Lim Guan Eng perlu disingkirkan bersama-sama dengan bapanya, Lim Kit Siang daripada DAP kerana mereka telah banyak bertindak merosakkan parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kedua-dua anak beranak itu perlu disingkirkan apabila pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) diadakan semula.
"Inilah yang ditakuti oleh Guan Eng dan Kit Siang kerana akar umbi sudah tidak dapat bersabar dengan kerenah mereka lagi.
"Guang Eng banyak memberi masalah kepada DAP dan Kit Siang pula memang malang kerana mempunyai anak yang kurang pandai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Tuan Tat, tidak ada cara lain parti itu mahu meruntuhkan dinasti anak beranak itu kerana pada masa ini mereka cukup berkuasa dan bertindak sesuka hati.
Beliau mendedahkan penipuan yang dibuat Guan Eng mengenai kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang secara jelas meminta Setiausaha Agung DAP itu memberi penjelasan mengenai 753 nama tercicir daripada mengundi pada pemilihan CEC parti itu.
Bagaimanapun, ujar beliau, Guan Eng bertindak menyerang ROS seolah-olah bertindak tidak adil terhadap parti pembangkang itu.
Kit Siang pula, kata beliau, berpura-pura menangis mengalirkan `air mata buaya' untuk menagih simpati pengundi.
Sehubungan itu beliau berkata, tindakan Guan Eng adalah satu perbuatan berniat jahat dan berunsurkan politik untuk memburukkan imej ROS
Guan Eng, kata Tuan Tat, tahu beliau perlu bertanggungjawab di atas silap kira undi Vincent Wu dan Zairil Abdullah dan juga atas isu tidak beri notis jemputan mesyuarat kepada seramai 753 perwakilan DAP di pemilihan ahli-ahli CEC pada 15 Disember 2012.
Tuan Tat juga mendakwa pemecatan ahli DAP yang bertanding di bawah tiket Bebas pada pilihan raya kali ini juga tidak sah kerana ia dibuat oleh CEC yang tidak sah.
Berikutan itu, beliau menasihatkan mereka terbabit supaya membawa perkara itu ke mahkamah untuk diadili.

Merekalah dalang Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, malangnya mereka sendiri tidak melakukan perkara yang betul.
Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng boleh diibaratkan sebagai meludah ke langit, akhirnya terkena ke muka sendiri.

No comments:
Post a Comment