Shah Alam, 4April
Perhimpunan Selamatkan Selangor akan diadakan pada Sabtu ini 6 April 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 yang akan menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyampai ucaptama pada program tersebut, Sabtu ini dan dijangka 20000 orang yang terdiri daripada rakyat negeri ini akan hadir.
Perhimpunan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Perkasa Selangor bakal menjadi simbol kebangkitan rakyat Selangor bagi memastikan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) terus dipertingkatkan sekali gus membolehkan usaha merampas semula negeri ini daripada tangan parti pembangkang tercapai.
"Ini adalah program pertama Perkasa selepas Dewan Rakyat dibubarkan dan merupakan siri akhir jelajah perhimpunan Perkasa di seluruh negara sebelum ini.
"Kita akan membuktikan perhimpunan ini memberikan mesej jelas bahawa rakyat Selangor menunjukkan sokongan padu kepada BN dalam PRU-13,'' katanya semalam.
Oleh itu SL menyeru kepada pengunjung blog SL agar dapat sama-sama hadir dalam misi memenangkan Selangor pada PRU13.
SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN.
No comments:
Post a Comment