Search

Friday, 26 April 2013

#PRU13 Jaga-jaga Setiap Kali Anda Hadir ke Ceramah Pembangkang #TolakPR #BN4Johor

Saban kali,SL hadir ke ceramah pembangkang pastinya tabung inilah yang di jaja kepada seluruh pengunjung ceramah.

Tidak terkecuali, ketika SL hadir ke ceramah Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Tony Pua baru-baru ini di Nusa Perintis, Nusajaya turut diedarkan tabung ini.

Apa yang menghairankan SL, pembangkang telah pun mentadbir 4 buah negeri Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang masih ingin merompak duit rakyat melalui tabung-tabung begini.

Mereka hanya mengaburi mata rakyat secara halus dan teliti dengan cara menaikkan kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional secara emosi, menabur fitnah seterusnya menjadikan diri mereka kononnya pendekar pembela kepada rakyat selain menabur janji-janji palsu selepas PRU13 sekiranya mereka berjaya perintah negera dan negeri Johor.

Melalui badut-badut yang hadir, persembahan berupa :-
- memfitnah ke atas Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, BERNAS, Bank Muamalat, PUSPAKOM,  SAJ, Alam Flora
-menghasut rakyat agar membenci Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- menuduh Kerajaan Barisan Nasional swastakan semuanya kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary termasuklah isteri-isteri mereka
- Tony Pua menafikan Khalid Brahim MB Selangor memberi swastakan kutipan sampah. Buat Tony Pua, anda boleh tipu dengan semua orang Johor malangnya yang turut hadir adalah orang Selangor.
- Zaid Ibrahim pula mendakwa UMNO dan Barisan Nasional hanya tahu 2 perkara rasuah dan ugut rakyat
- Zaid Ibrahim mengutuk Tun Dr Mathathir dan menipu orang Johor kononnya dia dipecat dari kabinet bukan kerana kes rasuah tetapi kes ISA.
- mendesak supaya kes kematian Altantuya dibuka semula.

Sekarang lihatlah persembahan terdesak badut-badut Pakatan Haram untuk menguasai minda dan undi rakyat Johor khususnya di Gelang Patah.

Apa yang SL pelik, masih ada rakyat yang buta mata dan hati tentang kerosakan agama, akhlak dan budaya hidup yang telah dilakukan oleh pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang.

pssstt...korang nak tau tak?? yang hadir tu semuanya dari Singapura, KL, Penang, Kelantan dan Perak.


Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang...game over!!!










No comments:

Post a Comment