Belum sampai 24jam berita tentang Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Presiden Parti Anak Beranak PKR Wan Azizah tidak akan bertanding pada PRU13, anaknya Nurul Izzah selaku Naib Presiden parti tersebut pula membuat kenyataan menyangkal kenyataan papanya.
Nurul Izzah menyatakan "Itu hanya cakap-cakap politik" yang dikeluarkan oleh sumber berita rasmi parti tersebut KadilanDaily.com yang memetik kenyataan Ketua Umum Anwar Ibrahim kepada stesen televisyen Al-Jazeera.
Kenyataan Anwar itu juga disokong oleh Timbalan Presiden Azmin Ali yang menegaskan bahawa Wan Azizah tidak akan bertanding pada PRU kali ini dan bertugas untuk memancing undi kaum wanita dalam satu siri jelajah ke seluruh negara.
Inilah sandiwara kepimpinan tinggi PKR yang sememangnya terkenal dengan putar belitnya.
Anwar disahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 dalam satu ceramah di Bukit Mertajam sedangkan sebelum ini dia dikatakan berteka teki kononnya akan bertanding di Tambun mahupun di Selangor, malangnya berita tersebut mendapat sambutan dingin dari rakyat Perak dan Selangor.
Sementara itu Pakatan antara PKR-DAP terus bergolak di Parlimen Bakri, Johor selepas Dr Chua Jui Meng (PKR merajuk kerana Ketua Umum tersebut meletakkan calon tua berumur lebih 82tahun DAP Lim Kit Siang untuk merebut kerusi Parlimen Gelang Patang.
Tidak cukup di Bakri, PKR dan DAP terus bertelagah tentang meletakkan calon di Parlimen Segamat dan DUN Tangkak.
SL tertanya inikah PR yang hendak dipilih oleh rakyat???
- Pemimpinnya yang keruntuhan moral, tiada tamadun, penipu dan tamak haloba.
- Cakap tak serupa bikin, mungkir janji #ManifestoBukanJanji
- Parti anak beranak yang amalkan kronisme dan nepotisme
- mencetuskan huru hara seperti demo haram, kononya reformasi sedangkan kita mempunyai agama, adat dan budaya.
"WAJIB TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG"
No comments:
Post a Comment