Search

Wednesday 27 June 2012

Adakah Malaysia Selamat??? cc DS @najibrazak @KDNPUTRAJAYA #BNbagus

SL pernah berdebat dengan sekumpulan penyokong tegar Pakatan Haram Jadah.
Isunya ialah 'Malaysia tidak selamat untuk didiami'.

Ini bermula apabila kata mereka ramai pelajar-pelajar Malaysia yang berada diluar negara tidak mahu pulang setelah tamat pengajian. Tidak kurang juga yang berhijrah keluar dari Malaysia.

SL bertanya adakah disebabkan oleh mereka berkehendakkan gaji yang besar???
Tidak tetapi kerana Malaysia tidak selamat untuk didiami, jawab mereka.

SL menjawab dan mengingatkan mereka jika Malaysia tidak selamat maka tidaklah kita boleh duduk minum-minum sambil berbincang bersama rakan-rakan di kedai mamak sehingga pukul 2-3pagi.
SL mengingatkan lagi kepada mereka tentang betapa susahnya kita jika berlaku darurat di Malaysia.

Kononnya pihak berkuasa tidak menjalankan tugas.

Jawapannya memang tidak masuk akal memandangkan pihak keselamatan seperti PDRM, RELA dan sebagainya dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa bekerja keras memikul amanah demi memastikan keselamatan dan ketenteraman dan kerharmonian rakyat dijaga dan dipertahankan.
Apapun SL mengucapkan syabas kepada KDN kerana menjalankan tugas dengan cemerlang.

Ini terbukti seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA di bawah :

MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA PALING SELAMAT.

Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Sumber dari BERNAMA (27June2012)

p/s: jika dah pencacai pakatan hamjadah..depa hanya tahu burukkan Kerajaan sahaja

No comments:

Post a Comment