Search

Sunday, 31 March 2013

PRU13: Roket DAP Bakal Terhempas Di Bulan PAS, Apa Jadi Pada Anak-Anak Kapal?? @cmlimguaneng @limkitsiang


DAP Guna Bendera PAS Kejayaan Bagi Saya - Nik Aziz

PASIR PUTEH 30 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan hasrat DAP mahu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai satu kejayaan beliau mendidik pemimpin pembangkang tersebut.

Malah katanya, hasrat terbuka pemimpin DAP itu dianggap sebagai satu kejayaan selepas mereka melihat Pas mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun.

"Dulu Cina takut, usahkan Cina, Melayu UMNO pun takut, sekarang ini alhamdulillah DAP terima 23 tahun kita perintah Kelantan.

"DAP tengok benda yang Pas buat ini betul, sampai dia sanggup guna lambang bulan untuk bertanding pilihan raya sekiranya diharamkan, ini satu kejayaan besar bagi saya," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Merbau, Selising di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di dalam akaun twitternya baru-baru berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP.


Utusan


Tahniah!!! 

PAS berjaya melacurkan diri sebagai sebuah parti kononnya perjuangkan Islam dan sebuah parti Islam.

Persoalan yang timbul :-

  1. PAS sebuah parti Islam, bagaimana seorang kafir harbi akan bertanding sebagai calon parti Islam?
  2. Jika benar bagai yang didakwa kononnya berjaya mendakwah DAP tentang perjuangan Islam PAS, adakah PAS berjaya 'mengislamkan' DAP? 
  3. Bagaimana pula pemimpin-pemimpin DAP yang lain? Adakah mereka bersetuju bertanding atas tiket PAS? sedangkan kita sedia maklum DAP sebuah parti komunis racist dan chauvinist.
  4. PAS semakin hanyut dengan kegilaan yang mereka cipta untuk menang PRU13 dan menakluki Putrajaya dibawah PR tanpa mengambilkira isu aqidah, moral dan implikasi bakal dihadapi oleh Islam dan Melayu pada masa hadapan.
  5. PAS janjikan syurga sekiranya pangkah PAS, tp berdasarkan fatwa dan perbuatan menunjukkan mereka hanya menjanjikan neraka dunia hingga akhirat untuk para pencacainya.

SL menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar menolak PAS yang menghancurkan imej agama Islam dengan pelbagai dakyah, tindakan dan kenyataan songsang yang merosakkan lagi menyesatkan  selain memecah belahkan perpaduan umat Islam negara ini.

TOLAK, HANCURKAN DAN HUMBANKAN PAS PADA PRU13 DEMI MASA HADAPAN ISLAM YANG LEBIH GEMILANG!!!!


PAS MACAI DAP


No comments:

Post a Comment