Search

Tuesday, 2 April 2013

Timb MB Kelantan dituntut minta maaf #PASpenipu @nikabdulaziz @nikabduh

 
WAN Khairul Ihsan Wan Muhammad (kanan) dan Nor Azli Ahamed menunjukkan gambar masalah penggondolan tanah di Kelantan dan keratan akhbar berhubung kenyataan Ahmad Yakob sewaktu sidang akhbar di Kota Bharu, semalam.

















Kota Bharu - Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendesak Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memohon maaf dan menarik balik tuduhan pihaknya mengada-adakan cerita serta gambar mengenai aktiviti penggondolan tanah di negeri ini atau berdepan tindakan undang- undang.

Menurutnya, tuduhan itu menjejaskan kredibiliti beliau sedangkan gambar- gambar tersebut diambil menggunakan teknologi terkini yang dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat aktiviti penggondolan berkenaan.

Malah, katanya, gambar itu juga sudah diserahkan kepada pakar untuk dianalisis bagi mengesahkan ketulenannya.

"Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, peguamnya, Nor Azli Ahamed.

OMBAK sebelum ini mendedahkan berpuluh-puluh keping gambar dari udara kesan penggondolan tanah di negeri ini dan mendapat liputan meluas media.
Wan Khairul Ihsan yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan berkata, Ahmad yang mewakili kerajaan Pas Kelantan turut menafikan berlaku pencerobohan tanah di Lojing sehingga berlaku pembalakan haram.

Sedangkan, kata beliau, pihaknya sebelum ini tidak pernah menyebut secara khusus tentang tanah tinggi Lojing dan pembalakan yang berlaku di kawasan berkenaan.

"Secara khusus saya tidak membicarakan soal pembalakan, saya mempersoalkan pengambilan tanah dan apa tujuannya sama ada untuk pertanian, pembalakan atau apa jua sekali dan kenyataan yang dibuat Ahmad amat bercanggah," katanya.

Sementara itu, Nor Azli Ahamed berkata, Timbalan Menteri Besar berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab notis tuntutan tersebut dan akan menerima surat saman sekiranya gagal berbuat demikian.

"Anak guam saya menuntut Ahmad membuat permohonan maaf dan diiklankan di akhbar Sinar Harian, ganti rugi sebanyak RM1 juta dan aku janji untuk tidak mengeluarkan lagi kenyataan seperti itu. Notis tuntutan dihantar hari ini dan kita menunggu maklum balas daripadanya," katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan berhubung notis tuntutan tersebut.

p/s : PAS - Penipu Alam Semesta???

No comments:

Post a Comment