Search

Thursday 25 April 2013

#PRU13 Bukti @hajisalahuddin lari dari Kubang Kerian @hajisalahuddin aka Din Pudu #BetterNation #Vote4BN

Bukti @hajisalahuddin aka Din Pudu lari dari Kubang Kerian @hajisalahuddin aka Din Pudu

SEBAHAGIAN 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua, dalam Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai PPP kerana kecewa dengan Pas yang didakwa semakin tidak Islamik kebelakangan ini. Mereka menyerahkan borang keahlian PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff (kiri) di sini.
Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten sejak kebelakangan ini. Kumpulan terbabit yang diketuai, Shafiei Peli, 46, menyerahkan borang permohonan menyertai PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dalam satu majlis di sini hari ini. Ketika ditemui, Shafiei yang dikatakan aktif bersama Pas cawangan Kampung Pauh Dua sejak 10 tahun lalu mendakwa, dia sudah tidak tahan dengan tindak-tanduk Pas yang kini semakin tidak Islamik. "Selama ini kami ingat Pas boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu, rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini tidak mampu membantu kepada perubahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
Persoalan mengapa Salahuddin Ayub lari bertanding di Johor (Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya) pada PRU13 terbongkar.

Adakah rakyat di Pulai dan Nusajaya sanggup menggadaikan masa depan mereka seperti yang berlaku pada penyokong tegar PAS di Kubang Kerian???

Demi political survivalnya, tidak mustahil Salahuddin Ayub akan lari keluar dari Johor pada PRU14 sekiranya beliau kalah pada PRU13 ini.

Sama-sama kita saksikan.

p/s : dengar cerita din pudu bekas ketua pemuda pas pontian...kenapa tak bertanding parlimen atau dun di pontian??
   

No comments:

Post a Comment