Search

Wednesday, 27 June 2012

Adakah Malaysia Selamat??? cc DS @najibrazak @KDNPUTRAJAYA #BNbagus

SL pernah berdebat dengan sekumpulan penyokong tegar Pakatan Haram Jadah.
Isunya ialah 'Malaysia tidak selamat untuk didiami'.

Ini bermula apabila kata mereka ramai pelajar-pelajar Malaysia yang berada diluar negara tidak mahu pulang setelah tamat pengajian. Tidak kurang juga yang berhijrah keluar dari Malaysia.

SL bertanya adakah disebabkan oleh mereka berkehendakkan gaji yang besar???
Tidak tetapi kerana Malaysia tidak selamat untuk didiami, jawab mereka.

SL menjawab dan mengingatkan mereka jika Malaysia tidak selamat maka tidaklah kita boleh duduk minum-minum sambil berbincang bersama rakan-rakan di kedai mamak sehingga pukul 2-3pagi.
SL mengingatkan lagi kepada mereka tentang betapa susahnya kita jika berlaku darurat di Malaysia.

Kononnya pihak berkuasa tidak menjalankan tugas.

Jawapannya memang tidak masuk akal memandangkan pihak keselamatan seperti PDRM, RELA dan sebagainya dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa bekerja keras memikul amanah demi memastikan keselamatan dan ketenteraman dan kerharmonian rakyat dijaga dan dipertahankan.
Apapun SL mengucapkan syabas kepada KDN kerana menjalankan tugas dengan cemerlang.

Ini terbukti seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA di bawah :

MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA PALING SELAMAT.

Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Sumber dari BERNAMA (27June2012)

p/s: jika dah pencacai pakatan hamjadah..depa hanya tahu burukkan Kerajaan sahaja

Tuesday, 26 June 2012

HARAPAN CC : DS @NajibRazak

HARAPAN

Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan mereka
Kerna,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan,
kita melangkah sehaluan
1Suara, 1Impian, 1Harapan, 1Malaysia

Sebuah puisi hasil nukilan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

Anwar Mendiamkan Diri Berkenaan Wanita Misteri...Siapakah Wanita Ini?? CC : @NajibRazak

SL berasa sungguh pelik kerana sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih lagi berdiam diri mengenai 20 akaun yang melibatkan wang berjumlah RM3billion. Mengapa?

Siapakah wanita misteri yang dkaitkan dengan kesemua akaun tersebut?
Apakah hubungan wanita misteri ini dengan Anwar Ibrahim?  
Klik sini
Klik lagi untuk cerita lanjut




SL memohon agar Kerajaan Malaysia mengambil perhatian yang serius dan menyiasat sedalam-dalamnya isu ini. Lebih baik wang berjumlah RM 3Billion itu digunakan untuk pemberian BR1M, pembinaan rumah PPRT dan sebagainya.

Kepada puak Pakatan Haram Jadah, jangan pula asyik menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional !!!

p/s : PKR boleh gali kubur untuk terjun beramai-ramai

Wednesday, 20 June 2012

KEIKHLASAN PAS INGIN BERMUZAKARAH SEKADAR DONGENGAN???? @nikabdulaziz

Tidak lama dahulu kedengaran seolah-olah PAS ingin bermuzakarah dengan
UMNO demi Islam dan Melayu yang akhirnya tenggelam begitu sahaja.
Adakah PAS benar-benar ikhlas atau sekadar ingin menarik perhatian 'Sleeping Partner' mereka hanya kerana suara mereka tidak kedengaran dlm Pakatan Haram Jadah???

Di Selangor, kelihatan seolah2 mereka tidak cukup layak utk jawatan sbg exco agama Islam kerajaan negeri.
PAS lebih dilihat sbg parti angguk sahaja atau sebagai utk mencukupkan
korum dlm Pakatan Haram Jadah utk memerintah Selangor.

Kita juga melihat apakah pembangunan Islam dan Melayu yg dibawa oleh PAS sepanjang berkuasa di Selangor selepas PRU12 hingga kini?
Berapa banyak surau-surau dan masjid-masjid didirikan oleh kerajaan negeri?
Berapa banyak rumah urut, pusat judi, pusat hiburan yg tumbuh bagai cendawan selepas hujan?
Kita sendiri dpt melihat bagaimana MP PAS Father Khalid Samad dlm perjuangan gereja.

Di Kedah pula, rakyat disajikan dengan pentadbiran kerajaan negeri Islam PAS yang lemah dan penuh dengan korupsi.

Sejak PAS memerintah Kelantan sepanjang 22thn yg bermodalkan Hudud
tetapi sehingga kini masih tidak menjadi kenyataan.
Pada tahun lepas, Hj Hadi Awang berkeras mengatakan Hudud akan dilaksanakan dan dalam peringkat akhir kajian pelaksaan Hudud sewaktu sidang media.
Karpal Singh pula mengatakan langkah mayat beliau dahulu jika ingin melaksanakan Hudud.
Tahun ini pula, DAP racist mengarahkan PAS agar tidak bersuara tentang isu Hudud dan perjuangan Islam pas yg kononnya inginkan sokongan dan undi Melayu pada PRU13 nanti.
Dari mana datangnya kestabilan politik jika sesama sendiri bertelagah dibawah 1 bumbung jika berkuasa dan memerintah negara nanti???

Hari ini PAS sekadar di pingitan tanpa suara dan kuasa dalam Pakatan Haram Jadah.
Hanya menjadi Pak Angguk Sahaja menghalalkan perbuatan ahlul Pakatan
Haram Jadah seperti keganasan BERSIH, perhimpunan bersiri, perjuangan si peliwat, perbuatan rasuah dlm kerajaan pakatan haram, murtad, fitnah, LGBT, kenyataan tentang keselamatan Israel yang perlu dipertingkatkan dan sebagainya.

Hari ini juga perkataan 'MUZAKARAH' tidak lagi kedengaran di bibir PAS.

p/s : Adakah PAS benar-benar berjuang demi Islam atau retorik semata-mata?

Wednesday, 13 June 2012

Bila @anwaribrahim Ingin Perjelaskan Isu RM3 billion???

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan berita pendedahan bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam akuan bersumpah pada 1999 yang mana kewujudan lebih 20 akaun induk bernilai RM 3billion ketika Ketua Umum PKR itu memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa yang SL lihat, pendedahan ini dipandang sepi oleh Ketua Umum PKR ini tanpa sebarang tindakan penjelasan mahupun penyelesaian untuk menafikan perbuatan beliau. Sepanjang ceramah Ketua Umum PKR ini hanyalah menuduh Kerajaan Barisan Nasional korup, memfitnah semata-mata untuk membunuh karier politikknya. Dia sepatutnya membersihkan imejnya yang 'kotor' terlebih dahulu sebelum melakukan tuduhan-tuduhan liar dan menghasut rakyat jikalau inginkan sangat jawatan Perdana Menteri selepas PRU13 ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Datuk Abdul Murad telah membuat akuan bersumpahnya sejak Oktober 1999.

Persoalan yang timbul ialah mengapa Anwar tidak sahaja memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Abdul Murad jika dia tidak bersalah??? Sebaliknya Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Nalla yang pernah menjadi sahabat baiknya.

Pada SL, inikah pemimpin yang rosak moralnya hendak diangkat rakyat oleh sebagai Perdana Menteri??? Na'uzubillah...

Sehingga kini, Anwar masih gagal untuk menyangkal dakwaan Datuk Nalla berhubung hubungan sulitnya dengan Shamsidar.

p/s : seks bebas, rasuah, salahguna kuasa, korupsi, keganasan, bohong dan fitnah adalah asam garam puak PKR



Tuesday, 12 June 2012

Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2012 France vs England (Kumpulan D) #AsalBukanEngland

Keputusan perlawanan Kumpulan D diantara Perancis dan England berakhir dengan seri 1-1.

Jaringan dimulakan oleh Joleon Lescott seawal minit ke-30 dengan menanduk masuk bola hasil sepakan percuma kapten pasukan England Steven Gerrard.
Bagaimanapun, kegembiraan pasukan England berakhir tidak lama selepas itu apabila Samir Nasri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-39.
Pasukan Perancis banyak menguasai perlawanan dengan gerakan-gerakan merbahaya berbanding England yang terkenal dengan pertahanan benteng manusia sebaik sahaja mendahului jaringan.


Di satu perlawanan lain kumpulan D awal pagi menyaksikan, pasukan Ukraine menewaskan Sweden dengan jaringan 2-1.

Awal pagi nanti, perlawanan Kumpulan A antara pasukan Greece menentang Rep Chech dan Poland menentang Russia.

p/s : SL sokong pasukan Rusia untuk juara Kumpulan A

Perlawanan EURO 2012 France vs England (Kumpulan D)

SL ingin mengucapkan selamat menonton kepada kedua-dua penyokong pasukan Perancis dan England.

p/s : Mudah-mudahan Perancis dapat menewaskan England pada perlawanan ini.

Monday, 11 June 2012

Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia DYMM Sultan Johor. Daulat Tuanku

Semalam lebih kurang 30000 orang telah berhimpun secara aman di Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu sebagai tanda membantah perbuatan Mohd Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Bawah Pokok.

Perhimpunan ini dikenali menunjukkan betapa marahnya rakyat Johor di atas kenyataan MB bawah pokok itu yang mempersoal bidaan plat WWW1 oleh Tuanku Sultan Johor.

SL tertanya-tanya apakah hak MB bawah pokok yang tidak tahu malu bertindak sedemikian?
Pada SL, MB bawah pokok ini tidak seharusnya mempolitikkan bidaan Tuanku Sultan Johor.

Tindakan ini menunjukkan betapa ceteknya pemikiran MB bawah pokok ini.
MB bawah pokok ini seharusnya bertindak lebih bijak memandangkan beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya Parti Islam di Perak.
Tindakan yang langsung tidak mencerminkan peribadi seorang pemimpin beragama Islam.

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga SL mendengar titah DYMM Tuanku yang antaranya berbunyi :
"Tidak ada rakyat, tiadalah Raja. Raja dan Rakyat berpisah tiada".

Titah Tuanku mengingatkan rakyat agar terus bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama.

Pada Nizar MB bawah pokok :-

"Anda dikehendaki memohon maaf secara terbuka kepada Baginda Tuanku dan rakyat Johor !!!! "

DAULAT TUANKU !!!!

Friday, 8 June 2012

Beruntung pelajar-pelajar UNISEL dapat Pendidikan Percuma @Khalid_Ibrahim cc : @Khaled_Nordin

Teringat SL ketika Debat Sinar Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi pada 22 Mei 2012 antara YB Khairy Jamaluddin dan si Rafizi Lembu.
Pelbagai dakyah, idea dan angka-angka yang ingin meyakinkan dan ingin mendapat sokongan serta undi rakyat pada PRU13. Agenda Pakatan Haram yang kononnya ingin memansuhkan pinjaman PTPTN di kalangan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS serta memberi pendidikan percuma serta wang sara hidup pada pelajar.

Baru-baru ini, PTPTN telah membekukan pnjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL dan akibatnya MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim aka Khalid Gagap meroyan di dalam TL twitternya berbunyi :
"Tidak wajar untuk PTPTN mendiskriminasi UNISEL.Pelajar-pelajarnya datang dari seluruh negara dan tidak harus dimangsakan"
05-Jun-2012 10:54PM from Web

SL berpendapat Tan Sri tidak perlu mengatakan sedemikan kerana Kerajaan Negeri Selangor seharusnya lebih bersedia dan komited dengan apa yang di laungkan oleh ANUGAY dan pencacai-pencacai beliau.

Ini membuktikan Pakatan Haram Jadah hanya pandai bersandiwara tanpa memikirkan akibatnya kerana yang menjadi mangsa idea politik mereka adalah para pelajar UNISEL sendiri.

Buktikan pada rakyat dengan apa yang  dilaungkan oleh Pakatan Haram Jadah,  UNISEL boleh dijadikan model yang tidak perlu pinjaman PTPTN dan mampu memberi pendidikan secara percuma mulai sekarang.
Bukannya selepas PRU13!!!

Baru rakyat sedar Pakatan Haram Jadah bukan hanya tahu menipu, memfitnah, berhimpun dengan apa saja isu, mahupun menimbulkan keganasan tetapi amat komited untuk melaksanakan demi rakyat.

Sesungguhnya Kerajaan Barisan Nasional lebih komited dengan apa yang dijanjikan.

p/s: Mohon PTPN buka semula pinjaman pada pelajar-pelajar UNISEL.

Wednesday, 6 June 2012

Ini ke ayat @MahfuzOmar mentaliti Ahli Parlimen PAS???

SL merasa terpanggil nak mengulas sedikit apabila terbaca timeline twitter si @MahfuzOmar aka Mahfuz Bean.

Ayatnya seperti dibawah :-

@MahfuzOmar Politik Msia jadi kacau bilau bila umno/bn takut hilang kuasa.ada pemimpin umno/bn takut kena mcm Hosni Mubarak.#fb
3June2012

Kepada YB, janganlah anda terus menunjukkan diri anda sebenarnya sebagai Yang Bingai.

Jika diperhatikan secara teliti, siapa sebenarnya yang terdesak dan takut kehilangan kuasa???

Siapa sebenarnya yang terdesak untuk ke Putrajaya pada PRU13 dengan pelbagai siri perhimpunan ganas Bershit???

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang menghasut perhimpunan mahasewel di dataran yang kononnya ingin mansuhkan PTPTN dan Pendidikan Percuma???

Di mana Hudud setelah Pakatan Haram Jadah menang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selama 22tahun???

Siapa sebenarnya yang terdesak sehingga menjadi penyokong PKR menghalalkan LGBT???

Siapa sebenarnya yang terdesak demi kuasa sehingga sanggup jadi pak angguk kepada DAP racist walaupun sesekali kita sedia maklum Karpal Singh sendiri berkata "langkah mayat saya dahulu" jika ingin melaksanakan Hudud???

p/s: Mahfuz Bean..hang elok masuk rancangan Maharaja Lawak