Search

Monday 25 March 2013

PM Ucap Tahniah Buat Warga @PDRMsia cc: NajibRazak @HishammuddinH2O @KDNPUTRAJAYA

KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-206 pasukan itu hari ini.
Perdana Menteri berkata, beliau dan seluruh rakyat Malaysia mengimpikan sebuah perkhidmatan kepolisan yang profesional, berkesan dan terbaik demi keamanan dan keselamatan negara.
"Kita mengimpikan sebuah negara maju berpendapatan tinggi di mana jalan-jalannya, taman-taman perumahannya dan kawasan amnya bebas daripada jenayah agar rakyat Malaysia boleh bersama-sama keluarga di seluruh pelosok Malaysia tanpa rasa bimbang mahupun takut terhadap keselamatan diri dan keluarga mereka. Ayuhlah bersama-sama kita jadikan impian ini sebuah realiti," katanya.
Sumber

No comments:

Post a Comment