Search

Monday, 1 April 2013

Lebih 120,000 Tonton Video Animasi Mr. Mansuh


Video animasi pendek bertajuk Mr. Mansuh yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pakatan pembangkang di laman YouTube terus mendapat sambutan hangat selepas ia ditonton lebih 120,000 kali sejak dimuat naik sebulan lalu.

Lebih menarik, setakat 4.30 petang ini, 5,792 penonton menekan butang Like menandakan mereka tidak menyokong tindakan pemimpin itu yang berjanji memansuhkan pelbagai dasar kerajaan selama ini jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Walau bagaimanapun, sebanyak 3,813 penonton pula memilih butang Dislike bagi menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap pemimpin itu dan pakatan pembangkang.

Video animasi Mr. Mansuh menjadi perbualan hangat masyarakat selepas dimuat naik ke laman perkongsian video tersebut kira-kira sebulan lalu.

Menerusi video itu, watak 'super hero' berkenaan digambarkan mampu terbang untuk menabur janji kepada rakyat termasuk memansuhkan pelbagai dasar yang dilaksana kerajaan selama ini. 



p/s : Yang tekan dislike disebabkan terlalu taksub dengan maksumnya Mr. Mansuh

No comments:

Post a Comment