Search

Monday, 22 April 2013

#PRU13 @limkitsiang dan @hajisalahuddin Pakatan tidak Sepakat #PakatanTiadaPakatan #Vote4BN #BN4Johor

Tiada kesepakatan dalam Pakatan HapRak (DAP-PKR-PAS).

Ini terbukti apabila DAP berpendirian tidak mengiktiraf Abdul Hadi Awang (PAS) sebagai perdana menteri jika pakatan berjaya menawan Putrajaya. Na'uzubillah.

Pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh Karpal Singh sendiri selaku Pengerusi DAP dengan mempertahankan Ketua Umum PKR yang penuh dengan masalah moral yang lebih sesuai untuk jawatan berkenaan. Tegasnya, Hadi tidak akan direstui oleh parti itu dan negara Islam serta hukum hudud juga tidak akan dilaksanakan.

“Kita sudah cakap perkara ini banyak kali dan kenyataan dikeluarkan bekas Timbalan Presiden PAS (Nasharudin Mat Isa) membuatkan saya terpanggil untuk membuat penegasan bahawa DAP menolak hudud dan negara Islam.

“Pendirian DAP berhubung penolakan terhadap hukum hudud dan negara Islam kekal kukuh, begitu juga dengan pemilihan Perdana Menteri.

“Kita bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dan bukannya Hadi,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Kelmarin, Nasharudin menyifatkan kesediaan DAP menggunakan simbol rakan sekutunya itu iaitu PAS dan PKR mencerminkan penerimaan mereka terhadap perjuangan Islam selain mengiktiraf kewibawaan kepemimpinan Hadi.

Nasharudin dipetik berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, akhirnya memberi pengiktirafan kepada Hadi apabila DAP sanggup menerimanya sebagai Perdana Menteri jika pakatan berjaya menguasai Putrajaya.

Kenyataan itu dikeluarkan Nasharudin susulan hasrat DAP menggunakan lambang PAS pada pilihan raya kali ini jika logo parti itu tidak dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan.

Bagaimanapun, SPR membuat keputusan membenarkan DAP menggunakan lambang roket, walaupun ROS membatalkan pemilihan CEC parti berkenaan.

Inilah yang di panggil pakatan yang tidak sepakat.

Apa pula pendirian Salahuddin Ayub aka Din Pudu yang menjadi calon PAS yang bertanding DUN Nusajaya dan Parlimen Pulai apabila BAPAK segala racist lagi chauvinist Lim Kit Siang (DAP) yang secara terang terangan menolak Islam dan Hudud bertanding di Parlimen Gelang Patah? Mereka mungkin kelihatan mesra tapi penuh kebencian.

Setiap hari ceramah mereka di Parlimen Gelang Patah dan Pulai lebih tertumpu kepada ceramah politik fitnah dan menanam kebencian terhadap Barisan Nasional. Mereka hanya pandai berpolitik tetapi gagal berkhidmat kepada rakyat di Ipoh Timur dan Kubang Kerian.

Buat rakyat Johor, contoh terbentang luas apabila Pakatan yang memerintah di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang gagal menunaikan janji seperti yang terkandung dalam manifesto PRU12 yang lepas.

Akhirnya mereka sendiri berkata "Manifesto Bukan Janji" selepas 5 tahun memerintah.

Jangan perjudikan masa depan anda dengan PAKATAN RANAP.



Pautan Lain

#BetterNation

No comments:

Post a Comment