Search

Wednesday 3 April 2013

#PRU13 YAKINLAH!!! TRANSFORMASI POLITIK @NajibRazak YANG TERBAIK #BNbagus #BN4All

Political Transformation
by Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 2009, saya sangat jelas dengan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara moden, progresif dan sentiasa memandang ke hadapan dalam mengamalkan demokrasi yang melindungi hak serta kebebasan rakyat.

Untuk itu, saya telah melaksanakan beberapa pakej transformasi politik paling bersejarah sejak Malaysia mengecapi kemerdekaan: Ordinan Darurat telah berakhir, undang-undang era penjajah iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan tahanan tanpa dibicara dimansuhkan, lesen kawalan penerbitan akhbar telah dihapuskan, larangan kepada pelajar menyertai parti politik telah ditarik balik dan saya juga berjanji untuk mengkaji semula Akta Hasutan. Selain itu, saya turut memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan untuk memastikan perkhidmatan awam menjadi lebih baik dan responsif kepada kehendak rakyat selain mengelakkan rasuah.

Ini merupakan transformasi paling bersejarah yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Ia sekali gus mampu menjadikan Malaysia sebagai antara negara berpendapatan tinggi di dunia serta sebagai sebuah negara Asia yang sedang meningkat naik menjadi salah satu daripada kuasa besar di rantau ini kerana kestabilan politik dan perkembangan ekonominya.

No comments:

Post a Comment