Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan berita pendedahan bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam akuan bersumpah pada 1999 yang mana kewujudan lebih 20 akaun induk bernilai RM 3billion ketika Ketua Umum PKR itu memegang jawatan Menteri Kewangan.
Apa yang SL lihat, pendedahan ini dipandang sepi oleh Ketua Umum PKR ini tanpa sebarang tindakan penjelasan mahupun penyelesaian untuk menafikan perbuatan beliau. Sepanjang ceramah Ketua Umum PKR ini hanyalah menuduh Kerajaan Barisan Nasional korup, memfitnah semata-mata untuk membunuh karier politikknya. Dia sepatutnya membersihkan imejnya yang 'kotor' terlebih dahulu sebelum melakukan tuduhan-tuduhan liar dan menghasut rakyat jikalau inginkan sangat jawatan Perdana Menteri selepas PRU13 ini.
Untuk pengetahuan pembaca, Datuk Abdul Murad telah membuat akuan bersumpahnya sejak Oktober 1999.
Persoalan yang timbul ialah mengapa Anwar tidak sahaja memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Abdul Murad jika dia tidak bersalah??? Sebaliknya Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Nalla yang pernah menjadi sahabat baiknya.
Pada SL, inikah pemimpin yang rosak moralnya hendak diangkat rakyat oleh sebagai Perdana Menteri??? Na'uzubillah...
Sehingga kini, Anwar masih gagal untuk menyangkal dakwaan Datuk Nalla berhubung hubungan sulitnya dengan Shamsidar.
p/s : seks bebas, rasuah, salahguna kuasa, korupsi, keganasan, bohong dan fitnah adalah asam garam puak PKR
No comments:
Post a Comment