Search

Friday, 5 April 2013

#PRU13 @drwanazizah tidak bertanding ???

#PRU13 @drwanazizah tidak bertanding ???

SL difahamkan kemungkinan PKR tidak akan menurunkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikutan hasratnya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Sebelum ini khabar bertiup kencang mengatakan Wan Azizah, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, akan bertanding kerusi Dun di Selangor.
Walaupun Wan Azizah masih dalam ‘pantang’ yang mana dia tidak layak untuk bertanding kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi masih boleh bertanding sebagai calon Dun.
Wan Azizah didakwa mempunyai kekuatan untuk memimpin parti namun telah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini berdasarkan sentimen sebahagian rakyat Selangor menolak PKR Parti Kerosakan Rakyat dari segi akhlak dan aqidah itu.
 “Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya,” kata Anwar baru-baru ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya ada mengatakan bahawa Dr Wan Azizah layak menjadi menteri besar negeri itu. Sekiranya benar bagai didakwa, Wan Azizah menjadi wanita pertama menjadi MB dalam sejarah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor
Suaminya pula telah mengesahkan akan bertanding di  Perak, di mana beliau akan meninggalkan Permatang Pauh setelah ditolak oleh rakyat disana kerana masalah moral dan tidak pedulikan nasib orang Melayu di sana.
Begitulah senario kepimpinan PKR yang sinonim sebagai golongan Nomad yang suka berpindah randah demi ‘political survival’ mereka tanpa menjaga kebajikan rakyat tempat mereka selain gemar menabur janji kosong sebagaimana yang didakwa oleh MB Selangor “Manifesto Bukan Sebuah Akujanji”
Ramalan melaporkan Anwar akan ke Ipoh Timur pula untuk menagih simpati masyarakat Cina disana.
SL seru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak Pakatan Haram (PKR, DAP, PAS) habis-habisan pada PRU13 ini memandangkan pelbagai kerosakan telah dilakukan sepanjang penguasaan mereka di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah.
p/s : Wan Jijah, elok duk umah jaga suami you yang buas tu…

No comments:

Post a Comment