Majlis Penyampaian Sijil dan Bantuan Progam Galakan Usahawan
Satu majlis anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah diadakan ini dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor Dewan Raya MBJBT, Gelang Patah
Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini ialah Dr.Hj. Zaini Bin Abu Bakar iaitu calon BN N49 DUN Nusajaya.
Pada majlis ini juga turut diadakan kursus “Hence On” tatacara pembuatan biskut yang disampaikan oleh Puan Zaimah Bte Daud.
Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Pertanian Negeri telah melaksanakan program seperti ini sejak 14 tahun yang lalu.
Kerajaan Negeri Johor telahpun membantu ribuan pengusaha makanan dan petani kecil dalam bentuk wang dan pemberian geran bagi membeli mesin-mesin yang berkaitan demi untuk meningkatkan taraf hidup dalam arus yang berdaya saing.
Di Gelang Patah sahaja, jualan yang direkodkan oleh pengusaha-pengusaha, petani-petani dan penternal-penternak secara kecil-kecilan berjumlah RM60 juta pada tahun 2012.
YAB Menteri Besar sangat optimis pada masa akan datang pengusaha-pengusaha kecil samada di sektor pemakanan, pertanian dan ternakan di Parlimen Gelang Patah akan meraih lebih banyak keuntungan, faedah dan pendapatan bersesuaian seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang drastik yang sedang melanda di Parlimen Gelang Patah.
YAB Menteri Besar juga meminta semua pengusaha kecil berusaha dan bekerja dengan lebih gigih lagi demi untuk meningkatkan mutu dan pengeluaran industri pemakanan kerana Negeri Johor adalah antara pengeluar makanan dan hasil ternakan daging yang terbesar di Negara.
Kerajaan Barisan Nasional akan sentiasa memberi perhatian khusus terhadap perkembangan dan keperluan pengusaha-pengusah kecil pelbagai sektor khususnya di Parlimen Gelang Patah ini dari masa ke semasa.
Calon BN N49 Nusajaya Dr Haji Zaini bin Abu Bakar menunggu ketibaan YAB Dato A. Ghani Othman |
Antara Tetamu Kehormat yang hadir |
YAB Dato A Ghani Othman sedang memberi ucapan |
Penyampaian Cenderahati kepada Dato A. Ghani Othman sambil diperhatikan Dr Hj Zaini |
YAB Dato A Ghani Othman semasa sesi temuramah bersama para wartawan |
Kerajaan Barisan Nasional sangat komited untuk terus memberikan yang terbaik kesejahteraan dan kemakmuran untuk rakyatnya.
#BNbagus
#Vote4BN
#BN4GelangPatah
#BN4Johor
#BN4Malaysia
No comments:
Post a Comment