Search

Friday, 26 April 2013

#PRU13 Nusajaya Hancur Gara-gara @hajisalahuddin Penipu Din Pudu Terdesak Mahu Undi #TolakPR #Vote4BN

23 tahun perintah Kelantan, kerajaan PAS negeri telah menipu rakyat Kelantan dengan pelbagai janji kosong dan semua itu hanyalah retorik semata-mata kerana undi dan kuasa politik.

Antara janji palsu yang dibuat oleh PAS Kelantan selaku kerajaan negeri adalah :-
  1. Projek Industri Petrokimia di Pantai Senok, Bachok bernilai RM 2billion
  2. Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Kwong, Rantau panjang bernilai RM 1.5billion
  3. Projek Pembangunan Bandar Baru Pengkalan Kubor bernilai RM 1billion
  4. Projek Pembangunan Bandar Peranginan Danau Tok Uban bernilai RM 885juta
  5. Pembangunan Bandar Perikanan Tok Bali bernilai RM 800juta
  6. Projek pembangunan Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat bernialai RM 360juta
  7. Projek Pelancongan di Danau Tok Uban bernilai RM 350juta
  8. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian bernilai RM 328juta GAGAL!!!!
  9. Projek Agro Tourism Pergau, Jeli bernilai RM 250juta
  10. Afta City di Rantau Panjang
  11. Pelabuhan Darat di Kuala Krai
  12. Projek Jihad ternak
  13. Projek Tanaman Depu, Gua Musang
Lain-lain janji palsu yang dibuat oleh PAS Kelantan
  1. Penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II
  2. Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia di Kelantan
  3. Pembayaran bantuan RM 100 sebulan kepada warga emas yang dijanjikan sejak tahun 1990
  4. Menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kenderaan
  5. Menyediakan rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali, Jeli; Pantai Mek Mas, Pengkalan Chepa; Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok
  6. Menyediakan rumah mampu milik
  7. Saguhati kesediahn sekurang-kurangnya RM 10ribu kepada keluarga mangsa kes bunuh oleh orang kurang siuman
  8. Tanah 0.8hektar atau 2ekar untuk pesara tentera
Ini tidak termasuk janji pembinaan stadium sepatutnya bermula Mac 2012, janji "PANGKAH PAS, MASUK SYURGA" dan janji-janji lain.

Buat Salahuddin Ayub, janganlah pura-pura nak jadi hero bela orang Johor. 2 penggal di Kubang Kerian, rakyat ditipu hidup-hidup.



p/s : Antara ciri-ciri Munafiq: bila berjanji, dia mungkir

#PRU13 @limkitsiang Temberang Orang Gelang Patah Mahu Banteras Rasuah @KhaledNordin #Vote4BN #BN4Johor

PM PR Rahsia???

Satu wawancara dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal bertanding di Gelang Patah Johor dalam PRU-13. Secara dasarnya, Kit Siang agak 'realistik' dalam memperkatakan soal peluangnya di Gelang Patah, soal menunaikan janji dan juga PR menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN.
Persoalan yang timbul apakah janji pembangunan, kebajikan dan ekonomi rakyat Ipoh Timur telah ditunaikan ???
Bagaimana dengan Manifesto Bukan Janjinya???

Bagaimanapun, kenyataan Kit Siang bahawa PR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang mana tidak ada pada BN, menyebabkan kita merasa geli hati.

Mungkin Kit Siang lupa bahawa Mendiang Teoh Beng Hock berada di pejabat SPRM bukan kerana membuat lawatan sambil belajar tetapi kerana menjadi saksi kes korupsi yang melibatkan pemimpin DAP. Kit Siang juga mungkin terlupa sekejap bahawa bapa dan sanak saudara serta kaum kerabat termasuk gundik-gundik dan anak-anak ikan Ketua Umum PR, iaitu Anwar Ibrahim, kaya raya dalam sekelip mata sejurus Anwar menjadi Menteri. Kit Siang juga mungkin kurang faham bagaimana berekar-ekar tanah di Kelantan boleh menjadi milik pemimpin DAP dari Perak. Mungkin ini semua bukan korupsi bagi Kit Siang, tetapi hak asasi pemimpin-pemimpin PR yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Namun, apa yang paling menarik dalam wawancara tersebut, bukanlah soal kenyataan Kit Siang mengenai korupsi, tetapi soal yang jauh lebih asas iaitu tentang 'Siapakah bakal Perdana Menteri PR?'

Reaksi Kit Siang kepada soalan ini mengingatkan kita kepada reaksi Anwar apabila ditanya tentang orientasi seksnya. Sama seperti Anwar dalam menangani soalan mudah itu, Kit Siang juga sukar sekali menjawab siapakah bakal PM bagi PR.

Dengan susah payah dan panjang lebar, Kit Siang menjawab seperti berikut:

"Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan PAS malah ia tidak perlu diberitahu umum. Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU-13 ini. Mungkin 45 kerusi PKR, 40 kerusi PAS dan 40 kerusi DAP. Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri".

Kenyataan Kit Siang seolah-olah berbunyi, 'soal siapa Perdana Menteri itu urusan kami, bukan rakyat'.

Sedangkan, rakyat perlu tahu siapa bakal Perdana Menteri sebelum mengundi sebagai kepastian bahawa nasib mereka dan negara ini berada dalam tangan orang yang layak.

Malah, penyokong DAP sendiri tentu gusar jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan memaksa hukum hudud digunapakai dalam negara. Penyokong PAS pula sudah mula menolak Anwar sebagai Perdana Menteri atas sebab akhlak yang terlalu buruk serta pegangan pluralismenya. Sementara itu, rakyat Malaysia secara umumnya juga tidak mungkin menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri kerana sifat rasis tegar yang berakar umbi di dalam salur darah keturunannya.

Kalau pun Perdana Menteri PR bukan terdiri dari mana-mana personaliti yang disebut di atas, rakyat masih perlu tahu siapakah dan dari parti manakah beliau. Ini kerana ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mempromosi cara pemerintahan yang amat bertentangan.

Rakyat juga perlukan kepastian bahawa sekiranya mereka memberi kemenangan kepada PR, maka tidak akan ada perbalahan tentang cara pemerintahan mahupun perebutan jawatan Perdana Menteri yang berpanjangan.

Tidak cukup dengan hanya berjanji bahawa PR akan dapat menyelesaikan perbalahan dan perebutan jawatan itu dalam masa yang singkat selepas memenangi PRU kerana ia merupakan satu persoalan subjektif. Malah 'masa yang singkat' itu sendiri merupakan satu persoalan lain pula.

Rakyat perlukan kepastian yang kehidupan mereka tidak akan terjejas sementara perbalahan dan perebutan jawatan itu berlangsung.

Jika Kit Siang gagal melihat soal 'siapa Perdana Menteri' sebagai sesuatu yang penting, maka Kit Siang sebenarnya tidak layak menjadi seorang ahli politik pun. Lebih-lebih lagi apabila Kit Siang juga boleh jadi antara 'calon Perdana Menteri' itu. Justeru, bagaimanakah PR boleh meyakinkan rakyat bahawa bakal PM nanti bukanlah seorang yang tidak faham akan kepentingan 'institusi Perdana Menteri' itu sendiri?

Buat Kit Siang, Barisan Nasional jauh lebih baik dalam soal menunaikan janji berbanding Pakatan Harapan Rakyat (HapRak)

Adalah lebih baik sekiranya Kit Siang jelaskan dahulu bagaimana dengan pemilihan CEC DAP yang penuh #BERSHIT yang diadakan pada Disember 2012 dan racistnya DAP pada CEC tersebut.

#PRU13 Jaga-jaga Setiap Kali Anda Hadir ke Ceramah Pembangkang #TolakPR #BN4Johor

Saban kali,SL hadir ke ceramah pembangkang pastinya tabung inilah yang di jaja kepada seluruh pengunjung ceramah.

Tidak terkecuali, ketika SL hadir ke ceramah Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Tony Pua baru-baru ini di Nusa Perintis, Nusajaya turut diedarkan tabung ini.

Apa yang menghairankan SL, pembangkang telah pun mentadbir 4 buah negeri Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang masih ingin merompak duit rakyat melalui tabung-tabung begini.

Mereka hanya mengaburi mata rakyat secara halus dan teliti dengan cara menaikkan kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional secara emosi, menabur fitnah seterusnya menjadikan diri mereka kononnya pendekar pembela kepada rakyat selain menabur janji-janji palsu selepas PRU13 sekiranya mereka berjaya perintah negera dan negeri Johor.

Melalui badut-badut yang hadir, persembahan berupa :-
- memfitnah ke atas Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, BERNAS, Bank Muamalat, PUSPAKOM,  SAJ, Alam Flora
-menghasut rakyat agar membenci Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- menuduh Kerajaan Barisan Nasional swastakan semuanya kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary termasuklah isteri-isteri mereka
- Tony Pua menafikan Khalid Brahim MB Selangor memberi swastakan kutipan sampah. Buat Tony Pua, anda boleh tipu dengan semua orang Johor malangnya yang turut hadir adalah orang Selangor.
- Zaid Ibrahim pula mendakwa UMNO dan Barisan Nasional hanya tahu 2 perkara rasuah dan ugut rakyat
- Zaid Ibrahim mengutuk Tun Dr Mathathir dan menipu orang Johor kononnya dia dipecat dari kabinet bukan kerana kes rasuah tetapi kes ISA.
- mendesak supaya kes kematian Altantuya dibuka semula.

Sekarang lihatlah persembahan terdesak badut-badut Pakatan Haram untuk menguasai minda dan undi rakyat Johor khususnya di Gelang Patah.

Apa yang SL pelik, masih ada rakyat yang buta mata dan hati tentang kerosakan agama, akhlak dan budaya hidup yang telah dilakukan oleh pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang.

pssstt...korang nak tau tak?? yang hadir tu semuanya dari Singapura, KL, Penang, Kelantan dan Perak.


Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang...game over!!!










Thursday, 25 April 2013

#PRU13 Bukti @hajisalahuddin lari dari Kubang Kerian @hajisalahuddin aka Din Pudu #BetterNation #Vote4BN

Bukti @hajisalahuddin aka Din Pudu lari dari Kubang Kerian @hajisalahuddin aka Din Pudu

SEBAHAGIAN 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua, dalam Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai PPP kerana kecewa dengan Pas yang didakwa semakin tidak Islamik kebelakangan ini. Mereka menyerahkan borang keahlian PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff (kiri) di sini.
Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten sejak kebelakangan ini. Kumpulan terbabit yang diketuai, Shafiei Peli, 46, menyerahkan borang permohonan menyertai PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dalam satu majlis di sini hari ini. Ketika ditemui, Shafiei yang dikatakan aktif bersama Pas cawangan Kampung Pauh Dua sejak 10 tahun lalu mendakwa, dia sudah tidak tahan dengan tindak-tanduk Pas yang kini semakin tidak Islamik. "Selama ini kami ingat Pas boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu, rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini tidak mampu membantu kepada perubahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
Persoalan mengapa Salahuddin Ayub lari bertanding di Johor (Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya) pada PRU13 terbongkar.

Adakah rakyat di Pulai dan Nusajaya sanggup menggadaikan masa depan mereka seperti yang berlaku pada penyokong tegar PAS di Kubang Kerian???

Demi political survivalnya, tidak mustahil Salahuddin Ayub akan lari keluar dari Johor pada PRU14 sekiranya beliau kalah pada PRU13 ini.

Sama-sama kita saksikan.

p/s : dengar cerita din pudu bekas ketua pemuda pas pontian...kenapa tak bertanding parlimen atau dun di pontian??
   

#PRU13 @hajisalahuddin aka Din Pudu Derhaka Pada @nikabdulaziz Tentang BR1M #PAShuruhara #TolakPR #Vote4BN #BN4Johor

Kepimpinan PAS semakin bercelaru dari isu Kalimah Allah sehinggalah ke Isu BR1M

Sebelum ini dua pemimpin tertinggi Pas memperkecilkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hari ini Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berjanji akan memberikan bantuan sama sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Pulai itu berkata, pakatan pembangkang akan memberi bantuan sebanyak RM2,000, berbanding kenaikan sehingga RM1,200 sebagaimana terkandung dalam manifesto BN bagi PRU-13 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Saya dah kaji hasil negeri, dah baca report (laporan) daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dah baca pendapatan negeri. Di bawah pakatan rakyat kita boleh bagi RM2,000, jauh lebih tinggi daripada BR1M Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena ceramah Pas di Taman Cempaka, Kempas di sini malam tadi.

Kenyataannya itu bertentangan dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila menyamakan kira-kira empat juta rakyat yang menerima pemberian BR1M sebagai 'memberi hampas padi dan kelapa kepada ayam dan lembu'.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyamakan pemberian BR1M seperti zaman Firaun.

Kenyataan Salahuddin Ayub sekaligus membelakangkan keputusan Mursyidul Am dan Presiden PAS hanyalah sekadar untuk membeli Undi rakyat Johor khususnya di Pulai dan Nusajaya.

p/s : Salahuddin, hentikan pembohongan di Johor..Cukuplah sekadar kamu berbohong di Kubang Kerian.