Search

Monday, 22 April 2013

#PRU13 Calon BN N49 Nusajaya di Majlis Perjumpaan PIBG Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah dicemari Dengan Gangguan Beruk @NajibRazak @KhaledNordin #BN4Johor #BetterNation

Gelang Patah 22 April 2013 Majlis perjumpaan PIBG sekolah-sekolah Tanjung Kupang, Gelang Patah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah, Johor.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Calon Barisan Nasional N49 Nusajaya, Dr Haji Zaini Abu Bakar menjadi wakil Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Ketibaan Dr Haji Zaini disambut dengan paluan kompang dan lebih kurang 300 orang hadir yang terdiri daripada guru dan ibubapa.

Ketibaan calon BN N49 Nusajaya Dr Haji Zaini Abu Bakar diiringi paluan kompang dan pengerusi PIBG 
Ucapan Aluan dari Guru Besar Sekolah Tiram Duku, Gelang Patah
Ucapan Perasmian oleh calon BN DUN Nusajaya Dr Haji Zaini Abu Bakar
Hadirin yang terdiri daripada Guru dan Ibu Bapa
Hadirin memberi sepenuh perhatian mendengar ucapan Dr. Haji Zaini Abu Bakar 

Bagaimanapun, majlis ini dicemari oleh kehadiran sekumpulan berok yang membuat bising semata-mata bertujuan untuk mengganggu kelancaran majlis perasmian ini.

Tidak beretika...Mereka ini membuat bising dengan membunyikan hon selain bunyi ekzos yang memekikkan.
Perbuatan mereka langsung tidak mencerminkan imej Islam yang dibawa oleh PAS malah dilihat seperti beruk sumbang.
Adakah perbuatan ini 'Salah UMNO'? Fikirlah sendiri.

Inilah budaya yang diterapkan oleh Pakatan HapRak selain taksub dan parti maksum yang menghalalkan perbuatan mereka.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh Dr Hj Zaini Abu Bakar dan pihak sekolah terhadap gangguan beruk-beruk berkenaan.

Untuk pengetahuan pembaca, sehingga saat ini calon pembangkang Salahuddin Ayub aka Din Pudu masih sibuk dengan ceramah menyebarkan fitnah dan menyemai benih politik kebencian terhadap Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment