Search

Tuesday 12 June 2012

Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2012 France vs England (Kumpulan D) #AsalBukanEngland

Keputusan perlawanan Kumpulan D diantara Perancis dan England berakhir dengan seri 1-1.

Jaringan dimulakan oleh Joleon Lescott seawal minit ke-30 dengan menanduk masuk bola hasil sepakan percuma kapten pasukan England Steven Gerrard.
Bagaimanapun, kegembiraan pasukan England berakhir tidak lama selepas itu apabila Samir Nasri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-39.
Pasukan Perancis banyak menguasai perlawanan dengan gerakan-gerakan merbahaya berbanding England yang terkenal dengan pertahanan benteng manusia sebaik sahaja mendahului jaringan.


Di satu perlawanan lain kumpulan D awal pagi menyaksikan, pasukan Ukraine menewaskan Sweden dengan jaringan 2-1.

Awal pagi nanti, perlawanan Kumpulan A antara pasukan Greece menentang Rep Chech dan Poland menentang Russia.

p/s : SL sokong pasukan Rusia untuk juara Kumpulan A

No comments:

Post a Comment