Bekas ahli Parlimen Wangsa Maju yang juga bekas ahli DAP Wee Choo Keong terus mendesak Lim Kit Siang jelaskan isu-isu yang timbul berikutan skandal pemilihan CEC DAP.
Kini ROS telah memulakan siasatan ekoran laporan yang telah dibuat oleh perwakilan DAP sendiri yang melihat betapa kotornya perjalanan pemilihan CEC DAP yang dilihat tidak mewakili semua kaum seperti yang kononnya didakwa oleh mereka sendiri.
DAP dikatakan mengambil sikap 'kunci mulut' walaupun pelbagai protes dan pendedahan dibuat oleh ahli-ahli parti itu sendiri dari seluruh negara.
Salah seorang pengerusi DAP cawangan ketika ditemui berkata "Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut"
"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara. Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," katanya lagi.
Apa yang menghairankan mengapa Datuk S Ambiga tidak mempersoalkan ketidakadilan dalam pemilihan CEC DAP sedangkan demonstrasi jalanan BERSIH 1, 2.0, 3.0 kononnya mengkritik dan mendesak urusan pilihanraya di negara ini diadakan secara adil.
Setiap BERSIH diadakan pastinya berakhir dengan 'KEKOTORAN dan PENIPUAN' yang dilakukan oleh pembangkang pakatan.
Apa yang berlaku dalam pemilihan CEC DAP pastinya akan terus menjadi persoalan apabila kini Lim Kit Siang lari dari Ipoh Timur untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 ini.
Rakyat Johor khususnya di Parlimen Gelang Patah, DUN Nusajaya dan Skudai WAJIB menolak parti kotor, racist dan chauvinist seperti DAP ini agar dapat menikmati pertumbuhan ekonomi yang lebih cemerlang, hidup dengan lebih aman dan harmoni selain keselamatan yang lebih terjamin di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
PAS pula yang menjadi keldai tunggangan DAP akan terus memainkan peranan memecahbelahkan Ummat Islam di Johor khususnya di DUN Nusajaya dengan pelbagai fatwa, dakyah, putar belit, penipuan demi undi yang akan diterajui oleh nama yang asing iaitu Din Pudu aka Salahuddin Ayub.
Kesemua mereka yang akan ditentang oleh calon-calon BN iaitu Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah, DUN Nusajaya Dr Hj Zaini Abu Bakar dan DUN Skudai Liang Ah Chy yang sememangnya telah terbukti memberikan komitmen yang tinggi selain peribadi dan prestasi kerja yang membanggakan pada PRU13 ini.
-Adakah rakyat Gelang Patah bersedia menerima segala kerosakan yang akan dilakukan DAP dan sekutunya seperti di Penang, Kelantan, Kedah dan Selangor????
-Adakah rakyat Gelang Patah bersedia memperjudikan masa depan mereka dengan pemimpin yang tidak konsisten seperti Kit Siang dan sekutunya ini???
-Adakah rakyat Gelang Patah sanggup menerima penipuan yang nyata seperti di Penang, Kelantan, Kedah dan Selangor dibawah DAP-PKR-PAS???
-Adakah rakyat Gelang Patah sanggup menerima pemimpin yang gemarkan demonstrasi jalanan yang didakwanya himpunan aman sedangkan pemimpin sepatutnya menjalankan tanggungjawab menyelesaikan masalah secara bijaksana???
p/s : Lim dan Din Pudu, tiada ruang bagimu di Johor.
No comments:
Post a Comment