Khairy turut mengumumkan empat Exco Pemuda UMNO yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan kali ini iaitu Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Mohd. Iruan Zulkefli.

Selain itu, Khairy turut mengumumkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Zubir Zabidi, akan bertanding jawatan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO. Ditanya berapa ramai ahli Pemuda yang telah menawarkan diri bertanding jawatan Exco pergerakan itu, beliau berkata, jumlah tepat belum dapat dikenalpasti, namun sehingga kini, kira-kira 170 ahli telah menawarkan diri.

 _Utusan_ SL mengucapkan tahniah buat Tun Faisal Ismail Aziz selaku Pengerusi UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia calon MT dan Jamawi Jaafar Ketua Pemuda UMNO Tenom selaku calon Naib Ketua Pemuda dan akan menyokong penuh terhadap kedua-dua calon ini. Buat pengetahuan, mereka ini adalah orang yang kuat dan rajin bekerja, mempunyai idea dan pandangan yg luas dan bernas serta tidak pernah kenal penat dalam membantu khususnya pemuda UMNO dalam perang psikologi di alam maya dan industri seni tanah air yang sentiasa bergerak di semua peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. UMNO perlu sentiasa muda, bertenaga dan gagah dalam menghadapi perang PRU14.

Tuesday, 11 June 2013

Bertemu Nabi di Haudh (Telaga Nabi)

Bertemu Nabi di Haudh (Telaga Nabi)
Abu Numair Nawawi Bin Subandi
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) menegaskan di antara prinsip ahlus sunnah wal-jama’ah adalah:
وَالْإِيمَانُ بِالْحَوْضِ، وَأَنَّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَوْضًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتُهُ، عَرْضُهُ مِثْلُ طُولِهِ مَسِيرَةُ شَهْرٍ، آنِيَتُهُ كَعَدَدِ نُجُومِ السَّمَاءِ، عَلَى مَا صَحَّتْ بِهِ الْأَخْبَارُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ
“Beriman dengan adanya Al-Haudh (telaga Nabi) bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki sebuah telaga pada hari Kiamat yang didatangi oleh umat beliau. Lebarnya sama seperti panjangnya, iaitu sejauh perjalanan satu bulan. Bekas penciduknya (atau cawannya) sebanyak bintang-bintang di langit, berdasarkan apa yang telah sahih dari hadis-hadis dengan beberapa wajah (jalan riwayat).” (Al-Laalikaa’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, 1/178)
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata:
ولنبينا محمد صلى الله عليه وسلم حوض في القيامة، ماؤه أشد بياضاً من اللبن، وأحلى من العسل، وأباريقه عدد نجوم السماء، من شرب منه شربة لم يظمأ بعدها أبداً
“Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki haudh (telaga) di hari Kiamat, airnya sangat putih mengalahkan susu, lebih manis dari madu, bilangan bekas penciduknya (atau cawannya) sebanyak bintang di langit, sesiapa yang minum darinya dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi setelah itu selamanya.” (Syarah Lum’atul I’tiqad, no. 62)
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
وَفِي عَرَصَاتِ الْقِيَامَةِ الْحَوضُ الْمَوْرُودُ لِلنَّبِيِّ صَلَّىْ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ، ماؤُه أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ، وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ، آنِيَتُهُ عَدَدُ نُجُومِ السَّمَاءِ، طُولُهُ شَهْرٌ، وَعَرْضُهُ شَهْرٌ، مَن يَّشْرَبُ مِنْهُ شَرْبَةً؛ لاَ يَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا
“Dan ketika di ‘Arashaat Al-Qiyaamah (padang mahsyar), terdapat Al-Haudh (telaga) yang didatangi, milik Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, bekas untuk menciduknya sejumlah bintang di langit, panjangnya sejauh (perjalanan) satu bulan, lebarnya sejauh (perjalanan) satu bulan, sesiapa yang minum darinya sekali minum, dia tidak akan dahaga setelah itu selamanya.” (Syarah Al-‘Aqidah Al-Wasithiyah, 2/157-160)
Demikianlah yang ditegaskan dalam kitab-kitab aqidah ahlus sunnah akan wajibnya beriman dengan adanya Al-Haudh yang akan didatangi pada hari Kiamat nanti.
Apa Dia Al-Haudh?
الحوض (Al-Haudh) secara bahasa adalah “الجمع. يقال :حاض الماء يحوضه إذا جمعه، ويطلق على مجتمع الماء” (himpunan (tempat berkumpul): dikatakan sebagai (tempat) mengumpulkan air apabila terkumpul, dan di-ithlaq-kan sebagai tempat berkumpulnya air).
Dan secara syara’ adalah “حوض الماء النازل من الكوثر في عرصات القيامة للنبي، صلى الله عليه وسلم” (telaga (tempat berkumpulnya) air yang mengalir dari (telaga) al-kautsar di ‘Arashaat pada hari Kiamat milik Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam).
Dalilnya adalah sunnah yang mutawatir dan ijma’ ahlus sunnah. (lihat: Syarah Lum’atul I’tiqad oleh Syaikh Al-‘Utsaimin)
Al-Haudh, Dalil-dalilnya, dan Sifat-sifatnya
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنِّي فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ، وَإِنَّ عَرْضَهُ كَمَا بَيْنَ أَيْلَةَ إِلَى الْجُحْفَةِ
“Sesungguhnya aku adalah yang paling dahulu menuju haudh (telaga), dan lebarnya seperti antara Ailah ke Al-Juhfah.” (Muttafaq ‘alaih; Shahih Al-Bukhari, no. 6583, 6584. Muslim, no. 2296)
Maksudnya, Rasulullah adalah orang yang paling awal sampai di Al-Haudh tersebut. (Syarah Shahih Muslim, 15/53)
Dalam riwayat lain:
حَوْضُهُ مَا بَيْنَ صَنْعَاءَ وَالْمَدِينَةِ
Haudh seluas antara Shan’a dan Madinah.” (Shahih Muslim, no. 2298)
Dalam riwayat lain daripada Naafi’, daripada Ibnu ‘Umar, Nabi bersabda:
إِنَّ أَمَامَكُمْ حَوْضًا كَمَا بَيْنَ جَرْبَاءَ وَأَذْرُحَ، وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ الْمُثَنَّى حَوْضِي
“Sesungguhnya di depan kalian terbentang haudh, (luasnya) seperti antara Jarbaa’ dan Adzruh.” Dalam riwayat Ibn Al-Mutsanna disebutkan, “haudh-ku.” (Shahih Muslim, no. 2299)
Dalam riwayat yang lain terdapat tambahan daripada Naafi’, kata beliau:
قَرْيَتَيْنِ بِالشَّأْمِ، بَيْنَهُمَا مَسِيرَةُ ثَلَاثِ لَيَالٍ، وَفِي حَدِيثِ ابْنِ بِشْرٍ: ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
“Itu merupakan dua daerah yang ada di Syaam, jarak antara keduanya adalah sejauh perjalanan 3 malam. Dan di hadis Ibn Bisyr dikatakan, “Sejauh perjalanan 3 hari.” (Shahih Muslim, no. 2299)
Para ulama ahlus sunnah telah ijma’ tentang adanya haudh tersebut. Tetapi kelompok mu’tazilah mengingkarinya dan dapat kita bantah dengan dua cara:
1, Banyaknya hadis (tentang haudh) yang mutawatir dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
2, Ijma’ para ulama. (lihat: Syarah Lum’atul I’tiqad oleh Syaikh Al-‘Utsaimin)
Sifat Al-Haudh (Telaga)
Panjangnya sepanjang perjalanan satu bulan, begitu juga dengan lebarnya. Sisi-sisinya sama panjang, jumlah penciduknya sebanyak bintang di langit, airnya lebih putih dari air susu dan lebih manis dari madu, aromanya lebih wangi dari misk (kasturi).
Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amru, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ، مَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنَ اللَّبَنِ، وَرِيحُهُ أَطْيَبُ مِنَ المِسْكِ، وَكِيزَانُهُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهَا فَلاَ يَظْمَأُ أَبَدًا
Haudh-ku sejauh perjalanan satu bulan, airnya lebih putih dari susu, aromanya lebih harum dari misk (kasturi), bekas-bekas (atau teko)nya seperti bintang di langit, sesiapa yang minum darinya maka dia tidak akan dahaga selamanya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6579)
Dalam riwayat Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, disebutkan oleh Rasulullah:
“… ia jauh lebih putih dari salji, dan lebih manis dari madu dan susu…” (Shahih Muslim, no. 247)
Disebut juga dalam Shahih Muslim dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash dengan lafaz:
حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ، وَزَوَايَاهُ سَوَاءٌ، وَمَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنَ الْوَرِقِ
Haudh-ku sejauh perjalanan satu bulan, dan demikian juga ukuran panjang sisi-sisinya, dan airnya lebih putih dari perak…” (Shahih Muslim, no. 2292)
Kata para ulama:
معناه طوله كعرضه كما قال في حديث أبي ذر المذكور في الكتاب عرضه مثل طوله
“Maknanya, panjangnya sama dengan lebarnya sebagaimana disebutkan dalam hadis Abi Dzar yang disebutkan dalam bab ini, “lebarnya seperti panjangnya.” (Syarah Shahih Muslim, 15/55)
Terdapat banyak riwayat yang menjelaskan tentang ukuran atau keluasan haudh yang mana ia menjelaskan dengan bentuk ukuran yang berbeza-beza. Sebahagian ulama mengatakan ini adalah dalam rangka menjelaskan betapa luas dan besarnya haudh secara umum. (Syarah Shahih Muslim, 15/58) Manakala sebahagian ulama menjelaskan bahawa keluasan haudh ini seakan-akan terus bertambah dari masa ke masa, dan yang menjadi rujukan adalah sifat (ukuran) yang paling panjang. (Fathul Bari, 11/472) Wallahu a’lam.
Dalam hadis yang lain, dari Naafi’, dari ‘Abdillah (bin ‘Umar), Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَمَامَكُمْ حَوْضًا كَمَا بَيْنَ جَرْبَاءَ وَأَذْرُحَ، فِيهِ أَبَارِيقُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ مَنْ وَرَدَهُ فَشَرِبَ مِنْهُ لَمْ يَظْمَأْ بَعْدَهَا أَبَدًا
“Sesungguhnya di depan kalian terdapat haudh (yang luasnya) seperti kota Jarbaa’ dan Adzruh. Padanya terdapat penciduk (cawan) seperti bintang di langit, sesiapa yang minum darinya dia tidak akan dahaga lagi setelah itu buat selamanya.” (Shahih Muslim, no. 2299)
Maksudnya, cawan atau bekas untuk meminumnya seperti bintang di langit dalam hal jumlah dan sifatnya, iaitu jumlah cawan yang digunakan untuk menciduk airnya sebanyak (atau lebih banyak dari) bintang-bintang di langit dan bersinar (atau bercahaya) seperti bintang di langit sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin di Syarah Al-‘Aqidah Al-Wasithiyah.
Terdapat dua sumber aliran (saluran) bekalannya dari Syurga, salah satunya terbuat dari emas, dan satunya lagi dari perak. Orang-orang mu’min dari umat Muhammad dan sesiapa yang minum darinya sekali saja, dia tidak akan dahaga setelah itu selamanya. Dan semua ini tsabit dalam dua kitab Shahih atau salah satu darinya.
Daripada Abi Dzar radhiyallahu ‘anhu, beliau bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
يَا رَسُولَ اللهِ مَا آنِيَةُ الْحَوْضِ قَالَ: وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَآنِيَتُهُ أَكْثَرُ مِنْ عَدَدِ نُجُومِ السَّمَاءِ وَكَوَاكِبِهَا، أَلَا فِي اللَّيْلَةِ الْمُظْلِمَةِ الْمُصْحِيَةِ، آنِيَةُ الْجَنَّةِ مَنْ شَرِبَ مِنْهَا لَمْ يَظْمَأْ آخِرَ مَا عَلَيْهِ، يَشْخَبُ فِيهِ مِيزَابَانِ مِنَ الْجَنَّةِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهُ لَمْ يَظْمَأْ، عَرْضُهُ مِثْلُ طُولِهِ، مَا بَيْنَ عَمَّانَ إِلَى أَيْلَةَ، مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ، وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ
“Wahai Rasulullah, apa dia bekas (cawan) yang digunakan di Al-Haudh?” Jawab Rasulullah:
“Demi yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bekas (cawan) di Al-Haudh itu lebih banyak dari jumlah bintang di langit dan gugusan bintangnya. Ingatlah di malam yang benar-benar gelap-gelita tanpa bulan. Bekas (cawan)nya adalah bekas (cawan) Syurga, sesiapa yang minum darinya tidak akan dahaga selamanya. Pada telaga itu mengalir dua aliran dari Al-Jannah (Syurga). Sesiapa yang minum darinya, dia tidak akan dahaga. Lebarnya seperti panjangnya, iaitu seperti (jarak) antara ‘Ammaan ke Ailah, airnya sangat putih mengalahkan susu, dan lebih manis dari madu.” (Shahih Muslim, no. 2300)
Dalam hadis yang lain:
تُرَى فِيهِ أَبَارِيقُ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ كَعَدَدِ نُجُومِ السَّمَاءِ
“Di sana terlihat padanya bekas-bekas (cawan untuk meminumnya) berupa emas dan perak seperti jumlah bintang di langit.” (Shahih Muslim, no. 2303)
Dan ianya telah wujud pada ketika ini berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الآنَ
“Dan sesungguhnya aku, demi Allah aku benar-benar melihat telaga-ku sekarang.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6590)
Dari hadis Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ، وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي
“Di antara rumahku dan mimbarku ada raudhah (taman) dari taman-taman Syurga, dan mimbarku di atas haudh-ku.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6588)
Dan sumber air telaga ini berasal dari Al-Kautsar berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
وَأَعْطَانِي الْكَوْثَرَ فَهُوَ نَهْرٌ مِنَ الْجَنَّةِ يَسِيلُ فِي حَوْضِي
“Dan Allah memberiku Al-Kautsar, ia adalah sungai dari Al-Jannah (Syurga) yang mengalir ke telaga (haudh)-ku.” (Musnad Ahmad, no. 23336. Kata Ibnu Katsir, sanad dan matannya hasan)
Juga berdasarkan hadis yang sebelumnya.
Dalam Shahih Al-Bukhari, diriwayatkan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:
الكَوْثَرُ: الخَيْرُ الكَثِيرُ الَّذِي أَعْطَاهُ اللَّهُ إِيَّاهُ ” قَالَ أَبُو بِشْرٍ: قُلْتُ لِسَعِيدٍ: إِنَّ أُنَاسًا يَزْعُمُونَ أَنَّهُ نَهَرٌ فِي الجَنَّةِ؟ فَقَالَ سَعِيدٌ: «النَّهَرُ الَّذِي فِي الجَنَّةِ مِنَ الخَيْرِ الَّذِي أَعْطَاهُ اللَّهُ إِيَّاهُ
Al-Kautsar adalah kebaikan yang banyak yang diberikan Allah kepada Rasulullah.” Berkata Abu Bisyr:
Aku berkata kepada Sa’iid, “Bahawa sebahagian orang mendakwa ia adalah sungai dari Syurga?” Maka jawab Sa’iid, “Sungai yang di Syurga adalah termasuk kebaikan yang diberikan Allah kepada Rasulullah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6578)
Juga diriwayatkan dari Anas bin Malik, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
بَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ فِي الجَنَّةِ، إِذَا أَنَا بِنَهَرٍ، حَافَتَاهُ قِبَابُ الدُّرِّ المُجَوَّفِ، قُلْتُ: مَا هَذَا يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَذَا الكَوْثَرُ، الَّذِي أَعْطَاكَ رَبُّكَ، فَإِذَا طِينُهُ – أَوْ طِيبُهُ – مِسْكٌ أَذْفَرُ
“Ketika aku berjalan-jalan di Syurga, tiba-tiba aku melihat suatu sungai, di tepinya ada kubah mutiara yang melengkung (Ad-Dur al-Mijawwaf), maka aku bertanya:
“Apa ini wahai Jibril?” Jawab Jibril, “Ini adalah Al-Kautsar yang diberikan kepada engkau oleh Rabb-mu. Di mana tanahnya (atau pengharumnya) adalah misk yang harum.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6581)
Manakala dalam Shahih Muslim, dari hadis Tsauban radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنِّي لَبِعُقْرِ حَوْضِي أَذُودُ النَّاسَ لِأَهْلِ الْيَمَنِ أَضْرِبُ بِعَصَايَ حَتَّى يَرْفَضَّ عَلَيْهِمْ. فَسُئِلَ عَنْ عَرْضِهِ فَقَالَ: مِنْ مَقَامِي إِلَى عَمَّانَ وَسُئِلَ عَنْ شَرَابِهِ فَقَالَ: أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ، وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ، يَغُتُّ فِيهِ مِيزَابَانِ يَمُدَّانِهِ مِنَ الْجَنَّةِ، أَحَدُهُمَا مِنْ ذَهَبٍ، وَالْآخَرُ مِنْ وَرِقٍ
“Sesungguhnya nanti aku akan berada di tepi haudh-ku untuk memberi minum orang-orang Yaman terlebih dahulu sebelum yang lainnya, aku akan memukulkan tongkatku hingga air telaga mengalir kepada mereka.” Lalu Nabi ditanya tentang lebarnya, maka beliau jawab, “Lebarnya seperti dari tempat berdiriku ini hingga ke ‘Ammaan.” Dan beliau ditanya tentang airnya, maka beliau jawab, “Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, di dalamnya ada dua saluran yang memancarkan air dari Syurga, salah satunya terbuat dari emas, dan yang satu lagi dari perak.” (Shahih Muslim, no. 2301)
Dan setiap Nabi memiliki telaga masing-masing, tetapi haudh (telaga) Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah yang paling besar, paling agung, dan paling banyak didatangi berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ حَوْضًا وَإِنَّهُمْ يَتَبَاهَوْنَ أَيُّهُمْ أَكْثَرُ وَارِدَةً، وَإِنِّي أَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَكْثَرَهُمْ وَارِدَةً
“Sesungguhnya bagi setiap Nabi ada telaga (haudh), dan sesungguhnya mereka saling berbangga jika telaganya yang paling banyak didatangi (dikunjungi), dan sesungguhnya aku berharap bahawa akulah yang telaganya paling banyak didatangi orang (untuk meminumnya).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2443)
Hadis-hadis yang menjelaskan tentang adanya Haudh ini adalah sahih dan riwayatnya datang secara mutawatir (banyak sekali), datang dari ramai sahabat-sahabat Rasulullah. Beriman dengannya adalah kewajiban, dan membenarkannya termasuk iman. Semua hadis tersebut hendaklah difahami bersesuaian sebagaimana zahirnya menurut ahlus sunnah wal-jama’ah. Tidak boleh ditakwil dan tidak boleh diselisihi.
Secara zahirnya, waktu mendatangi dan meminum di Haudh adalah setelah hisab, dan sebelum melintasi Shiraath. (Syarah Shahih Mjuslim, 15/54)
Agar Tidak Terhalang Dari Haudh (Telaga) Rasulullah
Ada beberapa sebab yang disebutkan secara khusus yang dengannya kita akan menjadi termasuk golongan yang akan sampai dan minum di telaga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di antaranya adalah:
1, Berpegang teguh dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta tidak melakukan bid’ah-bid’ah atau mengubah ajaran Nabi sebagaimana sabda beliau:
إِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّتِي، وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ
“Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kalian dua pedoman yang kalian tidak akan tersesat setelahnya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnahku, keduanya tidak akan berpisah sampai mendatangiku di Al-Haudh.” (Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 319)
Hadis dari Sahl, beliau mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ، مَنْ وَرَدَ شَرِبَ، وَمَنْ شَرِبَ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا، وَلَيَرِدَنَّ عَلَيَّ أَقْوَامٌ أَعْرِفُهُمْ وَيَعْرِفُونِي، ثُمَّ يُحَالُ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ
“Aku mendahului atas kalian di Al-Haudh (telaga), sesiapa yang sampai di telaga dia akan minum, dan sesiapa yang minum dia tidak akan dahaga selamanya. Dan akan datang kepadaku suatu kaum yang aku mengenal mereka dan mereka juga mengenalku, tetapi kemudian mereka terhadang antara aku dengan mereka.”
Manakala dalam riwayat dari Abu Sa’iid Al-Khudri, kata Nabi:
إِنَّهُمْ مِنِّي
“Sesungguhnya mereka (yang terhadang dari telaga) adalah golonganku.” Maka dikatakan kepada Nabi:
إِنَّكَ لَا تَدْرِي مَا عَمِلُوا بَعْدَكَ، فَأَقُولُ: سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي
“Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sepeninggalan engkau.” Maka Nabi pun berkata:
“Semoga terjauh dan menjauh kepada sesiapa yang mengubah (dari ajaran Islam) sepeninggalanku.” (Shahih Muslim, no. 2290)
2, Menjauhi kesombongan, keegoan, kezaliman, dan sikap mementingkan diri. Serta sentiasa melazami kesabaran dalam kebenaran.
Hadis dari Usaid bin Hudhair radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepada seorang lelaki dari kalangan Anshaar:
سَتَلْقَوْنَ بَعْدِي أُثْرَةً، فَاصْبِرُوا حَتَّى تَلْقَوْنِي عَلَى الحَوْضِ
“Sepeninggalanku nanti kalian akan menemui atsarah, maka bersabarlah sehingga engkau menemuiku di Al-Haudh.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3792)
Diriwayatkan juga dari ‘Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu, dalam sebuah khuthbah kepada kaum Anshar sebaik penaklukan Hunain:
إِنَّكُمْ سَتَلْقَوْنَ بَعْدِي أَثَرَةً، فَاصْبِرُوا حَتَّى تَلْقَوْنِي عَلَى الْحَوْضِ
“Sesungguhnya sepeninggalanku nanti kalian akan menemui atsarah, maka bersabarlah sehingga engkau menemuiku di Al-Haudh.” (Shahih Muslim, no. 1061)
Atsarah (أَثَرَةً) di sini adalah suatu keadaan di mana hak-hak kalian dinafikan dengan cara yang bathil dan tidak amanah. Atau merujuk kepada suatu masa di mana banyaknya orang yang zalim, tidak amanah, dan mementingkan diri serta mengambil harta dengan cara yang bathil.
3, Menjaga wudhu’ dengan sempurna, sebagaimana hadis dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ حَوْضِي لَأَبْعَدُ مِنْ أَيْلَةَ مِنْ عَدَنٍ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنِّي لَأَذُودُ عَنْهُ الرِّجَالَ كَمَا يَذُودُ الرَّجُلُ الْإِبِلَ الْغَرِيبَةَ عَنْ حَوْضِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَتَعْرِفُنَا؟ قَالَ: نَعَمْ تَرِدُونَ عَلَيَّ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ لَيْسَتْ لِأَحَدٍ غَيْرِكُمْ
“Sesungguhnya haudh-ku sejauh dari Ailah dengan Adn. Demi yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya aku menghalau beberapa orang darinya sebagaimana seorang lelaki menghalau unta lain dari tempat minumnya.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah engkau mengenal kami?” Beliau menjawab, “Ya, kalian menemuiku dalam keadaan memiliki kesan putih bercahaya (pada anggota wudhu’) disebabkan bekas wudhu’ yang mana tidak seorang pun memilikinya selain kalian.” (Shahih Muslim, no. 248)
Dari hadis Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ حَوْضِي أَبْعَدُ مِنْ أَيْلَةَ مِنْ عَدَنٍ لَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ الثَّلْجِ، وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ بِاللَّبَنِ، وَلَآنِيَتُهُ أَكْثَرُ مِنْ عَدَدِ النُّجُومِ وَإِنِّي لَأَصُدُّ النَّاسَ عَنْهُ، كَمَا يَصُدُّ الرَّجُلُ إِبِلَ النَّاسِ عَنْ حَوْضِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ أَتَعْرِفُنَا يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: نَعَمْ لَكُمْ سِيمَا لَيْسَتْ لِأَحَدٍ مِنَ الْأُمَمِ تَرِدُونَ عَلَيَّ غُرًّا، مُحَجَّلِينَ مِنْ أَثَرِ الْوُضُوءِ
“Sesungguhnya haudh-ku sejauh Ailah dari Adn, ia jauh lebih putih dari salji, lebih manis dari madu dan susu, bekas penciduknya (atau cawannya) lebih banyak dari jumlah bintang-bintang, dan aku akan menghalangi manusia darinya sebagaimana seorang lelaki menghalang unta orang lain ke tempat minumnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah engkau mengenal kami pada hari tersebut?”
Beliau jawab, “Ya, kalian memiliki tanda yang tidak dimiliki satupun dari umat-umat lainnya. Kalian mendatangiku (atau menemuiku) dengan muka dan kaki yang bercahaya dari kesan wudhu’ kalian.” (Shahih Muslim, no. 247)
Secara umumnya, Al-Hafiz Ibn ‘Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H) berkata:
كل من أحدث في الدين فهو من المطرودين عن الحوض كالخوارج والروافض وسائر أصحاب الأهواء قال وكذلك الظلمة المسرفون في الجور وطمس الحق والمعلنون بالكبائر قال وكل هؤلاء يخاف عليهم أن يكونوا ممن عنوا بهذا الخبر والله أعلم
“Setiap orang yang berbuat bid’ah dalam agama maka ia termasuk orang-orang yang diusir dari Al-Haudh (telaga Nabi), seperti kaum khowarij, rafidhah, dan selainnya dari kalangan pengikut hawa nafsu.” Kata beliau lagi, “Demikian juga dengan orang-orang yang zalim, orang-orang yang menyimpang dari al-haq (kebenaran), dan yang terang-terangan melakukan dosa besar.” Kata beliau juga, “Mereka semua dibimbangi termasuk orang-orang yang dimaksudkan oleh hadis ini. Wallahu a’lam.” (Syarah Shahih Muslim, 3/137)
Penutup
Ya Allah berikanlah kami minum dari haudh (telaga) Nabi-Mu, dan jadikanlah kami sebagai pengikut sunnah beliau, teguhkan kami di atasnya jalannya, serta jadikanlah kami termasuk dalam golongannya, dan peliharalah kami serta jauhkanlah kami dari bid’ah-bid’ah dan perkara-perkara yang membuat kami menyimpang dari agama Muhammad sehingga menyebabkan kami dijauhkan dari haudh-nya. Ameen…


Wednesday, 5 June 2013

'Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Akhirnya...' @NajibRazak @MuhyiddinYassin

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"

Itulah ungkapan yang sesuai pada yang gemar 'baling batu, sorok tangan' terutamanya pada wanita yang ditangkap pihak berkuasa kerana menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agung.

Berita lanjut

Berani buat, berani tanggung..

Bagi SL, kerajaan perlu mengkaji penerapan nilai-nilai Rukun Negara buat seluruh rakyat Malaysia.

p/s: Nyanyian lagu Negaraku dan Ikrar Rukun Negara bukan sekadar dibaca ketika perhimpunan awal pagi Isnin budak-budak sekolah, atau penjawat awam ketika bersama Pak Menteri tetapi perlu DIWAJIBKAN termasuk sektor swasta.