Search

Sunday 28 April 2013

#PRU13 HOT !!! Calon BN DUN Nusajaya Tidak Segan Dekati Rakyat @NajibRazak @KhaledNordin #TolakPR #BN4Johor #Vote4BN

Nusajaya, Gelang Patah

Calon BN DUN Nusajaya Dr. Haji Zaini Bin Abu Bakar terus mendekati hati rakyat beramah mesra dengan peniaga-peniaga serta para pengunjung di Tapak Pasar Malam Taman Universiti. 

Dr. Haji Zaini turut memperkenalkan dirinya sebagai calon baru BN Dun Nusajaya sambil mengedarkan risalah mengenai dirinya dan Manifesto Aku Janji Barisan Nasional kepada kesemua peniaga serta pengunjung di tapak pasar malam tersebut. 

Penerimaan peniaga-peniaga dan para pengujung pelbagai kaum di tapak pasar malam tersebut terhadap Dr. Haji Zaini sebagai Calon BN DUN Nusajaya sangat menggalakan dan mesra sekali. 

Dr.Hj. Zaini kelihatan begitu bersahaja dan tidak kekok melayan setiap peniaga dan pengunjung di sana. 

Sebahagian pengunjung yang sangat teruja apabila Dr. Hj Zaini menghampiri mereka sehingga melaungkan HIDUP BN dan BN BOLEH, 1 MALAYSIA dan JANJI DITEPATI. 

Jelas sekali Dr.Haji Zaini sebagai Calon BN DUN Nusajaya adalah anak tempatan yang berjiwa rakyat dan sangat wajar dipilih oleh semua pengundi di DUN Nusajaya untuk mewakili mereka demi kesenimbungan pembangunan dan kestabilan yang berterusan di kawaasan DUN Nusajaya. 

"Talk Less, Do More for the people of Gelang Patah" itulah ungkapan Calon BN DUN Nusajaya Dr Hj Zaini bin Abu Bakar.

Turut sama menyertai aktiviti ini adalah jentera dari perti komponen iaitu daripada UMNO,  MCA, MIC dan GERAKAN Bahagian Gelang Patah.




















No comments:

Post a Comment