Search

Monday 25 March 2013

Selamat Hari Polis Yang Ke-206 Tahun cc: @PDRMsia @HishammuddinH2O @NajibRazak

Selamat Hari Polis Yang Ke-206 Tahun 

Sambutan Hari Polis kali ini diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan ‘KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KITA’ akan mengetengahkan revolusi kepolisian negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

SL ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat seluruh pasukan PDRM tanpa rasa gentar memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Pasukan PDRM telah menunjukkan kesunggahan, keberanian dan komitmen yang tinggi dalam menangani isu pencerobohan di Sabah. PDRM akan terus menjadi tonggak dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara kita.

Betapa kita wajib memandang serius terhadap isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah yang mengorbankan seramai 8 anggota PDRM. Anggota yang terkorban di Kampung Tanduo ialah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, dan Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sjn Mejar Baharin Hamid, 49, Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Sjn Salam Togiran, 42.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada anggota-anggota Polis yang terkorban dan telah meninggalkan kita semua.

SL mengingatkan supaya jangan sesekali kita menghina anggota Polis kerana ‘Tanpa PDRM, Adakah Kita Masih Disini??’

p/s : Kepada yg menggelar ‘Polis Anjing’…andalah anjing sebenar !!!

No comments:

Post a Comment