Search

Monday, 25 March 2013

Pesanan Dari Brader @KhalidSamad Untuk Rakyat Johor #TolakPR

Johor Bahru - Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada PRU 13 hanyalah untuk satu tujuan iaitu 'membunuh' MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Lim Kit Siang (DAP) sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah selaku pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor kini disandang oleh Ketua Wanita MCA Johor YB Puan Tan Ah Heng pada PRU13.

Menurut Tan Sri Shahrir lagi, terdapat juga spekulasi pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung,


Bagi SL, terbukti pemimpin DAP terpaksa berhijrah setelah ditolak oleh rakyat di kawasan mereka demi menyelamatkan karier politik. 
Mereka ini boleh dipanggil golongan Nomad (puak yang suka berpindah randah).

DAP sememangnya sebuah parti yang terkenal dengan sifat racist, chauvinist, kotor dan penuh muslihat telah berjaya memecah belah keharmonian dan kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang serta Selangor dengan pelbagai dakyah memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

DAP melancarkan gerakan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 menuntut pilihanraya yang bersih tetapi kotor dan melakukan penipuan pada pemilihan CEC yang lepas.

Tidak cukup dengan itu, diwujudkan pula isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Melayu sahaja demi memecahbelahkan orang Islam. Amat memalukan apabila orang Islam dari PKR dan PAS selaku keldai tunggangan mereka terus pertahankan isu ini tanpa menghiraukan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008.

UNDI DAP - Hancurlah Islam dan Melayu dek sifat perkaumannya!!!
UNDI PAS -  Hancurlah Islam dan Melayu dek kekaldaiannya!!!
UNDI PKR - Hancurlah Islam dan Melayu dek liwat dan LGBTnya!!!

p/s : TOLAK PR DEMI MASA HADAPAN YANG TERJAMIN




No comments:

Post a Comment